Salah Cebok Ketika Membersihkan Bayi Mungkin Memudaratkan, Ibu-Bapa Perlu Peka

Ambil perhatian ya ibu-bapa semua, walaupun ia benda mudah, namun ramai yang melakukan kesalahan dalam mencebok bayi. Bahagian sulit bayi adalah bahagian yang cukup sensitif, kalau salah boleh menimbulkan iritasi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila tibanya waktu mencuci punggung si comel selepas anda menimang cahaya mata tentunya agak kekok bukan? Tidak semua ibu bapa terus tahu cara mengurus bayi baru lahir. Tapi detik hati,” apa yang susahnya? Wipe sajalah punggungnya kan?” 

Ambil perhatian ya ibu-bapa semua, walaupun ia benda mudah, namun ramai yang melakukan kesalahan dalam mencebok bayi. Bahagian sulit bayi adalah bahagian yang cukup sensitif, kalau salah boleh menimbulkan iritasi atau jangkitan kuman. Jadi ibu bapa perlu teliti dalam pembersihannya. 

Kredit: iStock

Baik bayi lelaki atau perempuan, masing-masing punyai cara yang tersendiri untuk membersihkan alat sulit mereka. Dan anda juga perlu tahu bila waktu yang anda boleh gunakan sahaja tisu basah, dan bila perlu dibilas. 

Cara mengurus bayi baru lahir memang memerlukan masa dan teknik yang perlu dibelajar sendiri, berbanding dengar apa yang orang cakap. Dan cara mencebok bayi antara yang penting perlu ibu bapa fahami. 

Cara mengurus bayi baru lahir

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Cebok bayi lelaki

Berbeza kemaluan, maka berbezalah cara penjagaannya. Untuk membersihkan kemaluan bayi lelaki, ibu perlu lap atau bilas kemaluan bayi lelaki dengan air suam. Elakkan dari menarik-narik kemaluan bayi. Terutama sekali untuk bayi lelaki bawah empat bulan, tekniknya perlu berlembut sahaja, jangan ditarik-tarik bahagian itu untuk mencuci dalamannya. Jika ditarik-tarik bimbang akan terluka. 

Elakkan membasuh kemaluannya dengan sabun sekiranya bayi baru selepas sunat. Ini akan menimbulkan kerengsaan. Lukanya masih belum sembuh, jadi elakkan pemakaian sabun. Cukup sekadar cuci dengan air bersih walaupun kemaluan terkena sedikit najis. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Cebok bayi perempuan

Mencebok bayi perempuan perlu lebih berhati-hati. Ibu bapa sering melakukan kesilapan apabila menggunakan tisu basah dalam mengelap najis bayi pada punggung. Teknik mengelap perlulah satu arah sahaja. Dan sentiasa mulakan dari bahagian vagina bayi dan berakhit di duburnya. Jangan bermula dari dubur dan berakhir di vagina ya! Ia akan mengakibatkan bakteria merebak ke vagina bayi lantas terjadinya jangkitan seperti kencing kotor dan sebagainya. Dan elakkan guna tisu basah yang sama berkali kali. Satu arah cukup untuk satu tisu, kemudian tukar yang lain. 

#3. Membersihkan vagina hingga dalam

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Vagina sebenarnya mempunyai keupayaan membersihkan sendiri dari bendasing atau kuman. Jadi ibu bapa tidak perlu membersihkan vagina hingga ke dalam. Cukuplah dibahagian luar sahaja, atau jika nampak sedikit keputihan boleh lap menggunakan putik kapas dengan air suam sahaja. Elakkan penggunaan tisu basah atau sabun. 

#4. Menggunakan sabun terlalu banyak

Ya, memang kadang kala bila bayi buang air besar, kita akan mencuci dubur bayi menggunakan sabun. Tapi jangan gunakan terlalu banyak, malah gunakan sabun bayi, elakkan guna sabun dewasa antibakteria ia terlalu kuat untuk bayi. 

#5. Elakkan penggunaan tisu basah terlalu kerap 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ya, memang punggung bayi tampak sudah bersih sebaik dilap dengan tisu basah, namun apa yang anda tidak nampak adalah bakteria atau kuman yang masih ada. Seeloknya apabila bayi buang air besar anda perlu bilas dengan cepat. Tisu basah ada kemungkinan mempunyai kuman yang kita tidak tahu, dicampur pula dengan najis bayi kemudian dipakaikan pula lampin bayi yang kemudiannya memerangkap semua bakteria. Kesian punggung si kecil nanti, mulalah kemerahan, naik ruam dan terkena infeksi. 

#6. Menggantikan lampin bayi dengan kerap 

Bayi baru lahir akan kerap membuang air kecil dan besar, jadi seeloknya ibu bapa menukar lampin bayi dalam 12 kali sehari. Sehinggalah bayi meningkat hari, bolehlah menggantikan dalam enam hingga lapan kali. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Alodokter

Baca juga: 9 warna najis bayi ini bawa maksud yang berbeza – ibu kena alert!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan