6 Cara Tambah Berat Bayi Yang Minum Susu Formula Dengan Mudah & Berkesan

undefined

Susu untuk gemukkan bayi menjadi pilihan ibu ayah yang berdepan dengan masalah si manja kekurangan berat badan. Apa kata anda semak caranya di sini!

Ada kajian mendapati susu untuk gemukkan bayi boleh menyebabkan masalah kegemukan yang keterlaluan seawal usia lima bulan. Bukan itu sahaja, terdapat juga kajian lain menunjukkan berat badan bayi terlalu cepat naik apabila minum susu formula. Ini membolehkan pelbagai penyakti seperti sakit jantung dan diabetes menyerang anak.

Kajian juga menemui bayi minum susu formula yang diperkaya dengan protein, vitamin dan pelbagai nutisi lain mengalami pertambahan lemak tubuh sebanyak 22% hingga 38% ketika berumur lima sampai lapan tahun.

Baca juga: Jangan Banding Berat Bayi Yang Minum Susu Ibu & Susu Formula, Ia Memang Jauh Berbeza!

Cara menaikkan berat bayi- memilih susu untuk gemukkan bayi

Hasil kajian yang dilakukan oleh Childhood Nutrition Research Centre, University College London pula menegaskan susu badan diyakini berkaitan dengan pertambahan berat badan yang lebih perlahan.

Manakala, susu formula dapat meningkatkan produksi sel lemak tubuh sehingga membantu menambahkan berat badan dengan lebih cepat.

cara membuat bayi gemuk dengan susu formula, cara menambah berat bayi dengan susu formula, berat baik bertambah dengan susu formula, susu formula naikkan berat anak, susu formula naikkan berat bayi, susu formula menambah berat badan, susu formula tingkatkan berat bayi, tambah berat dengan susu formula, susu formula bantu tambah berat bayi

Pasti kajian ini akan merungsingkan anda, kan? Biasanya susu formula menjadi pilihan untuk bayi ketika ibu tidak boleh atau sudah berhenti memberikan susu badan pada bayi.

Manfaat susu formula bayi memang tidak perlu diragukan kerana susu ini diproses mengikut keperluan nutrisi bayi. Susu ini juga boleh dipilih mengikut umur anak.

Namun, berikut ada 6 cara membuat bayi gemuk dengan susu formula, tapi dengan cara yang sihat.

#1. Pilih susu formula yang tepat

Cara membuat bayi gemuk dengan susu formula pertamanya adalah memilih susu formula yang paling tepat sebab susu ini ada banyak jenis tapi tak semua secocok dengan bayi anda.

Bila tersalah pilih susu formula, ia boleh menyebabkan bayi mengalami cirit birit akibat nutrisi yang terkandung tidak sesuai dengan pencernaan bayi.

Jadi adalah lebih baik jika anda meminta nasihat dan pandangan doktor untuk memilih susu yang sesuai.

#2. Susu yang sesuai dengan kesihatan bayi

Susu untuk gemukkan bayi juga harus diteliti dan dipertimbangankan dengan lebih berhati-hati. Terutama jika bayi anda ada masalah alergi atau pencernaan bermasalah.

Pada dasarnya, susu formula mengandungi nutrisi tambahan seperti lemak khusus dan inilah yang akan membantu menambahkan berat badan bayi.

#3. Bagi anak minum susu pada waktu yang tepat

 jenama susu formula untuk menaikkan berat badan bayi,

credit to sources

Susu formula harus diberikan sama seperti mana anda berikan susu badan pada bayi. Sebab itu anda perlu berikannya mengikut waktu yang paling tepat.

Jangan sampai bayi terlewat minum susu formula dan membuatnya kelaparan sekaligus menyebabkan nutrisi tidak diterima dengan sempurna.

#4. Perhatikan bila bayi sudah kenyang

Cara membuat bayi gemuk dengan susu formula juga adalah memastikannya mereka kenyang setelah minum susu tersebut.

Ia sekaligus dapat membuatnya tidur dengan lebih nyenyak dan tidak berasa lapar. Malah tubuh juga boleh menyerap nutrisi dengan cepat dan dapat membesar dengan lebih sihat.

#5. Faham bila waktu bayi  memerlukan susu

Bayi menangis ini kadang-kadang ada beberapa sebab iaitu tak sihat, lapar atau mengantuk. Membiarkan bayi menangis terus menerus akan menyebabkannya sukar untuk gemuk.

Dengan menangis juga akan membuatkan usus bayi bekerja keras ketika menerima nutrisi dari susu.

Oleh itu, biasakan dengan menenangkan bayi ketika lapar dengan segera beri susu sekaligus membuatnya berhenti menangis.

#6. Jangan ganti susu dengan jus

Ketika bayi tengah lapar, anda tetap harus memberinya susu formula. Setelah itu, baru boleh berinya minum jus buah-buahan. Cara ini adalah lebih tepat.

Jus memang menyihatkan tapi ia tidak mengandungi lemak tertentu yang diperlukan oleh tubuh bayi.

Ingat, bayi anda harus tetap menerima nutrisi kerana tubuhnya masih muda dan halus.

Justeru memang ada cara membuat bayi gemuk dengan susu formula ini. Ibu bapa yang merasakan susu badan sahaja boleh buat bayi gemuk tertanya tidak sama sekali.

Dengan ini anda boleh memberikan susu formula yang akan membuatkan bayi gemuk dan sihat.

Contoh produk susu formula penambat berat badan bayi 

cara membuat bayi gemuk dengan susu formula, cara menambah berat bayi dengan susu formula, berat baik bertambah dengan susu formula, susu formula naikkan berat anak, susu formula naikkan berat bayi, susu formula menambah berat badan, susu formula tingkatkan berat bayi, tambah berat dengan susu formula, susu formula bantu tambah berat bayi

Susu formula S26 :

  • Mengandungi AA dan DHA yang diperlukan oleh badan untuk perkembangan otak.
  • Lutein yang terkandung di dalamnya bagus untuk mata
  • Choline penting untuk perkembangan dan pembesaran anak.

Lactogen:

  • Diperkaya dengan omega 3 & 6
  • Mengandungi DHA untuk keperluan otak dan badan bayi.
  • Lactobacillus reuteri, taurine dan L-Carnitine

Memang tiada cara mudah untuk melihat sama ada anak serasi atau tidak dengan susu tersebut.

Apa yang boleh dilakukan adalah membeli dalam kuantiti sedikit atau pek kecil. Jika bayi serasi dengannya barulah boleh beli peket besar.

Jadi, anak anda minum susu yang mana satu? Kongsikanlah dengan kami di ruangan komen.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Hamil.co.idLiputan6

Baca juga: Risaunya Berat Bayi Tidak Naik Walaupun Kerap Menyusu, 7 Sebab Ini Ibu WAJIB Tahu!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!