Cara-cara memohon rumah PR1MA

Tahukah anda bahawa kerajaan telah menyediakan kemudahan dan pilihan untuk rakyat Malaysia memiliki perumahan PR1MA?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Membeli aset untuk masa depan adalah penting jika pendapatan isi rumah melebihi RM 4000 sebulan. Di sini, kerajaan telah menyediakan kemudahan dan pilihan untuk rakyat Malaysia untuk memiliki rumah, iaitu perumahan PR1MA.

Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA)

Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) ditubuhkan di bawah Akta PR1MA 2012 untuk merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar berpendapatan sederhana.

Perumahan PR1MA ditempatkan di kawasan yang amat strategik dan berdekatan dengan pusat bandar untuk kemudahan rakyat Malaysia. Harga PR1MA ditawarkan daripada RM100,000 dan RM 400,000 dan sesuai untuk pendapatan isi rumah RM 2500 hingga RM 10,000.

Langkah-langkah memohon Rumah PR1MA:

Semak status kewangan sebelum mohon PR1MA, dikhuatiri anda disenarai hitamkan untuk CCRIS.

Bagi peminjam PTPTN, anda mesti pernah dengar mengenai sekatan CCRIS. CCRIS adalah rekod kewangan berkomputer yang menyimpan data dan rekod peminjam dilaporkan untuk setiap institusi kewangan.

Antara sebab mengapa anda disenarai hitamkan CCRIS kerana anda mempunyai tunggakan terhadap sebarang pinjaman seperti kereta, pinjaman pelajaran, dan pinjaman peribadi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pengiraan DSR adalah kebarangkalian atau peratusan kiraan kelayakan pinjaman yang akan dipohon. Formulanya ialah jumlah komitmen kewangan setiap bulan/ jumlah pendapatan kewangan sebulan. Dengan menggunakan panduan mudah ini, anda boleh memohon pinjaman minimum yang selari dengan kemampuan dan komitmen anda tiap-tiap bulan.

Jika rekod kewangan anda sesuai dan selari dengan komitment anda tiap-tiap bulan, anda boleh melayari laman web PR1MA. Pendaftaran boleh dilakukan di sana. PR1MA akan menghubungi anda melalui emel jika terdapat lokasi PR1MA yang ada berdekatan dengan tempat pilihan anda.

Cabutan undi akan dilakukan dan jika terpilih, PR1MA akan hubungi anda untuk memilih jenis unit kediaman. Proses akhir untuk pembelian rumah adalah memilih panel bank yang sesuai. Setakat ini, 5 bank panel yang terlibat adalah Maybank, MBSB, Bank Rakyat, BSN dan Bank Islam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rujukan: Oh Bulan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Michelle Goh