Cara Simpan Bubur Nasi Bayi & Makanan Puree Agar Tahan Lama, Tak Perlu Ibu Masak Selalu!

Bagaimana cara menyimpan makanan bayi agar tahan lama? Bolehkah makanan bayi dibekukan untuk dapat digunakan kemudian hari? Bacalah ulasannya berikut ini

Pasti ramai ibu tertanya-tanya bagaimana untuk cara simpan bubur nasi bayi dan makanan bayi lain agar tahan lama lagi-lagi jika si kecil tidak makan banyak setiap hari. 

Memasak makanan bayi setiap hari memang sesuatu yang menyusahkan, terutama sekali jika bahagian makanan yang diperlukan bayi hanya sedikit saja.

Oleh sebab itu, apakah cara yang terbaik untuk membekukan makanan bayi? Adakah cara cara simpan bubur nasi bayi selamat? Bolehkah makanan bayi 6 bulan mampu bertahan sekurang-kurangnya seminggu dalam peti sejuk?

Selamatkah membekukan makanan bayi?

Ya, makanan bayi dapat dibekukan agar tahan lama.

Di setiap negara misalnya Amerika, Kanada, dan beberapa negara lainnya, makanan bayi dibuat sekaligus banyak kemudian dibekukan.

Namun, membekukannya harus mengikuti cara yang betul dan selamat, agar makanan tersebut tetap bersih dan baik untuk diambil oleh bayi.

Kebaikan lain adalah, kita dapat memberikan menu yang berbeza dalam satu hari, sehingga si bayi tidak akan bosan dan lebih dapat menikmati makanannya.

Apakah cara simpan bubur nasi bayi yang selamat?

Sebenarnya ada beberapa langkah mudah untuk simpan bubur nasi bayi agar sentiasa selamat dan paling penting tidak basi. Biasanya, bila kita masak bubur, jumlahnya mungkin sedikit banyak. Anak-anak yang baru sahaja belajar makan, kadang kala tidak dapat menghabiskan semuanya pada satu masa.

Jadi simpan elok-elok ya ibu dengan menggunakan cara ini:

  1. Masak bubur nasi kosong mengikut jumlah yang anda ingini (lebih baik satu cawan sahaja untuk bayi yang baru belajar makan) seperti biasa.
  2. Biar bubur sejuk terlebih dahulu dan jangan simpan panas-panas. Digalakkan untuk tidak membiarkan bubur nasi lebih dari 2 jam dalam suhu bilik kerana ini mengalakkan pertumbuhan bakteria.
  3. Simpan bubur dalam bekas dan tutup rapat. Jika tiada penutup, guna wrapping paper.
  4. Simpan bubur nasi dalam bahagian sejuk beku dalam peti sejuk, lagi-lagi di paras paling atas untuk elakkan bercampur dengan makanan lain.
  5. Untuk kegunaan harian lebih mudah, simpan bubur dalam bekas kiub kecil semasa bubur ini masih beku.
  6. Label tarikh pada bekas makanan/plastik.
  7. Guna sebaiknya dalam masa dua minggu.

Bagaimana cara membekukan makanan bayi?

Ini pula cara untuk membekukan resepi makanan bayi yang anda telah sediakan:

  1. Cuci bersih bahan makanan yang ingin dibuat puree, seperti ayam, daging, ikan, buah-buahan atau sayur-sayuran.
  2. Potonglah kecil-kecil agar lebih mudah empuk dan mudah dikisar.
  3. Rebuslah bahan makanan tersebut hingga benar-benar matang dan masak. Sebaiknya, gunakan sedikit air agar puree tidak terlalu pekat.
  4. Kisarkan bahan makanan tersebut hingga halus.
  5. Tunggu hingga puree tidak lagi panas. Atau, tunggu hingga dingin baru dikisar.
  6. Tuangkan puree tersebut ke bekas kiub ais dan tutup rapat.
  7. Setelah beku, pindahkan kotak-kotak puree beku tersebut ke dalam bekas atau gunakan beg plastik yang tadi dipakai untuk menutup acuan ais.
  8. Tutup bekas rapat-rapat, atau balut plastik dengan rapi.
  9. Tulis label pada setiap beg, berisi nama dan tarikh pembuatan. Tujuannya, agar kita tahu sudah berapa lama puree beku tersebut disimpan. Sebaiknya makanan tersebut tidak disimpan lebih dari 1 bulan. Makanan yang sudah dicairkan, jangan dibekukan kembali. Buanglah sisa makanan yang tidak habis.

Anda dapat menyiapkan beberapa macam puree beku sekaligus, sehingga setiap kali makan si bayi dapat menikmati makanan yang berbeza-beza.

Misalnya, untuk makan tengahari kita memberikan 1 bahagian puree ayam dan 1 bahagian puree brokoli. Sedangkan untuk makan malam, kita dapat memberikan 1 bahagian puree ikan dan 1 bahagian puree lobak merah.

Perlu tip-tip untuk mencairkan puree beku? Masukkan puree beku ke bekas (jangan guna bekas plastik) lalu letakkan di dalam periuk nasi yang sudah berisi nasi. Set periuk nasi pada tetapan warm hingga puree menjadi hangat. Praktikal kan?

Selamat mencuba ibu-ibu sekalian!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  5 Alat Pemproses Makanan Bayi Terbaik Untuk Ibu Yang Selalu Sibuk

Baca juga: Awas Ibu, Makanan-Makanan Ini Boleh Menyebabkan Anak Tercekik Atau Alahan!

Baca juga: Cara Buat Stok Serbuk Oat Untuk Bayi, Cuma Tambah Air Saja! Mudah Bawa Travel!

Penulis

A.Maya.TM