Hati-Hati, Cara Anda Hukum Anak Sebenarnya Boleh Beri TRAUMA Pada Anak!

Menakut-nakutkan anak mungkin kelihatan lucu, namun sebenarnya ia boleh memberikan trauma kepada si manja! Berhati-hati dengan setiap tindakan anda terhadap anak ya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peristiwa yang menakutkan, berbahaya, atau ganas yang berlaku kepada kanak-kanak boleh meninggalkan impak besar dan menyebabkan mereka menjadi trauma. Sekiranya ini berlaku, bagaimanakah cara menghilangkan trauma pada anak?

Baru-baru ini, viral dalam Aplikasi theAsianparent Malaysia tentang satu perkongsian dari seorang ibu mengenai kaedah dia menangani ketagihan gajet pada anak perempuannya, dengan menghitamkan keliling mata si kecil setelah dia bangun dari tidur. 

Walau bagaimanapun, posting yang mempunyai 64k share tersebut telah dipadamkan oleh Facebook berikutan telah melanggar peraturan standard komuniti. 

Sumber: Public Health Malaysia

Kaedah tersebut mungkin berkesan, tetapi tahukah anda ia boleh meninggalkan trauma pada si kecil?

Impak Prank Pada Kanak-Kanak

Mungkin ada sesetengah ibu bapa akan bersetuju dengan cara tersebut kerana ia sedikit sebanyak membantu anak lebih mendengar kata. Namun hakikatnya, ketakutan yang ada pada anak boleh terbawa-bawa sehingga dia meningkat dewasa kelak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berikut sebahagian perkongsian Public Health Malaysia di Facebook:

Prank merupakan trend terkini di media sosial yang dilakukan untuk mempermainkan seseorang, menyebabkan mangsa malu, keliru dan tidak selesa. Media sosial menyebabkan budaya prank ini semakin berleluasa termasuk ibu bapa melakukan prank kepada anak. TRAUMA adalah peristiwa atau persekitaran yang dialami oleh seseorang individu yang menyebabkan kesan emosi, fizikal, kesihatan seseorang individu. Semasa sedang mengalami trauma, otak kanak kanak berada dalam keadaan stres yang memuncak, hormon ketakutan di rembes dengan banyak. Keadaan ini menjadi lebih serius kerana otak kanak kanak sedang berkembang. Sebarang bentuk trauma akan KEKAL dalam memori untuk jangka masa panjang . Respon dan tindakbalas mungkin berbeza untuk setiap kanak kanak. Tetapi percayalah,menakut nakutkan anak dengan prank bukan cara yang terbaik untuk mengubah tingkahlaku. Mengikut kajian, kanak kanak yang trauma bakal berhadapan dengan kesukaran untuk mengawal emosi. Mereka mungkin mengalami, ✔️ Rasa ketakutan dan kerisauan yang tidak menentu
✔️Sukar untuk ditenangkan dan dipujuk
✔️ Bertindak agresif dan impulsif
✔️ Hilang keyakinan diri
✔️ Mengalami kesukaran untuk tidur
✔️ Mundur dan terkebelakang dari segi fungsi dan tingkahlaku.

Apa Yang Boleh Menyebabkan Trauma?

Beberapa situasi yang boleh menyebabkan keadaan trauma adalah seperti:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Penyalahgunaan dan pengabaian fizikal, seksual, atau psikologi (termasuk pemerdagangan manusia)
  • Bencana alam atau teknologi atau keganasan
  • Keganasan keluarga atau komuniti
  • Kehilangan orang yang disayangi secara tiba-tiba atau ganas
  • Gangguan penggunaan bahan (peribadi atau familial)
  • Pengalaman peperangan (termasuk penyeksaan)
  • Kemalangan serius atau penyakit yang mengancam nyawa

Apabila kanak-kanak berada dalam situasi di mana mereka takut dalam kehidupan mereka, merasakan yang mereka akan cedera, menyaksikan keganasan, atau tragis kehilangan orang yang dikasihi, mereka mungkin menunjukkan tanda-tanda tekanan traumatik kanak-kanak.

6 Cara Menghilangkan Trauma Pada Anak

Sekiranya anak anda mengalami trauma, ada beberapa cara menghilangkan trauma pada anak yang boleh dilakukan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Jauhkan anak dari tempat kejadian Sekiranya anak berada di tempat yang berkaitan di mana trauma mula berlaku, ini mungkin akan memicu ingatkan terhadap kejadian tersebut. Sebaiknya jauhkan anak dari perkara yang berkait, termasuklah lokasi kejadian trauma tersebut terjadi.
  2. Beri anak rasa selamat Tunjukkan kasih sayang dan buktikan yang dia selamat bersama anda, dan anda sentiasa ada untuknya.
  3. Biarkan anak bersosial Memberi rasa selamat bukan bermakna mengurungnya dan tidak benarkan anda kelur rumah ya! Usahakan agar dia berjumpa dunia luar semula, agar si kecil nampak sisi positif bergaul dengan orang yang betul.
  4. Alihkan perhatian anak Bagi mengelakkan anak terus berfikir tentang kejadian trauma tersebut, lakukan aktiviti yang disukai anak. Contohnya pergi ke taman, lakukan aktiviti seni atau hobi lain yang positif.
  5. Meminta bantuan psikologi Bawa anak berjumpa pakar psikologi supaya anda lebih mengerti apa yang dirasakannya. Selalunya pakar akan berbual dengan si kecil, dan memberikan penyelesaian terbaik bagi menangani traumanya.
  6. Terus berikan sokongan Jangan memaksa atau melakukan kekerasan kepada anak yang mengalami trauma. Sebaliknya, cuba faham keadaannya yang sedang ketakutan dan beri sokongan yang dia boleh melepasi perasaan tersebut.

Semoga bermanfaat.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: pijarpsikologi

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

https://my.theasianparent.comcara-mengatasi-anak-penakut

Penulis

Beto Rahman