8 Cara Meningkatkan Penggunaan Bahasa Inggeris Anak Lebih Awal & Berkesan

Jika anda terlampau memaksa atau mendesak anak anda untuk fasih dengan bahasa luar seperti bahasa inggeris, mereka akan mempunyai perspektif yang negatif terhadap bahasa itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Adalah satu kelebihan yang besar untuk anak-anak kecil mendapat pendedahan bahasa kedua di usia muda. Selain dari mereka akan mendapat lebih banyak peluang untuk meneroka dunia, mereka juga akan lebih positif menerima sesuatu yang baru. Sebenarnya ada cara meningkatkan penggunaan Bahasa Inggeris anak dengan mudah!

Namun ingat, jika anda terlampau memaksa atau mendesak anda untuk fasih dengan bahasa luar seperti bahasa inggeris, mereka akan mempunyai perspektif yang negatif terhadap bahasa itu. Justeru, ibu bapa amat digalakkan untuk cuba kaedah trial and error.

Sekiranya tidak menjadi dalam tempoh terdekat, tidak mengapa! Cuba lagi dan lagi dan lagi. Anak-anak hanya perlukan disiplin dan tekanan konsisten. Lama-lama mereka akan mengerti.

8 Cara Meningkatkan Penggunaan Bahasa Inggeris Anak

Berikut adalah gabungan perkongsian dari Super Simple Learning dan British Council tentang bagaimana anda boleh membantu meningkatkan penggunaan bahasa Inggeris anak anda di usia muda:

1. Perbaiki diri

Kredit: Freepik

Anak-anak sentiasa akan mengikut ibu bapa mereka. Untuk mengajar mereka, kita sendiri mesti membaiki bahasa Inggeris kita supaya kita tahu apa yang kita ajar. Atau kita boleh gunakan peluang ini untuk belajar bersama mereka.

2. Membaca

Walaupun bayi seperti tidak faham apa yang kita cakap, tetapi sebenarnya mereka mendengar apa yang kita cakap. Bacakan buku-buku bahasa inggeris sejak mereka bayi lagi.

Mulakan dengan yang mudah seperti ‘Nursery Rhymes’ dan naik taraf kepada buku cerita ringkas dan suku kata ringkas apabila usia mereka semakin meningkat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Menyanyi 

Menyanyi adalah salah satu cara yang paling mudah untuk mempraktis menggunakan bahasa inggeris. Anak-anak juga akan lebih tertarik untuk bersama-sama menyanyi. Secara tidak langsung, mereka akan lebih biasa dengan penggunaan bahasa Inggeris.

Dan jika bukan masa menyanyikan lagu anak kecil, kita boleh memperbanyakan mendengar lagu inggeris supaya mereka sentiasa didedahkan dengan bunyi bahasa Inggeris.

4. Menonton video

Kredit: Freepik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mungkin ramai yang tidak sedar, sebenarnya dengan mendedahkan anak-anak dengan video atau kartun bahasa inggeris dapat membantu meningkatkan penggunaan bahasa Inggeris anak di usia muda.

Muat turun video bagi mengelakan penggunaan internet secara langsung serta gangguan iklan yang tidak sepatutnya.

5. Permainan

Gunakan aktiviti bermain dengan anak anda sebagai salah satu medium anda mengajar anak anda bahasa inggeris.

Main permainan yang menggunakan bahasa inggeris atau anda sendiri boleh mengubah permainan sedia ada dengan permainana yang menggunakan bahasa Inggeris. Contohnya permainan congkak boleh menjadi aktiviti mengira di dalam bahasa Inggeris.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

6. Komunikasi

Jadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi di rumah. Dengan cara ini, anak anda akan lebih biasa dengan penggunaan bahasa Inggeris dan lebih mudah faham dengan contoh perbuatan.

Contohnya, berkata “Let’s take a bath” sebelum setiap kali waktu mandi. Lama-kelamaan mereka akan faham kaitan perbuatan dan perkataan tersebut.

7. Membuat kraf

Kredit: Freepik

Aktiviti kraft bersama anak memang sentiasa menyeronokan. Semasa memberi tunjuk ajar atau arahan membuat kraf, gunakan bahasa Inggeris.

Anak anda akan belajar dari contoh yang anda tunjuk – “First, take blue paper” – “Then we cut into half” .

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

8. Konsisten

Kita tidak boleh mudah putus asa dalam membantu anak-anak kita meningkatkan penggunaan bahasa Inggeris. Kadang-kala mereka akan seperti tidak menerima, namun kita harus konsisten dalam membantu mereka.

Tidak ada perkara yang mudah namun kita boleh menjadikan ia lebih menarik dan seronok untuk dilakukan.

Selamat mencuba.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: Malay Mail

Baca juga: Nak Anak Fasih Dua Bahasa? Ibu Bapa Kena Lakukan 5 Perkara Ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Aqma