Keguguran adalah perkara yang akan menghantui pasangan yang bakal dikurniakan cahaya mata. Namun begitu, anda juga perlu tahu cara mengelak keguguran yang biasanya dialami sewaktu kandungan masih awal.
6 Cara mengelak keguguran pada kandungan awal
Menjaga diet
Di sini ada beberapa tips untuk menangani keguguran. Yang pastinya, bakal ibu haruslah menjaga diet yang seimbang. Amalkan makanan tinggi serat seperti buah-buahan dan sayur sayuran untuk mengelakkan keguguran.
Mengamalkan produk tenusu seperti susu, keju dan youghurt bukan sahaja baik untuk kesihatan ibu mengandung, malah baik untuk kesihatan bayi. Mengamalkan supplement seperti asid folik amat bagus.
Kekurangan vitamin B12 boleh menyumbang kepada kehilangan janin dalam kandungan, bahkan mengurangkan kekerapan keguguran.
Berat badan yang seimbang
Di sini ditegaskan, selain faktor pemakanan dan pengambilan supplemen, amalan gaya hidup bakal ibu dan juga berat badan mempengaruhi kesihatan janin. Sekiranya bakal ibu kekurangan berat badan atau mempunyai berat badan berlebihan, ibu mengandung dinasihatkan supaya berjumpa doktor untuk rujukan.
Berat badan yang tidak seimbang boleh menyebabkan kesihatan janin terjejas kerana hormon yang tidak seimbang. Jika bakal ibu di sini peminat kopi, anda mestilah kurangkan pengambilan kopi atau elakkan pengambilan kopi kerana risiko untuk janin gugur adalah tinggi jika meminum kopi.
Faktor-faktor lain seperti pendedahan kepada racun perosak, logam berat dan juga bahan pelarut adalah penyebab lain yang boleh mengakibatkan keguguran.
Mengamalkan senaman
Ibu yang sedang pernah mengalami keguguran haruslah tidur dalam bilik yang gelap kerana tidur dalam bilik yang terang boleh menjejaskan pembentukan hormon yang diperlukan untuk ibu hamil, iaitu hormon melatonin dan juga hormon progesteron.
Elakkan stress, dan cuba mengamalkan pemakanan yang sihat dan juga gaya hidup yang sihat, kerana emosi ibu yang hamil akan mempengaruhi kesihatan janin.
Sememangnya proses kehamilan amat stress, dan ibu hamil mestilah amalkan pemakanan yang seimbang serta gaya hidup sihat, untuk menjamin kehidupan yang terurus.
Untuk elakkan stress, ibu hamil boleh mengamalkan senaman ringan seperti berjalan di taman untuk mengurangkan stress.
Ibu harus pasrah dan redha
Jika ibu hamil telah mengalami keguguran, ia sememangnya tekanan buat mereka untuk menghadapi kehilangan anak tercinta. Sememangnya, ibu yang pernah mengalami keguguran haruslah mendapat sokongan daripada suami, keluarga, dan juga kawan untuk meneruskan hidup.
Doktor yang merawat pesakit haruslah memberikan kata-kata semangat supaya si ibu tidak berputus harapan untuk mencuba lagi di masa akan datang. Ini adalah perasaan normal bagi wanita yang mengalami keguguran.
Tetapi, ia akan menjadi tidak normal jika dibiarkan berlarutan sepanjang masa. Si ibu haruslah pasrah dan redha kerana ia adalah sebahagian daripada ujian yang telah ditetapkan tuhan.
Jangan putus asa
Apabila su ibu redha, perasaan ikhlas dan ketenangan hati akan hadir dan emosi si ibu terjaga. Si ibu haruslah bersikap optimis dan jangan berputus asa.
Mereka harus beranggapan bahawa selagi mereka tidak putus haid ataupun tiada masalah kesihatan yang lain, peluang untuk hamil sekali lagi tentu ada. Di samping itu, si ibu haruslah memberikan peluang kedua kepada diri sendiri, dari segi masa.
Berikan ruang waktu untuk bersedih dan meratapi pemergian anak untuk seketika, dan fikir sejenak, pasti Tuhan akan memberikan rezeki yang lebih baik selepas ini.
Si suami haruslah memberikan semangat untuk isteri dan mendengar rintihan dan luahan hati si ibu ini, kerana pada saat-saat yang sukar ini, si suami adalah orang yang paling rapat dengan si isteri.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga
https://my.theasianparent.comtanda-keguguran