Setiap kali bercerita mengenai tip keibubapaan, tentunya bagaimana cara mendidik anak dengan betul supaya menjadi anak yang bijak antara yang teratas dalam senarai.
Pentingnya untuk cara mendidik anak yang betul bukan saja untuk membentuk keperibadian yang sempurna, malah juga untuk memastikan dia berjaya kelak.
Ibu bapa mana yang tak risaukan masa depan anak, disebabkan itulah ramai ibu bapa yang sanggup menyimpan untuk tabung pendidikan anak sejak mereka bayi lagi.
Namun ibu bapa perlu faham, dalam mendidik anak dengan betul agar menjadi anak yang bijak, anda perlu tahu cara yang betul, dan ini antara apa yang dilakukan orang Jepun. Moga bermanfaat!
Cara mendidik anak dengan betul supaya bijak daripada orang Jepun
#1. Mereka menggunakan teknik merangsang otak kanan. Otak kanan adalah lebih kreatif manakala otak kiri adalah cenderong kepada kira-kira dan fakta.
Bila anak kita mula nak tidur ayam, cakap pelahan pada mereka ” mama sayang adik , adik anak yang hebat”. Berikan perkataan yang positif pada mereka. Anak-anak ini akan menyimpan memori imaginasi.
Baca juga: Doktor Ini Berkongsi 4 Tips Membentuk Anak Bijak, No.3 Kena Amalkan
#2. Biasakan anak bermain warna dan melukis dikertas, bermain tanah liat, menggunting kertas. Biarkan mereka conteng kerana proses ini merangsang otak kanannya. Ada kajian yang menunjukkan penggunaan penyepit ketika makan oleh bangsa cina dan jepun membolehkan menambah rangsangan pada otak kanan anak-anak. Tak salah ikut benda yang baik. Kayu penyepit sebenarnya mengaktifkan kerja tangan sekaligus merangsang otak kanan anak-anak ini.
#3. Jangan marah dengan menengking anak-anak kerana semuanya akan disimpan melalui otak kanannya. Orang kita selalu dengar perkataan “jangan” , jangan itu, jangan ini….sehingga anak-anak itu takut mencuba perkara yang baru. Akhirnya sampai besar mereka sukar bercakap di khalayak.
#4. Isteri saya selalu menggunakan teknik imaginasi. Perasan tak anak kita selalu cerita perkara dalam imaginasi mereka. Layankan saja. Selalulah bercerita dengan mereka dan minta mereka sambungkan cerita itu. Cerita itu akan jadi merapu dan mengikut imaginasi mereka yang mana sebenarnya baik untuk melatih otak kanan anak-anak.
#5. Satu teknik lagi adalah selalu bermain teka-teki atau masukkan barang dalam kotak dan minta dia teka apa barang dalam kotak itu. Membuatkan mereka mula berfikir dan mengaktifkan otak kanan.
Semua tip itu hanyalah sebahagian perkongsian cara merangsang anak-anak agar lebih fokus dan cepat pandai.
Kemahiran berfikir sangat penting. Jangan anak kita berfikir dan membuat perkara yang dah ditetapkan. Sehingga besar mereka menjadi orang yang biasa. 80% orang melakukan perkara yang orang biasa lakukan hanya 20% antara kita berani melakukan perkara yang orang biasa tak nak buat.
Ciri-ciri anak bijak
- Aktif
Jika si kecil senang bermain dan anda kewalahan mengejar-ngejarnya, jangan bimbang kerana itu adalah salah satu ciri kanak-kanak pintar! Gerakan fizikal yang dilakukan oleh kanak-kanak membantu perkembangan otaknya sehingga anak tumbuh lebih bijak. Kerana itu, rangsanglah anak dengan banyak kegiatan fizikal dan permainan yang mengasah otak.
- Penumpuan
Perhatikanlah si kecil ketika sedang bermain, adakah dia begitu konsentrasi apabila bermain dengan mainannya? Ataupun dia begitu tekun memasukkan manik-manik kedalam benang? Kerana mampu berkonsentrasi adalah salah satu ciri anak yang bijak.
- Daya ingat kuat
Jika si kecil sering menagih janji kepada anda, sebaik-baiknya parents jangan merasa terganggu. Justeru hal tersebut menandakan daya ingat si kecil yang kuat.
Apabila kanak-kanak mempunyai daya ingat yang kuat, akan lebih mudah baginya menghafaz maklumat dan menjadi mandiri dalam kehidupan sosialnya kelak
- ‘Kaya’ kosakata
Anak yang memiliki perbendaharaan yang tinggi menandakan kemampuan verbal yang baik. Anak dengan ciri seperti ini memiliki kecerdasan berbahasa dan merupakan salah satu pertanda bahawa dia anak yang bijak. Anak yang cerdas juga biasanya mampu membaca lebih awal dibanding yang lainnya.
- Ingin tahu
Jangan bosan menjawab pertanyaannya. Salah satu ciri bahawa anda memiliki anak yang bijak adalah ia selalu ingin tahu!
Tidak hanya ingin tahu, anak yang cerdas juga fokus pada detail. Kadang-kadang dia bertanya hal-hal yang tidak pernah terpikirkan sebelumnya.
Sumber: Baharuddin Mohamed
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia