Bagaimana Suami Boleh Membantu Isteri Dapatkan Kehamilan Yang Sihat?

Kehamilan sihat untuk isteri, suami juga ada peranannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Biasanya sewaktu tahu diri hamil, banyak kerja yang perlu dilakukan sebagai cara menjaga kehamilan itu supaya ibu dan bayi sentiasa berada dalam keadaan sihat sampai melahirkan.

Sebab itu, ibu harus memerhatikan apa yang dimakannya setiap hari dan perlu ingat untuk mengambil makanan tambahan sebagai sumber sampingan untuk tenaga yang mencukupi.

Selama hamil, ibu kadang-kadang mungkin akan mengalami sakit pagi yang teruk atau masalah kehamilan yang lain.

Meskipun usaha besar itu ditanggung olehnya seorang diri namun peranan ayah juga cukup besar dalam memastikan isteri mereka menjaga kehamilan dengan baik serta sihat.

Cara menjaga kehamilan isteri

#1. Mengikuti semua janji dengan doktor

Bagi ibu hamil yang pertama kali merasai detik kehamilan ini anda seharusnya tidak lupa dengan janji bertemu doktor. Serta sentiasa ingat setiap maklumat yang diberikan oleh doktor pada tiap kali temu janji itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Oleh sebab itu, suami harus turut menemani isteri berjumpa doktor supaya kedua-dua anda memperolehi maklumat berkenaan.

Jangan biarkan isteri terpinga-pinga seorang diri untuk berjumpa doktor terutama bila pertama kali tahu diri mengandung.

Selain itu, penting juga bagi suami untuk mengetahui apa soalan yang perlu ditanyakan semasa lawatan OBGYN.

#2. Ingatkan isteri untuk mengambil vitamin

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada ketikanya kita begitu sibuk dengan urusan seharian jadi kita cenderung mengabaikan perkara-perkara kecil seperti mengambil vitamin harian dan sebagainya.

Jadi adalah bagus jika sesekali suami menyiapkan isteri dengan sarapan pagi yang sihat dan menyediakan makanan tambahan untuknya supaya dia sentasa mengingat rutin ini setiap hari.

#3. Bantu dia mengira tendangan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini merupakan aktiviti ikatan ibu dan bayi yang sangat baik serta kaedah praktikal yang bagus untuk memastikan isteri hamil dengan sihat.

Pilih satu jam pada waktu siang hari namun yang terbaik adalah sewaktu nak masuk tidur sambil berbaring di sebelah isteri dengan tangan di atas perutnya.

Kemudian rasakan tendangan bayi dan hitung bersama isteri anda. Pada masa yang sama, anda boleh menyanyi dan bercakap dengan bayi hingga dia mengenali suara anda semasa mereka dilahirkan nanti.

#4. Urut pergelangan kaki isteri

Semasa hamil, ibu memang tidak dapat lari dari bengkak kaki yang membimbangkan. Jadi, ada baiknya jika suami boleh mengurut mereka agar aliran darah mengalir dengan baik. Isteri pasti menghargai usaha suami ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Melakukan kerja-kerja rumah

Membersihkan rumah, mencuci pinggan dan mengemas rumah merupakan kerja-kerja rumah yang cukup memenatkan terutama kalau dilakukan sewaktu mengandung. Jadi sebagai suami, cuba bantu seberapa banyak yang anda boleh supaya isteri dapat berehat.

#6. Membaca lebih banyak maklumat

Semasa kehamilan kian meningkat, pengetahuan suami tentang kehamilan juga harus seiring agar anda tahu apa yang sedang dilalui tubuhnya dan bayi yang dikandungkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaubagaiamanapun, dapatkan tidur di sebelah kiri agar membantu meningkatkan jumlah darah yang mengalir ke plasenta dan bayi.

#7. Fasa bersarang

Sewaktu ini, bantu isteri dengan menyediakan tempat asuhan bayi atau tempat tidur buat si kecil. Ini bukan saja membolehkan isteri berehat tapi menunjukkan anda benar-benar bersedia untuk bergelar ayah tidak lama lagi.

Sebagai ayah, anda mungkin tidak menyedari segala kepentingan berkaitan hal kecil ini, namun anda harus memastikan untuk menjaga kesihatan mental dan kesejahteraan wanita kesayangan anda ini.

Semuanya penting bagi memastikan ibu dan anak berada dalam keadaan sihat seterusnya bahagia dengan keluarga kecil anda.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comkesihatan-ibu-mengandung

Penulis

Sarah Voon