Eratkan jalinan kekeluargaan bersama

Dengan 2 cara mengeratkan hubungan kekeluargaan yang unik ini, pasti anda dan anak-anak akan jadi lebih rapat dan mesra. Ibu, jom cuba!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kini, kesibukan ibu bapa dalam mencari rezeki, ditambahkan pula dengan gangguan alat elektronik tanpa henti telah menyukarkan lagi masa untuk diluangkan bersama keluarga.

Menurut Kolumnis dan Perunding Motivasi Keluarga, Encik Zaid Mohammad,

“Kita harus merancang dengan proaktif dalam meluangkan masa bersama keluarga agar dapat memberikan lebih manfaat dalam membentuk sahsiah keluarga bahagia.”

Jadi apakah cara mengeratkan hubungan kekeluargaan dan mengapa hubungan kekeluargaan amat penting dalam pembentukan sesebuah keluarga? Anak itu ibarat kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya.

Jadi pada peringkat permulaan, dengan meluangkan masa bersama, nilai-nilai murni dan pembentukan konsep diri yang positif dapat diterapkan seawal usia.

Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam memastikan masa diluangkan bersama.

Walau sesibuk mana, detik-detik terindah masih boleh dicapai jika anda bijak merancang bagaimana cara terbaik untuk meluangkan masa kualiti bersama seisi keluarga. 

Ia seperti melakukan pelbagai akitiviti-akitiviti harian di mana-mana sahaja yang menarik bersama tanpa perlu membelanjakan wang yang banyak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara mengeratkan hubungan kekeluargaan #1: Saling bekerjasama

Salah satu tugasan harian yang boleh dilakukan bersama keluarga adalah seperti mengemaskan rumah atau membasuh pakaian bersama. Ibu bapa haruslah bijak dalam mengagihkan tugasan bersama.

Si Manja selalunya suka apabila mereka diberi peluang untuk melakukan tugasan ini kerana mereka berpeluang memainkan peranan penting dalam menggalas tanggungjawab yang diberikan. Ini dapat memupuk semangat bertanggungjawab di kalangan Si Manja.

Dengan melaksanakan tugasan bersama, Si Manja dapat belajar dan memahami kepentingan berkerjasama melalui agihan tugasan untuk memastikan rumah sentiasa bersih dan terurus.

Ini dapat memupukkan sikap bertanggungjawab Si Manja dari peringkat awal untuk memainkan peranan penting dalam memastikan kebersihan rumah sentiasa terurus.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila kesemua rutin diterapkan ke dalam rutin harian Si Manja akan lebih memahami nilai dan kepentingan kerjasama sesama ahli keluarga.

Cara mengeratkan hubungan kekeluargaan #2: Menabung bersama

Ingin bercuti bersama seisi keluarga? Apa kata anda mulakan tabung percutian keluarga melalui tugasan-tugasan yang dilakukan sekeluarga?

Pastikan setiap keluarga anda turut sama dalam setiap pengagihan dan perancangan tugasan-tugasan sekeluarga. Contohnya bila anda memasak, pasangan anda mencuci pinggan dan Si Manja membantu buang sampah. 

Setiap tugasan yang diselesaikan akan menyumbang ke dalam tabung percutian keluarga anda. Di samping memupuk nilai berjimat cermat, ia juga mengajar Si Manja untuk lebih menghargai dan saling menyayangi antara satu sama lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Inilah sebabnya Dumex Dugro® memperkenalkan promosi* koleksi tabung syiling yang comel, direka khas untuk Si Manja dan ibu bapa menabung bersama.

Tabung ini dapat memainkan peranan dalam penyumbangan untuk percutian sekeluarga atau membeli hadiah sempena hari ulang tahun.

Apabila tabung sudah dipenuhi, Si Manja dapat merasai kepuasan melalui pencapaian matlamat dan akan mendorongnya untuk terus berusaha dan melakukan yang terbaik untuk sekeluarga.  

Raikan Bersama

Bak kata pepatah; sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Segala usaha sekecil mana yang dipupuk dari peringkat awal akan menjadi kenyataan di suatu hari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gunakan simpanan dari amalan menabung dari awal dan gunakan hasil ini untuk meluangkan masa bersama sekeluarga melalui percutian atau aktiviti sekeluarga seperti berkelah bersama-sama.

Eratkan lagi ikatan kekeluargaan anda dengan meraikan segala kejayaan bersama-sama. Keluarga yang sentiasa bersama memberikan makna kepada Si Manja anda bahawa keluarga ini adalah keluarga yang bahagia.   

Usaha dalam menyemai dan memupuk akhlak yang murni kepada Si Manja adalah usaha sama sekeluarga. Ini boleh direalisasikan dengan daya usaha setiap ahli keluarga dan dengan berkat kesabaran serta kasih sayang yang berterusan.

Biasanya pada peringkat awal akan lebih mencabar tapi bila sifat tanggungjawab ini dipupuk dalam kehidupan harian Si Manja, segala usaha akan berjalan lebih lancar.

Dumex Dugro® merupakan teman sejati para ibu. Kami percaya kepentingan memberikan sokongan padu dalam setiap langkah perjalanan yang diharungi oleh setiap keluarga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Matlamat kami adalah untuk memantapkan semangat kekeluargaan walau di mana jua dengan pengalaman yang menyeluruh. Ibu dan Dumex Dugro® bersama biarkan Si Manja menjadi lebih lagi. 

*Untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini, sila layari: Dumex Dugro® Facebook Page / Laman Web Dumex Dugro®

18-208

Penulis

zaidmohamad