Menangani Masalah Ejakulasi Pramatang (Pancut Awal): Sebab Dan Cara Rawatan

Ejakulasi pramatang atau pancut awal boleh mengundang rasa tidak puas kepada pasangan suami isteri ketika menikmati hubungan seks.

Sebenarnya, masalah “mati pucuk” bukan satu-satunya mimpi ngeri yang boleh menghantui kaum lelaki atau pasangan anda. Kini, ramai lelaki mengalami masalah yang lebih serius, hingga mereka malu atau enggan berjumpa doktor pakar. Masalah tersebut adalah masalah ejakulasi pramatang.

Definisi

Masalah ejakulasi pramatang terjadi apabila seseorang lelaki mengalami rangsangan dan ejakulasi terlalu awal (sebelum atau ketika dia atau pasangan belum sempat menikmati seks). 

Siapakah Yang Sering Mengalami Masalah Pancut Awal?

1.Sering Melancap

Ejakulasi pramatang sepanjang hayat bermula sejak awal, biasanya ketika remaja. Ia mungkin disebabkan oleh masalah psikologi atau habit tidak sihat seperti sering melancap.

Menangani Masalah Ejakulasi Pramatang (Pancut Awal): Sebab Dan Cara Rawatan

2.Masalah Kesihatan

Manakala masalah ejakulasi baru biasanya tercetus akibat masalah psikologi (tekanan) atau kerana masalah fizikal (seperti penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi).

3.Kulit Kemaluan Sensitif

Masalah ini juga boleh disebabkan keadaan kulit kemaluan yang terlalu sensitif, refleks hiperaktif, rangsangan melampau, atau jarang melakukan hubungan intim.

4.Genetik

Selain itu, doktor juga menjelaskan antara faktor lain yang mengakibatkan masalah ejakulasi pramatang adalah genetik, ketakutan, rasa bersalah, bimbang tentang prestasi, keradangan/jangkitan di prostat atau uretra dan lain-lain.

5.Jarang Melakukan Hubungan Intim

Ada juga disebabkan jarang melakukan hubungan inti. 

Apakah Jenis Ejakulasi Pramatang?

Terdapat dua jenis masalah ejakulasi pramatang, iaitu:

  • Ejakulasi pramatang sepanjang hayaT (utama)
  • Ejakulasi pramatang baru (sekunder)

Apakah Faktor-Faktor Risiko Ejakulasi Pramatang?

Ejakulasi pramatang boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor risiko, antaranya:

1.Faktor Psikologi

Kecemasan atau tekanan
Kemurungan
Masalah dalam hubungan atau konflik dengan pasangan

2.Faktor Biologi

Ketidakseimbangan hormon
Sensitiviti berlebihan pada kawasan genital
Masalah neurologi
Faktor kesihatan:

3.Penyakit Tertentu Seperti Diabetes Atau Hipertensi

Kondisi prostat

4.Faktor Gaya Hidup

Penggunaan alkohol atau dadah terlarang
Kurang tidur atau keletihan
Pengalaman seksual:

5.Pengalaman Seksual Yang Terhad Atau Kurang Keyakinan

Memahami faktor-faktor ini boleh membantu dalam mencari penyelesaian atau terapi yang sesuai. Jika ada kebimbangan, berunding dengan profesional kesihatan sangat disarankan.

Cara Atasi Ejakulasi Pramatang

1.Sokongan Isteri 

Ini perkara asas yang pertama. Ya, anda kecewa. Tapi pasangan anda lebih kecewa! Mereka pasti menganggap mereka tak berguna dan tak layak untuk anda. Tapi, kasih sayang dan cinta kalian lebih daripada itu kan? Berilah sokongan yang berpanjangan untuk pasangan. Selesaikan masalah ini bersama-sama. 

2.Buat Senaman Kegel Bersama

Anda tak tahu apa itu senaman kegel? Ini masanya untuk tahu! Senaman kegel adalah senaman menguatkan otot di lantai pelvis anda. Jika diamalkan secara berterusan, anda dan pasangan boleh mengatasi masalah ejakulasi pramatang! Tips untuk tolong pasangan dengan senaman kegel boleh cuba tekan perineum (satu jarak antara testikel dan punggung pasangan dengan dua jari anda. Ketika anda menekan, minta dia cuba kecutkan otot itu. Nanti dia tahu dah di mana dia harus mengecutkan ototnya!

