Saya tidak datang haid ketika menyusu, adakah saya boleh mengandung? Untuk jawapan soalan anda ini, ya, anda masih boleh mengandung walaupun ketika menyusu. Walaupun anda tidak datang haid, tapi anda masih disarankan untuk tahu cara mencegah kehamilan ketika anda menyusu.
Ketika masih menyusu bayi, haid anda memang akan terhenti. Keadaan ini dipanggil sebagai lactational amenorrhea. Ia berkaitan bagaimana penghasilan susu badan menyebabkan wanita tidak datang haid.
Peluang untuk anda hamil ketika menyusu mungkin akan jatuh sebanyak 0.5 hingga 2% saja, berbanding 20 hingga 40% peluang pada wanita yang tidak menyusu. Namun, anda masih berpeluang untuk hamil.
Menurut pakar, jika anda bergantung kepada teknik lactational amenorrhea, iaitu tidak datang haid sebagai cara mencegah kehamilan, anda harus melakukan perkara ini dengan betul:
- Melahirkan bayi kurang daripada 6 bulan lepas
- Menyusukan bayi secara eksklusif, tanpa sebarang campuran susu formula dalam masa 6 bulan pertama
- Bergantung kepada kondom, atau mini pil yang diberi di klinik kesihatan
Walaubagaimanapun, cara mencegah kehamilan menggunakan kaedah ini didapati telah mengakibatkan wanita “ter” mengandung. 1 daripada 50 wanita akan berpeluang untuk “tergelincir” dan mengandung.
Jadi, pakar menyarankan ibu-ibu untuk menggunakan kaedah lactational amenorrhea ini dengan cara mencegah kehamilan yang lain. Apakah caranya? Adakah ia akan menjejaskan penghasilan susu dan hormon anda?
Cara mencegah kehamilan ketika tengah menyusu
Kebanyakan cara mencegah kehamilan adalah selamat untuk ibu menyusu dan bayi. Namun ada sesetengah kaedah merancang yang boleh menjejaskan penghasilan susu badan.
Jom kita study apa pilihan yang ibu menyusu ada untuk merancang keluarga.
Doktor akan menggalakkan ibu menyusu agar mengambil kaedah merancang keluarga yang tidak mengandungi progestin. Antara kaedah yang tiada progestin ialah:
1# Minipil yang perlu dimakan setiap hari
Tahap keberkesanan: 98 – 99%
Minipil ini boleh didapati di Klinik Kesihatan Ibu & Anak. Anda perlu makan ia setiap hari.
2# Alat perancang keluarga IUD
Tahap keberkesanan: 99.2-99.4%
IUD adalah alat pencegah kehamilan yang mampu menghalang sperma daripada sampai ke telur dan bersenyawa dengan telur. Alat ini akan dimasukkan ke dalam rahim.
3# Suntikan perancang
Tahap keberkesanan: 98-99%
Suntikan perancang seeloknya diambil sebanyak 4 kali setahun. Ia harus dilakukan oleh pakar perubatan yang bertauliah. Namun terdapat beberapa kesan sampingan daripada suntikan ini.
Guna kaedah perancang keluarga
Doktor akan menghalang ibu menyusu daripada menggunakan kaedah perancang keluarga yang mengandungi estrogen. Kesan estrogen mungkin berbeza-beza pada setiap wanita menyusu.
Namun, estrogen dikatakan mampu mengganggu penghasilan susu badan, lebih-lebih lagi jika ibu tersebut memang sudah ada masalah susu kurang atau menyusu anak yang sudah berusia setahun lebih.
Selain 3 kaedah perancang keluarga di atas, ibu menyusu juga boleh memilih pilihan di bawah ini untuk merancang keluarga:
1# Cara mencegah kehamilan dengan kondom
Tahap keberkesanan: 98%
Kelebihan: Ia menjadi antara kaedah kegemaran ramai kerana ia mudah didapati di Watsons, Guardian mahupun 7-Eleven!
Kekurangan: Ia berkemungkinan boleh pecah. Sentiasa periksa kondom selepas penggunaan, ya!
2# Cara mencegah kehamilan dengan kondom untuk wanita
Tahap keberkesanan: 95%
Kelebihan: Ia mampu melindungi wanita daripada penyakit jangkitan di saluran kencing atau kencing kotor (STI).
Kekurangan: Sukar untuk dicari di Malaysia
3# Cara mencegah kehamilan dengan semburan spermicide
Tahap keberkesanan: 82%, harus digabung dengan kaedah pencegah kehamilan yang lain.
Kelebihan: Boleh berfungsi sebanyak pelincir ketika bersenggama.
Kekurangan: Tidak melindungi anda dari STI atau boleh mendatangkan alahan.
4# Cara mencegah kehamilan dengan Diafagram
Tahap keberkesanan: 91%
Kelebihan: Sejenis mangkuk yang boleh dimasukkan ke dalam vagina. Boleh melindungi wanita dari STI. Boleh dimasukkan 6-8 jam lebih awal sebelum bersetubuh.
Kekurangan: Memerlukan kepakaran untuk membawa masuk diafagram ke dalam vagina.
Semua pilihan ini dibenarkan oleh pihak kesihatan. Namun sebelum membuat keputusan, sila dapatkan pandangan pakar terlebih dulu. Mereka lebih tahu apa yang sesuai untuk anda.
Perlukan bantuan? Jangan panik!
Jika anda ragu-ragu dan tidak tahu yang mana anda harus pilih, apa kata anda dapatkan pandangan pakar dan mengumpul pengalaman daripada ibu-ibu yang lain?
Kami di theAsianparent Malaysia mempunyai Komuniti Ibu Menyusu yang anda boleh sertai untuk nasihat dan tips berguna buat ibu-ibu menyusu 😉 Jom sertai ia sekarang!
Sumber rujukan: theAsianparent Singapore
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Suami tak suka kondom & isteri tak suka pil perancang, apa kalian patut buat?