Korset boleh rawat demam kuning bayi? Biar betul, tak masuk akal sungguh!

Haish... macam-macam sekarang ini! Sebab nak untung, ada yang sanggup pakaikan anak dengan korset untuk hilangkan demam kuning bayi. Aduhai!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rakyat Malaysia belum habis bersedih dengan kematian bayi Adam Rayqal akibat trauma tumpul minggu lalu. Kini, timbul pula kisah apabila ada yang mengatakan cara menghilangkan kuning pada bayi dengan pakai korset.

Biar betul?! 

Cara menghilangkan kuning pada bayi dengan hanya pakai korset? 

Kredit gambar: Oh bulan

Mitos perubatan yang seakan ‘merapu’ ini tidak mempunyai bukti saintifik namun ia tetap tersebar meluas dan turut dipercayai sesetangah masyarakat. 

Lebih merumitkan keadaan, rata-rata orang percaya dengan apa yang didakwa itu tanpa mengkaji keberkesannya dengan pakar perubatan.

Disebabkan masyarakat kurang kesedaran tentang hal anak demam kuning ini, ada pihak yang ambil kesempatan demi mengaut untung. 

Hal ini kerana, didapati seorang jurujual online telah mendakwa dengan hanya menggunakan korset atau bengkung, ia mampu dijadikan sebagai cara menghilangkan kuning pada bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Katanya, bacaan boleh turun apabila bayi berkenaan dibedung dengan korset itu!

Malah jururawat turut terkejut apabila bayi berkenaan pulih dari penyakit kuning tersebut. Selain cara menghilangkan kuning pada bayi, penjual tersebut turut mendakwa korset itu juga boleh merawat demam bayi. 

Apa itu penyakit kuning? 

Kredit: Aryanto.ID

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penyakit kuning adalah keadaan di mana kulit bayi menjadi kekuningan dan matanya kelihatan putih. Ia disebabkan oleh paras bilirubin yang berlebihan di dalam darah, dan penimbunan bilirubin pada tisu tubuh bayi. 

Bilirubin pula ialah pigmen hempedu berwarna kuning kemerahan yang terhasil akibat pemecahan sel darah merah.

Ketika bayi masih dalam kandungan, tali pusat akan menyingkirkan bilirubin dari badan janin. Selepas dilahirkan, hati bayi akan mengambil alih tugas ini.

Sekiranya hati bayi belum berkembang sepenuhnya, ia tidak akan dapat melakukan proses ini dengan berkesan.  

Punca penyakit kuning 

  • Kerosakan sel darah disebabkan oleh lebam ketika proses kelahiran atau berlaku bekuan darah di kepala. 
  • Antibodi ibu yang menyerang sel darah merah bayi.
  • Kekurangan G6PD
  • Jangkitan saluran air kencing atau darah
  • Penyakit kuning mungkin berpunca bila bayi mengalami masalah saluran hempedu, atau tanda penyakit yang menyerang metabolisme
  • Bayi pra matang kerana hati bayi belum berkembang sepenuhnya.

Cara menghilangkan kuning pada bayi

Cara menghilangkan kuning pada bayi bukanlah dengan menggunakan korset atau sebarang “ramuan” atau “petua” yang salah dan tidak disahkan pakar.

Sebaliknya, ini antara langkah dan cara menghilangkan kuning pada bayi:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Kerapkan menyusu bayi sehingga 8-12 kali sehari. Ini akan menggalakkan pencernaan supaya bilirubin dapat disingkirkan dari badan. 
  • Dapatkan bantuan dari pakar laktasi untuk memastikan bayi  melekap dengan betul pada puting payudara. 
  • Jika susu ibu kurang, beri susu formula tambahan.
  • Jika kuning bayi semakin teruk, ibu mungkin perlu berhenti menyusu selama 24 jam. Tapi jangan buang susu itu! Ibu masih boleh terus pam susu dan simpan. Selepas 24 jam tamat, sambung menyusu semula. 

Walau bagaimanapun, para ibu jangan ambil mudah soal penyakit kuning ini dan jangan sesekali percaya dengan dakwaan sesetengah pihak yang hanya ingin keuntungan semata-mata.

Apapun, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu bagi menyelamatkan nyawa bayi anda daripada sebarang risiko yang berkemungkinan boleh terjadi.

Jangan lupa kongsikan artikel ini. 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber/Kredit gambar: OhBulan

Baca juga

Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan