Anda ibu bapa yang open minded? Ini keburukannya yang anda tak sedar

Menjadi ibu bapa yang terlalu open-minded memang ada kelebihannya, tapi ada juga kekurangannya. Belajar cara mendidik anak yang terbaik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara mendidik anak mungkin berlainan bagi setiap ibu bapa. Ada yang mendidik anak dengan cara yang dicadangkan oleh pakar dan ada yang mendidik dengan cara menghukum anak.

Mendidik anak dengan cara menghukum dikatakan memberi kesan buruk kepada perkembangan anak.

Mendidik anak dengan cara permisif atau lebih open-minded pula dilihat lebih memberi kesan yang positif kepada anak. Tapi betul ke? 

Artikel ini akan membincangkan tentang kebaikan dan keburukan cara mendidik anak secara permisif dan bagaimana untuk memperbaikinya.

Cara mendidik anak secara permisif: Keburukan dan kebaikan

Secara dasarnya, ibu bapa yang permisif akan bertindak menjadi seperti kawan dari ibu bapa.

Mereka sangat penyayang dan mengambil berat tentang anak mereka, tapi mereka tak mendisiplinkan mereka atau mengajar mereka tentang tanggungjawab.

Kebaikan cara mendidik anak secara permisif

  • Anak yang dibesarkan dengan ibu bapa yang permisif ada keyakinan diri tinggi, kemahiran sosial yang baik serta lebih berpengetahuan berbanding ibu bapa yang terlalu strict.
  • Ibu bapa yang permisif juga menyokong emosi dan memberi respon apabila berinteraksi dengan anak mereka. 
  • Konflik dan perbalahan jarang berlaku kerana ibu bapa yang permisif tak menghadkan keinginan anak-anak.
  • Mereka memberikan kebebasan kepada anak-anak mereka untuk memupuk kreativiti mereka tanpa had.

Keburukan mendidik anak secara permisif

Cara mendidik anak yang tak efektif

Walaupun ibu bapa yang permisif menyayangi dan menjaga anak mereka secara terbuka, mereka terlalu bebas berbanding ibu bapa yang mendidik anak secara tradisional.

Secara spesifik, ada beberapa perkara tentang ibu bapa permisif yang tak membantu perkembangan kanak-kanak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Ibu bapa permisif tak menetapkan peraturan untuk mendisiplinkan anak. Walaupun mereka ada menetapkan peraturan, mereka tak konsisten dengan peraturan tersebut.
  • Mereka memberi rasuah kepada anak mereka seperti makanan, hadiah dan permainan supaya mereka berkelakuan baik.
  • Mereka mementingkan kebebasan anak dari memupuk sikap bertanggungjawab. 
  • Mereka meminta pendapat anak-anak untuk melakukan keputusan yang besar.

Kajian menunjukkan, kelebihan mendidik anak secara permisif boleh memberikan kesan yang buruk kepada anak apabila mereka membesar. Ini adalah kesan mendidik anak secara permisif.

Cara mendidik anak secara permisif: Kesannya dari segi saintifik

Ibu bapa permisif mendidik anak secara mudah sehingga mereka terlepas momen kritikal dalam memupuk kemahiran perkembangan mereka yang penting, termasuklah:

  • Kurang beretika – Kanak-kanak tak perlu ada perangai yang baik atau mempunyai tanggungjawab di rumah.
  • Sikap yang tak menentu – Anak-anak mereka bebas untuk memilih masa tidur, membuat kerja rumah, memilih masa makan dan menonton televisyen. Menonton TV boleh berlanjutan sehingga 4 jam sehari dan makan snek yang berlebihan boleh menyebabkan obesiti.
  • Membuat keputusan yang membahayakan diri sendiri – Anak-anak menentukan apa yang mereka lakukan tanpa perlu bertanya.
  • Masalah emosi kerana kurang pengawalan – Mereka boleh mempamerkan sikap impulsif, aggresif, pergantungan, kekurangan tanggungjawab peribada dan simptom kemurungan dan kegelisahan.
  • Masalah sikap – Mendidik anak secara permisif boleh menyebabkan anak suka mementingkan diri sendiri. 

Cara mendidik anak secara permisif: Kenapa cara ini tak berhasil?

Apabila ibu bapa tak mementingkan peraturan dan hukuman, satu-satunya perkara yang anak akan tahu ialah anda tak maksudkan apa yang anda cakap.

