Cara Mengukur Kaki Si Kecil Ketika Membeli Kasut

Keselesaan anak ketika memakai kasut amat penting. Semak tip-tip berikut jika anda ingin membeli kasut untuk si comel dan mendapat saiz kasut budak yang betul!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Keselesaan anak dalam memakai kasut amatlah penting, kerana budak kecil bukan tahu cakap kalau melecet atau tidak selesa. Jadi penting untuk ibu bapa tahu saiz kasut budak yang tepat apabila membeli. 

Faham ramai ibu bapa yang suka membeli saiz sedikit besar agar tahan lama dan dapat jimat duit. Tapi kalau dah anak tu nampak apabila berjalan bagai nak tercabut kasutnya, tidakkah anda kasihan?

Walaupun banyak rekaan yang cantik-cantik di pasaran, namun ibu ayah perlu peka dengan rekaan yang menjanjikan keselesaan juga. Elakkan membeli hanya kerana cantik dan murah ya!

Untuk itu, kamis sediakan tip untuk mencari saiz kasut budak yang tepat untuk anak-anak anda. Barulah selepas ini si manja dapat berjalan dan berlari dengan selesa!

Mengukur kaki anak anda

Anda boleh menggunakan pembaris untuk mengukur kaki anak anda dari tumit sehingga ke hujung ibu jari kaki. Anda boleh tambah ¼ inci (6.35mm) hingga ½ inci (1.27 cm) kerana setiap kaki mempunyai saiz yang berbeza.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia juga adalah untuk mengambil kira yang anak kecil membesar dengan cepat. Jadi adalah sangat membazir wang anda jika anda membeli kasut yang cukup-cukup muat dengan kaki anak anda.

Gunakan ibu jari anda

Cara ini dapat menentukan jikalau ada ruangan lebih di bahagian belakang kasut anak anda untuk keselesaanya ketika berjalan. Pastikan anak anda meratakan kakinya ketika memakai kasut.

Masukkan ibu jari anda di bahagian tumit kasut si kecil dan pastikan ada sedikit ruang diantara tumit kaki anak anda dengan bahagian belakang kasut.

Ruang lebihan ini akan pastikan anak berasa selesa ketika berlari atau berjalan dan juga kasut ini dapat digunakan untuk masa yang agak lama.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berdiri dengan tegak

Pastikan anak anda berdiri dengan tegak, kaki mereka rata dan ibu jari dalam posisi yang tegak. Ini bagi mendapatkan ukuran saiz yang betul. Lebih baik jika anak anda memakai stoking bagi memberikan sedikit ruang ketika mengukur.

Bagi anak anda berjalan

Sebelum membeli kasut baru, lebih elok jika anda menyuruh anak anda untuk berjalan di dalam kawasan kedai dengan memakai kasut yang hendak dibeli. Ini adalah supaya anda dapat melihat sama ada anak anda berasa selesa ketika memakainya dan juga jika bahagian tumitnya longgar ataupun tidak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pastikan kasut itu sesuai untuk anak anda

Pilihlah kasut yang fleksibel dan yang mempunyai kelebaran yang besar bagi memastikan kasut itu tidak sempit. Kasut yang sempit menyukarkan anak anda untuk membengkokkan kakinya dan juga tidak selesa. Kanak-kanak yang berusia 4 tahun ke bawah mempunyai tulang kaki yang sangat lembut jadi kelebaran yang besar sangat penting untuk proses pembesaran yang betul.

Material kasut itu juga amat penting di dalam pemilihan kasut untuk si kecil. Pilihan yang terbaik adalah kasut yang diperbuat daripada kanvas, kain ataupu kulit. Material seperti ni dapat menyerap peluh dan mempunyai peredaran udara yang lebih baik ketika anak anda memakainya.

Tapak kasut juga adalah satu aspek yang penting dalam pemilihan kasut anak anda. Pilih kasut yang tapaknya mempunyai bunga. Tapak yang berbunga mempunyai cengkaman yang kuat dan amat sesuai untuk anak-anak yang suka berjalan dan berlari. Kasut yang bertapak licin meningkatkan risiko anak anda terjatuh dan tergilincir, jadi elakkan kasut seperti ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memilih kasut yang serasi untuk anak

Sekiranya anda bawa anak anda yang berusia baru 2 tahun ke kedai kasut. Biarkan mereka memilih sendiri!

Percayalah mereka tahu apa yang mereka suka. Kerana jika anda beli tanpa persetujuan mereka maka akan sukarlah proses untuk memakainya nanti. 

Mengikut pengalaman sendiri anak saya suka memilih kasut. Jadi apa kasut yang ingin dipakai adalah berlainan mengikut hari dan mood. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak-anak elok ada sepasang sandal, sepasang kasut sukan, dan sepasang kasut ala ballerina. Lebih banyak pilihan maka lebih seronok anak-anak dan berjalan sendiri. Tak adalah nak berdokong sahaja. Bagus ya apabila anak suka berjalan, dapat meningkatkan stamina mereka dan melancarkan perjalanan darah. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: Jangan Salah Beli Kasut Anak Jika Tak Mahu Mereka Lambat Berjalan!

Penulis

Michelle Goh