Langkah dan cara mengatasi anak yang selalu bertanyakan soalan pelik-pelik. Bagaimana ibu ayah respon terhadap soalan mereka?
Sememangnya anak dalam usia kanak-kanak memiliki rasa ingin tahu yang sangat besar sampai kekadang ibu ayah tak terlayan.
Antara soalan yang sering kali diajukan seperti yang ada kaitan dengan alat kelaminnya atau bagaimana dia dilahirkan ke dunia.
Berikut ini adalah cara mengatasi anak yang tiba-tiba bertanyakan soalan yang ada kaitan dengan seks.
#1. Ibu kena jawab secara jujur
Si kecil memang 100% mempercayai kedua-dua ibu bapanya. Jadi, sebaiknya ibu jujur terhadap maklumat yang akan diberikan oleh mereka.
Jika berbohong dan anak mengetahuinya maka mereka akan hilang kepercayaan dan sukar untuk mempercayai orang lain terutama ibu bapanya.
Justeru kalau anak bertanyakan soalan tentang seks berikan maklumat dengan jujur dan tepat.
#2. Beritahu maklumat betul tapi bersederhana
Walaupun anda harus memberitahunya secara jujur tentang fakta tersebut tapi gunakan bahasa yang sederhana dan mudah difahami.
Ini kerana dalam usia itu mereka belum faham perkara yang susah dan rumit.
Sekiranya nak menjelaskan bagaimana anak dilahirkan, gunakan ayat yang tepat seperti benih ayah dan telur ibu bertemu di dalam perut. Jadi dari situlah bayi berkembang di tempat yang betul dan dinamakan sebagai rahim.
#3. Mengajar perkara yang lebih penting
Selain itu, ibu juga adalah sumber pengetahuan anak. Ini kerana, seumur hidupnya dia akan belajar sesuatu daripada ibu bapanya.
Jadi gunakan kesempatan itu dengan mengajarkan mereka hal yang positif berkaitan seks dan perkara lain yang sama penting seperti cara menghargai orang, bersikap baik, bersimpati dan tolong menolong.
#4. Bersikap tenang depan anak
Biasanya ibu cenderung berasa khuatir tentang bagaimana cara mengatasi anak yang sering mengajukan soalan yang ada kaitan dengan seks.
Namun, jangan sampai berpeluh nak jawab soalan anak tapi bertenang dan bicarakan topik ini dengan baik dan berhemah.
Jangan buat soalan berkaitan seks ini menjadi sesuatu yang memalukan untuk dikongsikan pada si kecil.
Ini kerana kekadang ia ada juga kaitan dengan alat kelaminnnya, kedatangan haid, sentuhan yang boleh dan tidak boleh juga lain-lain.
#5. Jelaskan perkara ini melalui buku cerita
Boleh dikatakan ramai penulis yang menulis berkaitan bagaimana cara mengajar anak tentang perkara yang berkaitan dengan seks.
Untuk itu, ibu boleh membantu mereka dengan menggunakan buku-buku cerita seperti pengenalan tentang anatomi tubuh si kecil kemudian bacakan kepada mereka.
Contoh ayat yang boleh digunakan seperti:
” Ini buah dada orang perempuan, kena jaga betul-betul orang lain tak boleh sentuh tau”.
” Tubuh manusia ini ada beberapa tempat yang orang lelaki tak boleh sentuh terutama perempuan yang belum berkahwin seperti tangan, pipi, alat sulit, punggung dan sebagainya”.
Jadi ibu boleh terangkan pada mereka beberapa perkara terlebih dahulu supaya si kecil cepat faham.
Inilah di antara cara mengatasi anak dalam membicarakan soalan berkaitan seks.
Diharap ini membantu ibu dan ayah. Semoga bermanfaat.
3 Sebab mengapa anak suka bertanya
Ini beberapa sebab dan mengapa si kecil suka bertanya.
#1. Dapat membina keyakinan diri
Cuba bayangkan kalau anda merungut bila si kecil bertanyakan soalan tentu mereka berasa takut untuk ambil tahu apa yang berlaku di sekeliling mereka.
Bahkan, mereka akan rasa rendah diri dan sikap ini boleh terbawa-bawa sampai ke besar.
#2. Rangsang pemikiran di luar kotak
Sekiranya anak selalu bertanyakan soalan yang berkaitan dengan sesuatu perkara ini menunjukkan dirinya mengalami tahap perkembangan otak yang baik.
Menurut seorang Pakar Pendidikan, Rebeca A. Palacios, soalan kenapa amat penting untuk direspon oleh ibu bapa kerana ia adalah kunci untuk si kecil memahami apa yang berlaku di sekitar dunianya.
Namun, sekiranya soalan itu sukar nak dijawab, anda jangan berbohong kepada mereka tapi beritahu yang anda akan beritahu jika telah menjumpai jawapan yang sesuai.
#3. Inginkan perhatian
Satu cara lain yang menunjukkan bahawa anak ingin berkomunikasi adalah dengan cara menangis.
Si kecil itu bukan menangis sebab lampin basah atau mahu susu tapi mereka mahu didampingi ibu bapanya.
Ini kerana, si kecil akan berasa selamat dan seronok bila selalu mendapat perhatian sepenuhnya daripada orang yang disayangi.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber : Pop Mama
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga
https://my.theasianparent.combila-kantoi-anak-nampak-seks