Pentingnya Punyai Sistem Sokongan Yang Kuat Untuk Pasangan Yang Mengalami Kehilangan Bayi

Ada ibu bapa yang mengalami keguguran kandungan juga kelahiran mati ini tidak mendapat sokongan yang betul daripada rakan-rakan dan keluarga. Lantas kebanyakan mereka mencari cara menghilangkan kesedihan sendiri dengan hanya berdiam diri. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada ibu bapa yang mengalami keguguran kandungan juga kelahiran mati ini tidak mendapat sokongan yang betul daripada rakan-rakan dan keluarga. Lantas kebanyakan mereka mencari cara menghilangkan kesedihan sendiri dengan hanya berdiam diri. 

Dimana silapnya? Mungkin kerana masyarakat kita sekarang masih menganggap topik ini tabu, jadi ia langsung tidak dibincangkan. 

Pasangan mungkin lebih bersifat berdiam diri, tidak menceritakan kisah pahit ini dengan sesiapa, malah juga keluarga. Namun anda sebagai keluarga atau rakan-rakan perlu sebenarnya membantu pasangan yang sedang bersedih ini. 

Sentiasa bertanya khabar misalnya, ia tidak perlulah menjadi satu ‘deep conversation’. 

Bagaimana mendapatkan sistem sokongan & cara menghilangkan kesedihan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap orang yang ditimpa musibah perlu mencari ikhtiar sendiri untuk menghilangkan kesedihan mereka. Namun sekiranya anda ‘lost’ dan tidak tahu langkah seterusnya anda boleh dapatkan informasi lebih lanjut di bawah. Ini adalah sebagai panduan untuk anda, sekiranya anda masih tidak mampu untuk berbuat apa-apa berundinglah kepada pakar. Mereka akan sedia membantu. 

Berjumpa dengan pakar

Sekiranya anda merasakan tragedi ini sukar betul untuk dilupakan anda boleh berjumpa dengan pakar psikiatri. Ya, itu adalah normal. Memang hospital menyediakan sesi kaunseling untuk ibu bapa yang mengalami kelahiran mati ini. Biar orang luar membantu anda sekiranya sukar untuk anda bantu diri sendiri. Percayalah mereka di luar sana ingin bantu anda sebanyak yang anda inginkan bantuan mereka. 

Cerita dengan rakan-rakan & keluarga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila anda mula berkongsi, keluarga dan rakan akan tahu anda mempercayai dan cukup memerlukan bantuan mereka waktu ini. Percayalah mereka akan sedia membantu dan memberi semangat kepada anda saat anda meluahkan.

Anda tidak tahu mungkin mereka pun ada bebanan mereka sendiri kisah yang mereka lalui sendiri, jadi apabila anda menceritakan kisah anda mereka juga akan berkongsi sesuatu yang anda sendiri tidak pernah tahu. Lantas boleh menjadikan ikatan perhubungan anda dengan keluarga dan rakan-rakan lebih rapat. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mengapa perlu bercakap mengenai kehilangan?

Jika ada yang memilih untuk berdiam diri, tak mengapa. Itu hak masing-masing untuk tidak membicarakannya, dan mungkin itu cara menghilangkan kesedihan buat mereka. Namun ia adalah penting untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai hal stillbirth ini. Bayangkan ada ramai pasangan yang terdekat dengan anda tidak tahu akan risiko yang mungkin mereka alami ketika kehamilan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dikalangan rakan-rakan anda serta keluarga tentu ada yang hamil namun seperti anda dulu tidak tahu akan tragedi yang bakal berlaku kepada anda. Lantas tiada kesedaran dan cara menanganinya dengan betul jika ia berlaku. Bukanlah kita minta untuk kisah hitam ini berlaku kepada sesiapa pun cuma ia adalah risiko yang mungkin berlaku, jadi penting untuk diambil tahu. 

Ramai orang dapat ambil pengajaran dan jadikan insiden anda alami ini satu iktibar. Namun ia terserah kepada individu. Sekiranya anda tidak bersedia, ambil lah masa selayaknya. Jika tidak mampu untuk meluahkan dari segi vokal, anda boleh menulis, dan kongsikan. 

Di theAsianparent kami cukup mengalukan kisah anda untuk disiarkan. Jadi jika anda rasakan disini adalah platform terbaik untuk berkongsi anda boleh hantarkan email kepada kami. Malah dengan Project Sidekicks yang kami lancarkan ini, kami cukup prihatin dan ingin membantu pasangan untuk mendapatkan sistem sokongan yang diperlukan. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kumpulan Sokongan, Kaunselor & Ahli Terapi Kehilangan Kehamilan Di Malaysia