7 Cara Mengesan Berita Palsu Untuk Lindungi Keluarga Anda

Di Indonesia, seorang kanak-kanak hampir maut apabila ibu bapanya mempercayai berita palsu tentang suntikan vaksin. Jangan jadi begini! Mari pastikan persekitaran kita selamat dengan menghapuskan berita palsu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

"Berita tergempar!" "Berita yang TIDAK HARUS anda lepaskan!" "Berita sensasi".

Anda pasti sudah biasa dengan tajuk sebegini. Tajuk yang "berjaya memancing anda" untuk mempercayai mana-mana berita. Teknologi nyata lebih canggih daripada manusia. Jika anda sering membaca dan mendapatkan berita daripada media sosial dan secara online, anda perlu lebih berhati-hati.

Tahun lepas, seorang bayi hampir maut di Indonesia selepas ibu bapanya mempercayai berita palsu tentang suntikan vaksin. Akibat percaya berita palsu itu secara membuta-tuli, mereka mempertaruhkan nyawa insan tersayang.

Jangan jadi begini. Jangan mudah percaya dan jatuh kepada sebarang berita palsu yang sengaja ingin "memancing" anda. Tapi, dengan arus teknologi yang semakin canggih -- anda sendiri bingung untuk membezakan mana berita sebenar dan yang mana berita palsu.

Sebab itu kami di sini ingin mengajar anda cara untuk mengesan berita palsu! Mari ikut 7 langkah di bawah bagi melindungi keluarga anda dari ancaman berbahaya ini.

#1 Semak kebenaran fakta

Sebelum anda kongsi sebarang berita, semak kebenaran fakta yang telah dilaporkan. Anda boleh guna pelbagai cara untuk menyemak fakta ini -- seperti menggunakan Snopes, Wikipedia atau Google.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2 Semak tarikh berita

Semua orang sering terlepas pandang benda ini. Berita yang lama tidak harus dikitar semula untuk "mencetuskan panik" pada pembaca umum. Jika tarikh berita adalah tarikh terkini, pastikan semua maklumat dalam berita adalah berita terkini.

#3 Semak URL atau nama laman web

Berita palsu mahu kelihatan seperti berita sebenar. Jadi, cuba semak URL walaupun pautan namanya berakhir dengan "lo" atau ".com.co"

 #4 Perhati tulisan dalam berita

Kredit: Cnews.fr

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Adakah ada sebarang kesalahan ejaan, atau huruf besar yang sengaja dibesarkan di bahagian tak sepatutnya? Atau mungkin tajuk utama berita memiliki kesalahan tatabahasa?

Berita palsu akan menggunakan taktik kesalahan ejaan dan tatabahasa untuk mengaburi mata pembaca. Peka dengan benda ini!

Perhati juga jika terdapat sebarang kenyataan berani tanpa sebarang sumber bernas. Selalunya, berita palsu akan menggunakan imej yang sensasi untuk menarik pembaca.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5 Bagaimana emosi anda?

Adakah berita itu membuatkan anda terlampau risau, serabut dan sedih? Berita palsu sering mensasarkan emosi pembaca untuk mengelirukan mereka.

#6 Semak bahagian "Tentang Kami"

Mungkin anda tidak biasa dengan mana-mana laman web yang memaparkan berita secara online. Jadi, cuba semak bahagian "tentang kami" dalam laman web rasmi mereka.

#7 Semak laman berita lain

Jika berita yang dilaporkan adalah benar, laman berita online lain pasti ada melaporkannya. Cuba semak dengan mana-mana laman web berita yang boleh dipercayai.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Saya masih ingat kekecohan yang terjadi di rumah apabila mak saya panik dengan berita palsu tentang "tisu basah boleh membahayakan bayi".

Sedangkan berita itu adalah berita lama! Ayuh berhati-hati, ibu bapa sekalian. Usah terjatuh dalam perangkap yang sengaja dipasang untuk kita.

 

Sumber rujukan: Detik News, Common Sense Media, dan USA Today

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Ayu Idris