7 teknik ciuman yang tepat agar aksi foreplay lebih mengghairahkan

Ciuman bukan sekadar nak panaskan aksi di ranjang. Tapi, cara mencium bibir pasangan yang tepat mampu menambah keintiman dan kemesraan anda malam ini!

Ciuman biasanya diberi sebagai ungkapan rasa cinta, ataupun sebagai pemanas sebelum aksi di ranjang bermula. Tapi siapa sangka, cara mencium bibir pasangan dengan tepat juga mampu menghangatkan lagi aksi anda!

Dr. Suzanne Rapley, seorang pakar terasi seks dengan sijil AASECT menjelaskan, “ciuman adalah salah satu cara mengungkapkan diri secara seksual”.

Hal ini turut disokong oleh Emily deAyala, seorang lagi pakar terapi seks yang mengatakan bibir dan mulut memiliki banyal sel saraf yang sensitif terhadap rangsangan.

Sebab itulah cara mencium bibir pasangan dengan tepat mampu menaikkan ghairah!

Akan tetapi, kebanyakan pasangan suami isteri terlalu cepat melakukan aksi ciuman itu. Meluangkan lebih banyak waktu bercumbu boleh menimbulkan rangsangan yang lebih banyak, malah “mengikat” pasangan.

Berikut antara 7 cara mencium bibir pasangan dengan tepat yang anda wajar lakukan pada suami/isteri anda untuk menambah keintiman sebelum berasmara.

7 cara mencium bibir pasangan dengan tepat

1. Saling berciuman ketika duduk bersebelahan

Salah satu cara mencium bibir pasangan dengan tepat adalah dengan duduk bersebelahan mereka. Palingkan kepala anda dan mula bercumbu.

Suami/isteri boleh memegang sisi wajah pasangan sambil memberi belaian lembut. Pasti pasangan akan lebih terangsang!

2. Ciuman ketika berbaring

Ketika berbaring saling berhadapan dengan pasangan, cuba peluk mereka dan saling bersentuhan.

Selepas itu, bolehlah anda memulakan ciuman perlahan-lahan. Posisi ini mencipta suasana santai supaya kalian tidak terburu-buru.

Ia boleh dibuat sebelum tidur, atau ketika baru bangun waktu pagi.

3. Ciuman dengan dada saling bersentuhan

Cara mencium bibir pasangan ini paling best kerana anda boleh melakukannya di mana-mana saja! Sambil berpelukan, cuba dekatkan wajah anda pada pasangan.

Kalau cuba cara ini di ranjang pun tidak salah. Pasti kalian akan lebih terangsang selepas itu.

4. Ciuman penuh ghairah

Berciumanlah seolah-olah kalian telah lama berjauhan dan amat merindui pasangan. Tumpahkan segala nafsu, ghairah serta rasa rindu anda pada ciuman tersebut.

Pasti cinta kalian akan lebih bertambah selepas ciuman panas penuh ghairah ini 😉

5. Ciuman lembut di leher pasangan

Leher pasangan adalah antara titik sensitif yang tidak patut anda lupakan. Sesetengah pasangan mungkin akan berasa malu, namun kulitnya masih akan merasa rangsangan yang diberi.

Berikan ciuman di sekitar leher, kemudian ke bahagian bawah telinga hinggalah ke tengkuk pasangan. Semua bahagian ini pasti akan buat pasangan “tergila-gilakan” anda!

6. Ciuman di semua tempat kecuali bibir

Siapa kata anda hanya perlu memberi ciuman di bibir pasangan? Jangan lupa, wajah dan leher pasangan juga ada titik sensitif yang cepat menerima rangsangan.

Berikan ciuman lembut di seluruh kawasan wajah dan lehernya. Tapi jangan di bibir!

Ini akan mencipta rasa “ternanti-nanti” sehingga pasangan tidak sabar lagi untuk mengucup bibir anda yang seksi lagi mungil itu.

7. Posisi ciuman dengan isteri di atas

Minta suami baring terlentang di ranjang sebelum anda menaikinya. Dekatkan wajah anda pada wajahnya hingga dada kalian bersentuhan.

Selepas itu, ehem! Berikan tekcik ciuman penuh ghairah dan seksi yang anda pernah anda belajar. Pasti panas aksi di ranjang anda malam ini!

Ha… amacam? Berani tak nak cuba dengan pasangan malam nanti? Semoga perkongsian ini bermanfaat!

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Artikel ini asalnya ditulis oleh Fitriyani dan mendapat kebenaran theAsianparent Indonesia untuk diterjemah

Baca juga:

https://my.theasianparent.comsuami-isteri-bersetubuh/

Penulis

Ayu Idris