Oleh itu, mereka akan menguasai peranan anda sebagai ibu bapa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mereka juga akan jadi terlalu selesa sehingga menyebabkan mereka tak mahu berdikari. Mereka bergantung kepada ibu bapa dan ini menghalang mereka dari menjadi matang lalu membentuk sifat tanggungjawab dan mengawal diri.

Kekurangan disiplin dari peraturan yang tak diketengahkan menyebabkan mereka rasa tak selamat dan membuat mereka mempunyai masalah sikap dan emosi.

Alternatif untuk ibu bapa permisif

Jadi, apa cara yang terbaik untuk mendidik anak? Di sini kami sediakan empat kontemporari mendidik anak secara positif yang boleh membantu ibu bapa permisif untuk memperbaiki cara mereka mendidik anak.

Cara ini mengekalkan kasih sayang terhadap anak dan mengutamakan cara untuk memupuk sikap bertanggungjawab dan berdisiplin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1 – Mendidik anak secara positf

  • Ada peraturan ketat, membebel dan memarahi anak tentang apa yang mereka boleh dan tak boleh buat adalah BUKAN sebahagian daripada mendidik anak secara positif.
  • Fokus dalam mengawal anak ke arah yang betul 
  • Dalam proses ini, kanak-kanak akan diberi kuasa. Anda hanya perlu menyokong minat mereka dan memberi sokongan untuk mereka mengembangkan kebolehan mereka. 

2 – Rapat dengan anak

  • Menjadi rapat dengan anak akan memberi peluang untuk anda memahami anak anda dengan lebih baik dan memberikan mereka peluang untuk menyatakan isu mereka serta memberikan mereka keperluan emosi yang diperlukan.

3 – Menyayangi tanpa syarat

  • Anda perlu menyayangi anak anda tanpa syarat. Dengan ini, anak anda akan tahu yang kasih sayang anda kepada mereka adalah disebabkan oleh diri mereka sendiri dan bukan apa yang mereka lakukan

4 – Mendidik secara rohani

  • Sedar dan hormat yang anak mempunya personaliti yang tersendiri. Beri mereka kebebasan untuk mengembangkan kepercayaan mereka dari personaliti dan potensi mereka.
  • Jadi contoh kepada anak anda. Daripada anda memberi nasihat tentang bagaimana untuk berkelakuan baik, adalah lebih baik anda menunjukkan contoh sifat-sifat yang anda mahu mereka pupuk dengan menunjukkan sifat yang positif di hadapan mereka.

5 – Didik secara perlahan

  • Menetapkan masa untuk keluarga agar semua berkumpul bersama.
  • Beri anak anda peluang untuk mengambil risiko tanpa campur tangan. Mengambil risiko dapat membantu mereka untuk memahami diri mereka dengan lebih baik.
  • Biarkan anak menggunakan imaginasi mereka sendiri semasa bermain tanpa mengawal segala pergerakan mereka.
  • Beri mereka main di tempat semulajadi seperti di hutan atau taman.
  • Kawal masa menonton TV. Ini akan menggalakkan anak anda untuk melakukan aktiviti lain yang lebih berfaedah seperti membaca.
  • Beri anak mainan dan bukan telefon bimbit atau tablet.

Tips cara mendidik anak yang lain

  • Tetapkan peraturan dan terangkan pada anak anda apa yang anda harapkan dari mereka.
  • Bincang terlebih dahulu tentang kesan yang akan mereka dapat jika melanggar peraturan. 
  • Beri anak anda pilihan untuk memilih aktiviti yang mereka mahukan setiapkali mereka lakukan perkara yang baik seperti menonton TV selama 30 minit kerana tolong anda membasuh baju.
  • Tetapkan had. Ia mungkin susah pada awalnya, tapi lambat laun mereka akan faham yang anda serius dan mereka akan merasa selamat dengan had yang anda berikan untuk keselamatan mereka.

Anda perlu ingat yang tugas anda adalah untuk membantu anak anda mencuba semula selepas mereka gagal.

Kuncinya adalah dengan menerapkan nilai yang baik, menjadi contoh yang positif dan sentiasa beringat.

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

Artikel asal ditulis oleh Kevin Wijaya dan diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore

Baca juga: 

6 tanda amaran menunjukkan anda telah mendidik anak dengan salah!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nadia Ghafar