Parah kalau cemburu buta ini, ada yang sampai membawa kepada kecelakaan. Seperti tragedi yang berlaku di Jakarta baru-baru ini, seorang isteri telah membakar dirinya akibat tertekan dengan sikap cemburu buta suaminya. Sedangkan ada saja cara mengatasi cemburu pada suami ini.
Mengikut laporan Tribun News, seorang wanita dari daerah Maluku Tenggara telah menyiram badannya dengan minyak tanah lantas dinyalakan api untuk membakar diri.
Aksi itu menyebabkan si isteri mengalami kecederaan serius yang mana wajah dan sebahagian besar badannya melecur teruk.
Walau bagaimanapun wanita itu sempat dikejarkan ke hospital Sadsuitubun untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Sering dituduh curang
Isteri yang berusia 24 tahun itu mendakwa dia sering dituduh curang dengan lelaki lain oleh suaminya sedangkan dia tidak pernah melakukannya.
Pegawai Penyiasat Maluku Tenggara Hamin Siompo melaporkan “Siasatan awal dijalankan mendapati mangsa nekad membakar diri kerana tidak tahan dengan suaminya yang sering curiga dan menuduhnya menjalin hubungan dengan lelaki lain,” katanya.
Maka motif kelakuan itu adalah kerana sikap suami si isteri yang cemburu buta. Dan malangnya si isteri masih sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi Hospital berkenaan.
Mengikut laporan Hamin juga, kejadian itu berlaku ketika suami dan bapanya berada di rumah. Dan menurutnya, si isteri dapat diselamatkan kerana suaminya yang bertindak segera dengan membantu memadamkan api yang menyambar wajah serta tubuh isterinya sehingga dia sendiri mendapat kecederaan kebakaran di tangan.
Keterangan hanya sebelah pihak
Itu adalah menurut keterangan suami sahaja, memandangkan si isteri masih di rawat di unit rawatan rapi, keterangan si isteri masih belum didapati. Malah pihak hospital juga tidak membenarkan sesiapa hadir untuk melawat mangsa.
Malah, katanya, keluarga mangsa juga belum membuat laporan polis berhubung kejadian itu. Pelik juga kerana sudah tentu ada cara mengatasi cemburu pada suami dan bukan membakar diri sendiri.
“Setakat ini, hanya suami mangsa dan bapanya yang sudah diambil keterangan.
“Manakala, keluarga mangsa sudah berjanji akan datang ke Maluku Tenggara bagi membuat laporan polis,” katanya.
Cemburu Berlebihan Bermaksud Keperibadian Yang Tak Seimbang
Psikoterapi dan pensyarah sekaligus Pengarah The Valley Counseling Center di Glendale, California, Amerika Syarikat, Alan Loy McGinnis mengatakan, cemburu menunjukkan keperibadian yang tidak seimbang.
Contohnya jika isteri terlalu cemburu apabila nampak suami rapat dengan kawan berlainan jantina yang lain, termasuk juga dari rakan sepejabatnya!
“Ramai isteri ingin “mengikat” suami mereka kerana takut suami dirampas, atau mungkin isteri tidak puas dengan perhatian dari suami.”
Namun McGinnis juga tidak menafikan yang ada juga cemburu tanda sayang yang betul. Tapi cemburu itu haruslah mempunyai batas.
Dua orang yang saling mencintai tidak seharusnya memiliki sikap cemburu buta, dingin, dan acuh tidak acuh apabila melihat pasangan rapat dengan “seseorang”.
Jadi, tiada salah jika kita mahukan kasih sayang yang lebih lagi dari pasangan. Apapun, cinta dan perhatian itu adalah hak suami isteri.
Malah menurut Psychology Today juga, cemburu ini sebenarnya boleh merapatkan lagi hubungan suami isteri!
Sifat Yang Muncul Saat Cemburu Buta
Saat seseorang cemburu, akan ada reaksi tertentu yang terjadi dalam tubuhnya. Ia kemudiannya menerbitkan sifat-sifat ini:
- Rasa keyakinan diri yang rendah
- Neuroticism: kecenderungan umum untuk moody, cemas dan tidak stabil secara emosional
- Rasa tidak selesa dan posesif
- Terlalu bergantung kepada pasangan
- Perasaan “tidak cukup baik” untuk rumah tangga
- Cemas dengan pasangan
Nampaknya jika kita terlalu cemburu, lebih banyak rasa negatif yang lahir. Jadi, ada baiknya jika kita mengawal nafsu cemburu ini.
Memang tak ramai yang mahu mengaku mereka cemburu. Tapi hakikatnya, cemburu itu terjadi kerana kita kurang keyakinan diri.
Apapun, ia wajar dalam hubungan. Akan tetapi, janganlah sampai cemburu buta!
Cara mengatasi cemburu pada suami
Rasa cemburu pasangan bukan sesuatu yang anda boleh “betulkan” atau “selesaikan” untuknya.
Anda boleh bersikap jujur dan terbuka tentang perasaan anda terutamanya apabila dituduh bersalah tanpa sebab.
Anda boleh berbincang dan menyokong usahanya untuk mengatasi rasa cemburu dengan syarat-syarat tertentu.
Dia tidak boleh menyalahkan anda seorang dan anda juga tidak boleh selalu mengalah kerana tidak mahu berkelahi.
Biar pasangan tahu yang anda sedang cuba memulihkan amanah yang hilang dan anda ingin berkerjasama untuk membinanya semula.
Tetapi ini bukan kerja sebelah pihak sahaja dan dia juga perlu mengatasi rasa cemburunya dengan harapan satu hari nanti perkahwinan ini boleh kembali gembira dan kukuh untuk masa yang lama
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Harian Metro
Baca juga:
https://my.theasianparent.compasangan-cemburu-cara-mengatasi