Anak lelaki belajar tak hormat wanita dari perangai bapanya di rumah - kajian

Cara mendidik anak lelaki yang betul penting agar mereka membesar jadi lelaki sejati yang hormat wanita. Tapi anak lelaki banyak belajar dari sikap ayahnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara mendidik anak lelaki untuk hormat wanita

Sebagai seorang ibu, kita pasti mahu tahu cara mendidik anak lelaki yang betul agar mereka membesar jadi lelaki sejati yang menghormati wanita. Ini termasuklah menghormati ibu mereka sendiri dan isteri mereka kelak. 

Tapi, tahukah anda, anak lelaki belajar menghormati wanita melalui perangai ayahnya di rumah? Anak lelaki akan melihat bagaimana si ayah melayan ibu di rumah untuk betul-betul memahami bagaimana ingin menghormati wanita lain.

Kredit: ParentMap

Jadi, cara mendidik anak lelaki agar menghormati wanita bermula dengan mengubah sikap si bapa dulu. 

Cara mendidik anak lelaki menghormati wanita bermula dengan si bapa

Menurut kajian, kebanyakan bapa yang bekerja tidak menjalankan tanggungjawab mengurus keluarga di rumah. Ini jauh lebih rendah berbanding ibu yang bekerja. 

65% ibu bekerja akan mengendali tanggungjawab menjaga anak sambil bekerja. Wanita dengan bayi akan sempat berehat sekejap saja pada hujung minggu berbanding suaminya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: slate.com

Malah, ibu yang bekerja namun ada anak berusia 3 hingga 4 tahun pula 2 1/2 lebih sibuk dan berjaga setiap malam untuk menguruskan anak berbanding suami. Nampaknya si ibu bertanggungjawab sepenuhnya dalam “menjaga anak” berbanding suami. 

Walaupun ramai suami yang bijak mengendali anak, tapi kajian mendapati ada corak sama yang akan diucap oleh setiap ibu apabila bercakap tentang bagaimana suami membantu dalam kerja rumah. 

Setiap ibu akan mengeluh mereka sibuk macam orang gila menguruskan anak, tapi suami lebih rileks dan sempat duduk belek telefon. Sementara si ibu membuat bekalan dan memakaikan baju anak, bapa sempat duduk tak buat apa-apa. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: psma.com.au

Cara mendidik anak lelaki yang betul 

Kanak-kanak ada sifat ingin tahu. Mereka juga sedang belajar untuk membezakan sesuatu benda, contohnya jantina. Sebab itu sejak mereka berusia 18 bulan lagi, mereka akan mengumpul maklumat tentang jantina.

Apabila maklumat tentang jantina itu lengkap, mereka mampu memilih barang permainan yang layak dimain oleh lelaki atau perempuan. Maksudnya, anak lelaki akan cenderung main LEGO, manakala anak perempuan pula main patung Barbie. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dan kajian mendapati perangai/peranan si ayah dalam menguruskan rumah tangga akan mempengaruhi bagaimana anak memandang tugas yang patut digalas setiap orang. Dari situ datangnya rasa hormat pada wanita.

Jika mereka melihat si ayah tak buat apa-apa membantu si ibu, dan ayah sibuk bermain Facebook saja, mereka akan menganggap wanita tak memerlukan bantuan lelaki. 

Maka mulakan kitaran wanita terbeban dengan segala urusan tanpa bantuan lelaki. Bayangkan bagaimana anak lelaki kita melayan isterinya kelak. Entah-entah dibuatnya si isteri macam bibik!

Cara mendidik anak lelaki yang betul harus diterap si ayah dan ibu agar mereka membesar menghormati wanita. Jadi, apa yang patut dibuat oleh ayah untuk mencapai matlamat ini?

Ubah sikap ayah untuk mendidik anak lelaki menghormati wanita

Ayah boleh mengubah sikap “bermalas-malasan” itu dan mendidik anak lelaki menghormati wanita dengan melakukan perkara ini:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Galas separuh daripada tanggungjawab menjaga anak dari isteri – walaupun anda sibuk bekerja, ini tak bermaksud anda tak boleh membantu isteri menjaga anak. Cukuplah bantu dengan perkara-perkara kecil agar isteri tak terlalu terbeban.
  2. Bantu isteri tanpa disuruh – budaya kita membuatkan lelaki “terlalu dimanja” hingga semua benda perlu disuruh, baru ia dibuat. Ramai suami ingat mereka telah membantu si isteri, sedangkan hanya 36% saja yang betul-betul berkongsi beban dengan isteri. Jadi, cuba fikir balik, apa bantuan yang anda hulurkan hari ini pada isteri?
  3. Kongsi beban cari duit dan jaga anak secara adil dengan pasangan – mungkin kalian berdua bekerja dan sama-sama penat. Jadi, bertoleransi dan bertolak ansur antara satu sama lain.

Kajian juga mendedahkan sebuah tinjauan tentang bagaimana kesannya apabila suami isteri berkongsi tanggungjawab mencari duit dan menjaga anak. 

Pasangan yang berkongsi tanggungjawab mencari duit dan menjaga anak secara adil akan lebih bahagia tanpa masalah penceraian. Namun, pasangan yang tak berkongsi tanggungjawab di mana isteri bertanggungjawab sepenuhnya menjaga anak dan suami mencari nafkah akan cenderung bercerai!

Anda tahu sudah sekarang apa kunci dan cara mendidik anak lelaki agar mereka menghormati wanita, kan? Mari kita sama-sama melaksanakannya. Jangan lupa ajak suami berbincang tentang perkara ini. 

Moga anak lelaki anda membesar menjadi lelaki sejati!

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Sumber rujukan: The Washington Post

Kredit gambar: Etsy

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.commendidik-anak-lelaki/

Penulis

Ayu Idris