3.Pakai Kondom

Kondom ibarat satu “dinding” yang boleh mengawal sensitiviti kulit kemaluan. Jangan tak tahu, sensitiviti kulit kemaluan mampu membuatkan lelaki terpancut lebih awal!

4.Perlahankan Tempo

Perlahankan tempo permainan kalian! Memanglah bila anda bakal mencapai orgasma, anda tak ingin perlahankan tempo permainan. 

5.Posisi Seks Isteri Duduk Di Atas Suami

Posisi seks ini dikatakan banyak membantu! Anda boleh duduk di atas pasangan dan “menjalankan tugas mengawal”.  Biasanya, jika rangsangan bertambah, pasangan akan mengalami pernafasan yang laju. Ia boleh mengakibatkan mereka mengalami ejakulasi pramatang! Jadi, bila anda di atas, cuba minta mereka bertenang dan bernafas dengan perlahan-perlahan. Nikmati tusukan yang dalam itu.

6.Teknik “Mula Dan Berhenti”

Untuk buat teknik ini, anda perlu merangsang zakar dan berhenti sebelum pasangan rasa ingin pancut. Berhenti selama 30 hingga 60 saat. Biar rasa “ejakulasi” itu hilang. Kemudian cuba lagi hingga pasangan boleh mengawal ejakulasinya. Jika anda ingin berhenti ketika zakar di dalam faraj, jangan kemut!

7.Teknik “Picit”

Dengan teknik ini, anda perlu memicit bahagian kepala zakar selama 30 saat sebelum pasangan mencapai klimaks. Picitan ini mampu menghentikan rasa untuk ejakulasi. Selepas itu, hubungan intim boleh disambung semula.

8.Permainan Minda

Kurangkan rangsangan minda. Tumpukan perhatian pada perkara yang membosankan. Semuanya hanyalah permainan minda saja! Anda harus cuba menenangkan pasangan.

9.Onani

Lakukan hubungan intim setelah pasangan anda beronani (masturbate). Ia mampu memanjangkan masa.

Apakah Kesan-Kesan Buruk Ejakulasi Pramatang?

Ejakulasi pramatang boleh memberi kesan buruk dalam beberapa aspek, termasuk:

  • Tekanan mental
  • Rasa malu atau rendah diri
  • Kemurungan
  • Ketegangan dalam hubungan intim
  • Ketidakpuasan seksual bagi pasangan
  • Perasaan kecewa dan konflik antara pasangan
  • Pengurangan kepuasan dalam kehidupan seksual
  • Menjejaskan kepercayaan diri
  • Peningkatan risiko masalah seksual lain, seperti disfungsi erektil
  • Potensi masalah dalam komunikasi dan keintiman dengan pasangan

Apakah Rawatan Ejakulasi Pramatang?

Rawatan untuk ejakulasi pramatang boleh merangkumi pelbagai pendekatan, termasuk:

1.Terapi Psikologi

  • Kaunseling: Membantu menangani masalah psikologi seperti kecemasan atau tekanan.
  • Terapi Seksual: Fokus pada komunikasi dan teknik untuk meningkatkan keintiman dengan pasangan.
  • Latihan dan Teknik:Teknik “Start-Stop”: Mengajar pasangan cara menghentikan rangsangan sebelum ejakulasi. Teknik “Squeeze”: Menekan kawasan genital untuk mengurangkan keinginan ejakulasi.

2.Ubat-Ubatan

  • Antidepresan: Beberapa jenis antidepresan boleh membantu menangguhkan ejakulasi.
  • Krim atau Semburan Anestetik: Mengurangkan sensitiviti pada kawasan genital.

3.Latihan Kekuatan Otot Pelvik

  • Senaman Kegel: Menguatkan otot-otot di kawasan pelvis dan meningkatkan kawalan ejakulasi.

4.Perubahan Gaya Hidup

  • Mengurangkan tekanan melalui aktiviti relaksasi seperti yoga atau meditasi.
  • Meningkatkan komunikasi dengan pasangan untuk mengurangkan ketegangan.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Nafsu Seks Ketika Mengandung Naik & Turun, Ini Tips Puaskan Suami Ketika Di Ranjang

Baca juga: 5 Posisi Seks Semasa Hamil Yang Menjanjikan “Umph” Buat Anda Dan Pasangan

Baca juga: Perut besar sangat, susah nak berasmara? Cuba 7 posisi yang selesa semasa hamil ini pula!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!