Segala Rahsia Suami Ada Dalam Poket Isteri, Dia Lebih Kenal Suami Berbanding Ibunya Sendiri

Ibu memang melahirkan dan membesarkan suami kita. Tapi pada hakikatnya isteri lebih mengenali suaminya berbanding ibu kandungnya sendiri. Mengapa agaknya?

Ramai orang yang mengatakan, isteri perlu simpan aib suami daripada pengetahuan orang lain jika perkara itu boleh menjatuhkan maruah suami sendiri. Malah, ia adalah salah satu cara menyenangkan hati suami. 

Apatah lagi, ia membabitkan kelemahan suami sehingga si dia malu dan berjauhan hati sekiranya isteri menceritakan kepada orang lain.

Sedangkan setiap orang tentunya memiliki kesalahan atau kesilapan yang kadang-kadang kita sendiri tidak sedar.

Bahkan, boleh jadi semasa itu, individu berkenaan tidak tahu tentang dosa dan pahala sehingga mereka bertindak sedemikian rupa. Tapi, ia masih boleh dijadikan pengajaran di masa hadapan.

Disebabkan tidak mahu suami mendapat malu, seorang isteri yang solehah akan sedaya upaya menyorokkan aib dan kelemahan suaminya daripada pengetahuan orang lain termasuklah ibu mentuanya sendiri.

Cara menyenangkan hati suami – isteri lebih kenal suami berbanding ibunya sendiri?

Ada yang sangkal dan menyatakan antara isteri dan ibu kandung suami, ibunya lebih mengenali anak lelaki mereka sendiri.

Hal ini kerana, bagi mereka ibu yang membesarkan anak lelaki sejak dari kecil lagi dan jadi sudah tentu ibu lebih tahu baik dan buruk anaknya sendiri.

Walaubagaimanapun, semuanya itu adalah tidak salah asalkan ia bergantung kepada dengan cara bagaimana hidup lelaki itu dibesarkan oleh ibu kandungnya.

Perbezaan anak lelaki dan anak perempuan

Secara lahiriahnya, perbezaan anak lelaki dan perempuan adalah berbeza dari segi cara komunikasi dengan ibunya sendiri.

Ini kerana anak perempuan lebih suka dan selesa menceritakan apa sahaja rahsia dengan ibunya sendiri termasuklah isu-isu yang berkaitan dengan period, berkenaan rakan-rakan sekolah, teman lelaki dan banyak lagi.

Sementara itu, anak lelaki pula mereka lebih selesa jika tidak menceritakan hal yang berkaitan dengan peribadi dan lelaki biasanya lebih suka mendiamkan diri bila didesak atau ditanyakan soalan berkaitan hal tertentu oleh orang lain.

Bayangkanlah nak cerita dengan ayah sendiri pun malu, inikan pula nak bergosip dengan ibu. Memang tidak akan dibuat sampai bila-bila.

Kalau ada kawan baik pun, mereka lebih suka berkongsi cerita tentang benda-benda lain seperti hobi, minat dan sebagainya.

Kalau nak cerita berkaitan bab-bab peribadi memang jarang sekali.

Akhirnya, bila sudah berkahwin, segala rahsia mereka hanya diketahui oleh isteri tapi bukan ibu mereka sendiri.

Sebab itu, ramai yang mengatakan isteri lebih kenal suaminya berbanding ibu suami sendiri dan isteri lebih tahu cara menyenangkan hati suami. Ini antara sebab-sebabnya.

#1. Enggan biarkan ibu risau

Biasanya anak lelaki yang sudah menginjak ke umur dewasa, mereka selalunya tidak mahu membuatkan ibu berasa risau atau bimbang.

Malah lelaki dikatakan perlu nampak berani, gagah dan bijak mengatur diri atau perlu pandai berdikari.

Inilah yang dinamakan tanggungjawab di mana dia yang mahu menjaga ibunya setelah dewasa kelak dan bukan lagi ibunya yang menjaga dirinya lagi seperti mana sewaktu dia masih bayi dahulu.

#2. Tidak mahu menunjukkan sisi lemah pada ibu sendiri

Selain itu, sebagai seorang lelaki mereka tidak suka menunjukkan sisi lemah pada ibunya sendiri kerana tidak mahu ibu risau yang bukan- bukan.

Sebab itu, orang lelaki ini lebih suka tunjukkan sisi kelemahan mereka pada isteri sahaja .

Manakala ibu pula mungkin beranggapan bahawa anak lelakinya tiada kelamahan kerana langsung tidak pernah ditunjukkan sebarang kelemahan diri pada ibu mereka.

Ini kerana lelaki mahu nampak hero di hadapan orang lain. Sedangkan isteri sahaja yang tahu baik dan buruknya suami mereka sambil menggelengkan kepala.

#3. Tarikan semulajadi dari isteri

Secara saintifiknya, menjadi lumrah antara lelaki dan perempuan untuk berkongsi apa saja cerita dan rahsia.

Bahkan, setiap daripada lelaki dan perempuan lebih tertarik untuk meluahkan perasaan pada insan yang lebih istimewa. Ini kerana apabila sudah dewasa, kita sendiri yang akan memilih jalan untuk menentukan masa depan masing-masing.

Bahkan perbuatan mereka itu bukan untuk menunjukkan kelemahan tapi sekadar tanda percaya dan ingin bermanja antara satu sama lain.

Memang ibu yang membesarkan semua anak-anaknya tapi apabila sudah dewasa mereka lebih suka berkongsi masalah dan pendapat dengan isteri sahaja.

Malah kalau diceritakan pada ibu bimbang jika adik beradik yang lain turut mengetahui hal tersebut. Sudahnya dirinya yang dapat malu.

Jadi hanya isteri sahaja yang boleh dikongsikan kerana syurga isteri terletak di tapak kaki suaminya dan isteri perlu menyimpan aib suami dari pengetahuan orang lain.

Semoga bermanfaat.

 

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Baituljannah 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comhubungan-suami-isteri