Apabila melakukan hubungan intim, suami perlu tahu cara merangsang klitoris isteri supaya kalian dapat kenikmatan dengan lebih mudah atau mencapai orgasme yang diingini.
Jika ingin mencapainya bersama-sama, jangan pernah bertangguh menggunakan cara merangsang klitoris ini kerana ia merupakan titik rangsangan yang tepat untuk isteri merasai kepuasan.
Jadi buat cik abang, ehem, janganlah lupa untuk beri kepuasan pada isteri anda juga ya?
Klitoris adalah bulatan kecil yang terdapat pada bahagian vagina yang merupakan jalan terbaik bagi mempercepatkan orgasme.
Cara merangsang klitoris isteri
1) Cara merangsang klitoris – urut lembut di bahagian klitoris isteri
Serupa juga seperti lelaki, klitoris bagi wanita adalah seperti zakar yang memiliki banyak titik rangsang yang dapat menghasilkan rasa kepuasan.
Selain itu, titik G-Spot juga mampu memberikan kenikmatan yang dirasai semakin luar biasa.
Ketika melakukan sesi memanaskan badan atau foreplay, suami boleh melakukan urutan lembut di bahagian klitoris dan bibir faraj isteri yang merupakan bahagian paling sensitif.
Caranya minta pasangan membuka kaki lebar supaya memudahkan aksi ini.
2) Cara merangsang klitoris – Seks oral
Cara lain yang boleh anda lakukan untuk menambah kenikmatan dan mencipta orgasme dengan mudah adalah dengan memberi seks oral khususnya di bahagian klitoris dengan cara menggeser lidah secara perlahan di bahagian yang dimaksudkan itu.
Kalau ingin memberi sedikit kejutan, anda boleh memberinya secara hisapan lembut atau sedikit menggigit.
Selain itu, anda boleh juga memberi sentuhan dan kucupan di bahagian dada dan perut isteri kerana di situ juga memudahkan isteri untuk mencapai nikmat.
3) Cara merangsang klitoris – Guna alat bantuan seks
Cara lain yang anda boleh buat juga adalah menggunakan alat bantuan seks yang dapat memberikan kenikmatan dan rangsangan seksual. Guna vibrator dengan membuat getaran ringan pada area klitoris dan pusing ke kiri atau kanan.
Anda juga boleh menggerakkan alat bantuan ini sehingga menyentuh labia dan rongga vagina. Berikan juga gerakan seolah-olah ingin menekan atau masuk ke dalam vagina.
4) Cara merangsang klitoris – Geseren daripada “alat suami”
Selain daripada yang disebutkan di atas tadi, suami juga boleh memberikan kenikmatan dengan menggesel zakar ke area klitoris isteri.
Sekaligus ia membuatkan isteri panasaran untuk mencapai kemuncak yang seterusnya. Ia juga membuatkan pasangan lebih mudah terangsang dengan baik.
Semoga artikel ini bermanfaat buat anda yang cuba melakukan kelainan untuk aktiviti ranjang di malam hari.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Dokter Sehat
Baca juga:
https://my.theasianparent.comhangatkan-hubungan-intim-balik/