8 Perkembangan UTAMA Yang Anak 3 Tahun Perlu Capai, Parents Kena Peka Perkara Ini

Beberapa perkara yang ibu ayah perlu beri penekanan terhadap perkembangan anak umur tiga tahun, adakah dia telah mencapai mana-mana perkembangan ini dengan baik?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Wah, sekejap saja si kecil ibu dan ayah ini telah menginjak ke usia tiga tahun. Semasa di umur ini tentunya ibu ayah akan mencungkil lebih banyak tips keibubapaan khususnya berkaitan cara mendidik anak 3 tahun ini.

Setiap daripada ibu bapa tentunya ingin mengetahui kaedah dan cara mengukur tahap perkembangan anak, kan?

Walaubagaimanapun, usah khuatir jika perkembangan anak mungkin berbeza dengan anak-anak orang lain.

Hal ini kerana, setiap daripada anak kecil memiliki tahap perkembangan dan tumbesaran yang berbeza-beza. Jadi sebaiknya ibu bapa tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi pada anak asalkan anda sentiasa mengarap perkembangan mereka agar seiring dengan kanak-kanak yang lain.

Cara mendidik anak 3 tahun dan kaedah mengukur perkembangan mereka

Semasa di usia tiga tahun, anak akan cuba mempelajari pelbagai perkara termasuklah perkataan baru, suka bercerita, melakukan aktiviti yang menarik dan suka berkawan dengan ramai orang.

Walaupun mereka telah sibuk melakukan pelbagai aktiviti namun ibu ayah jangan letak ketepi pula emosi dan perasaan anak dalam usia ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hal ini kerana dalam usia anak dua hingga tiga tahun ini mereka akan lebih suka tantrum dan mengamuk terutama jika kemahuan tidak dituruti. Jadi ibu ayah kena lebih peka tentang apa yang anak suka dan apa yang tidak disukai.

Seterusnya adalah berkaitan dengan tahap perkembangan anak tiga tahun di mana boleh dilihat dari segi caranya bercakap, bertindak balas, bergerak, belajar dan bermain. Semua ini adalah proses perkembangan bagi si manja dalam usia tiga tahun ini.

Berikut adalah cara mendidik anak 3 tahun

#1. Memakai baju

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memakai pakaian sendiri adalah perkara yang ingin dilakukan anak dalam usia tiga tahun. Anda boleh melihat mereka sudah pandai membuka dan memakai sendiri baju. Kadang-kadang siap pilih sendiri baju yang nak dipakai.

Jadi semasa ini anda boleh melihat keletah mereka dan biarkan mereka memilih baju kegemarannya bagi menghindari dirinya tantrum kerana tidak menuruti kemahuannya.

#2. Makan tidak perlu lagi bersuap

Makan tak pelu bersuap ini dapat menjadikan rutin harian ibu jadi lebih ringan sedikit. Ini kerana anak dalam usia ini sudah pandai makan dengan sendiri menggunakan tangan, sudu, cawan dan lain-lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tapi perhatikan juga ya semasa si kecil tengah makan bimbang jika tercekik atau tersedak. Selain boleh mencuba bentuk makanan yang menarik.

#3. Melatih anak menggunakan tandas

Adakah ibu ayah sudah mempersiapkan anak menggunakan tandas? Bagi membantu mereka melakukan proses ini, si kecil mula-mulanya perlulah bersedia terlebih dahulu.

Hal ini kerana biasanya pada usia ini anak kecil anda akan lebih berminat menggunakan bilik air.

Walaubagaimanapun, cara mendidik mereka menggunakan tandas memerlukan kesabaran yang sangat tinggi kerana sudah tentu si kecil akan terbabas atau berak di mana-mana kawasan dalam rumah. Jadi ibu jangan cepat marah dan melenting ya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Suka ada ramai kawan

Pada usia ini juga anda akan dapat melihat anak suka berkawan dengan ramai orang terutama yang sama usia dengannya.

Walaubagaimanapun, anda masih perlu mengawasi tingkah lakunya kerana mungkin dia tidak suka berkongsi barang dengan orang lain seterusnya menyebabkan pergaduhan budak-budak kecil.

Jadi anda harus menasihati mereka dengan lembut dan ajarnya untuk berkongsi barang mainan bersama orang lain.

#5. Kemahiran berbahasa

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Usia tiga tahun juga anda akan mendapati anak bercakap dengan lebih banyak dan seharusnya mereka telah pandai membuat tiga patah perkataan dengan mudah.

Walaupun anda nampak anak seolah susah nak mendengar kata tapi sebenarnya mereka faham apa yang anda perkatakan kepada mereka.

Jadi untuk membantu anak bercakap, ibu ayah kena sentiasa sembang dan berkomunikasi dengan mereka setiap hari. Pasti anda dapat lihat macam-macam perkara yang dia nak cerita!

#6. Suka membuat tugasan rumah

Seperti anak penulis sendiri, dia juga baru masuk ke usia tiga tahun baru-baru ini di mana dia suka meletakkan cawan di dalam sinki dapur selepas menggunakannya. Selain pandai membawa penyapu dan penyedok ke ruang tamu walaupun belum pandai menyapu dengan betul, kekonon nak tolong ibu lah tu.

Jadi sebagai ibu biarkan anak membantu anda melakukan tugasan rumah kerana ia dapat meningkatkan daya keyakinan diri mereka, tapi jangan pula bagi tugas yang terlalu sukar hingga susah mereka nak buat. 

#7. Perubahan emosi

Perubahan emosi atau tantrum ini memang tidak dapat lari daripada anak umur tiga tahun.

Meskipun anak mungkin suka tantrum tapi ibu ayah kena banyakkan bersabar dan ambil sedikit masa untuk membiarkan anak redakan tangisan atau rengekannya.

Setelah dia pulih, peluk dan ungkapkan kata-kata sayang kepada mereka.

#8. Masa tidur

Bila anak sudah masuk ke usia tiga tahun kemungkinan akan berlaku perubahan pada waktu tidur mereka.

Misalnya mereka mungkin beranggapan tidak perlu tidur di waktu siang dan terus bermain seperti selalu. Namun, pada malamnya mungkin dia akan tidur lebih awal.

Namun ada juga kanak-kanak yang suka tidur di waktu siang untuk  recharge balik badan mereka selepas penat bermain.

Inilah beberapa perkara yang ibu ayah kena perhatikan pada anak dalam usia tiga tahun ini.

Namun, ingin diingatkan bahawa, setiap anak memiliki tahap perkembangan yang berbeza-beza jadi jangan berasa bimbang jika mereka tak sama dengan kanak kanak lain yang mungkin terlebih awal mencapai sesuatu perkembangan.

Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat lanjut tentang tumbesaran dan perkembangan anak bolehlah membawa mereka berjumpa doktor.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber : Pa&Ma, Hello Doctor 

Gambar: Harian Metro 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comperkembangan-anak-3-tahun