Anak maut selepas ibu ganti ubat asma dengan minyak pati

Seorang ibu tidak tahu cara menggunakan minyak pati yang betul dan menghentikan ubat yang diberi oleh doktor untuk merawat anak asma hingga anaknya maut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ramai ibu bapa sekarang menggunakan minyak pati untuk kesihatan anak. Kita banyak dengar kebaikan minyak pati ini. Tapi anda perlu tahu cara menggunakan minyak pati pada bayi dengan betul, lebih lebih lagi jika ia boleh mengancam nyawa anak sendiri.

Cara menggunakan minyak pati: Ketahui bila anda perlu berhenti gunakan minyak pati

Seorang doktor bilik kecemasan di USA telah memuat naik tweet tentang seorang budak menghidap asma yang mereka gagal selamatkan kerana ibunya menghentikan penggunaan ubat asma selepas membaca artikel tentang kebaikan minyak pati.

Ketika sampai di hospital, budak tersebut tidak sedarkan diri. Mereka cuba sehabis mungkin selama satu jam untuk menyelamatkan budak tersebut, tapi gagal. 

 

Kata dotor ini dalam tweet-nya,

“Satu kereta datang membawa budak tak sedarkan diri. Saya cuba selamatkannya selama sejam tapi budak tersebut tidak diselamatkan.

Ibu budak ini menghentikan ubat asma yang diberikan doktor dan memberikan minyak pati dari “artikel” yang dibacanya.

Minyak pati yang dikatakan bagus telah membunuh seorang budak harini. Mari hadam perkara ini.”

Cara menggunakan minyak pati pada bayi: Apa itu minyak pati?

Minyak pati dibuat dari pelbagai bahagian tumbuhan seperti bunga, daun, dan macam-macam lagi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila dicairkan, sesetengah minyak ini boleh digunakan secara topikal, dihirup malah ditelan.

Terkenal sebagai cara semulajadi untuk menyembuhkan penyakit, kepekatan munyak pati juga boleh mendatangkan kesan negatif jika ia tidak digunakan dengan cara yang betul.

Pengguna tegar minyak pati juga rela memilih untuk memakai minyak ini dari ubat-ubatan dari doktor.

Cara menggunakan minyak pati dengan betul untuk anak

1 – Cairkan minyak pati sebelum menggunakannya untuk anak

Anda perlu ingat yang anak anda masih kecil, jadi badan yang lebih kecil memerlukan minyak pati yang kurang dari orang dewasa untuk mendapat manfaat sama seperti orang dewasa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2 – Guna minyak lain sebelum meletakkan minyak pada kulit anak anda

Kulit budak adalah lebih halus berbanding kulit dewasa. Ia lebih nipis dan sensitif.

Walaupun minya pati selamat dan tidak akan merosakkan kulit, meletakkannya kepada anak anda lain pula halnya.

Gunakan minyak yang selamat untuk kanak-kanak apabila mencairkan minyak pati sebelum anda letakkannya ke kulit anak.

3 – JANGAN beri anak anda makan minyak pati

Minyak pati sangat pekat. Satu titik saja sudah bersamaan dengan 15-40 cawan teh ubat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara yang selamat untuk anak anda menggunakan minyak pati adalah dengan penggunaan di bahagian luar sahaja.

4 – JANGAN makan minyak pati semasa hamil

Minyak pati boleh sampai ke uri dan ini boleh memberi kesan kepada bayi anda lebih dari ia memberi kesan kepada anda.

Oleh itu, ibu mengandung tidak boleh makan minyak pati sepanjang kehamilan. Walaubagaimanapun, ia masih selamat untuk anda gunakan di bahagian luar.

Tapi sentiasa periksa dengan doktor anda tentang minak yang perlu anda elakkan semasa hamil.

Cara menggunakan minyak pati – Bolehkah minyak pati menggantikan ubat?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Adakah minyak pati boleh dibuat sebagai pengganti ubat? Tidak boleh.

Minyak pati mungkin baik untuk kesihatan tapi ia tidak boleh menjadi pengganti ubat, lebih-lebih lagi untuk orang yang mempunyai masalah kesihatan yang serius.

Jika anda ingin menggunakan minyak pati pada anak anda, anda perlu tahu adakah anak anda demam biasa atau dia mengalami masalah kesihatan yang serius?

Jangan menolak perubatan untuk kaedah alternatif yang lain jika anak anda betul-betul memerlukannya. Jika anda ragu-ragu, sentiasa rujuk dengan doktor.

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: theAsianparent Singapore

Baca juga:

10 Cara Pemakaian Minyak Pati Yang Salah Dan Mampu Mengundang Bahaya!

Penulis

Nadia Ghafar