11 Cara Merangsang Suami Menurut Islam, Isteri Wajib Cuba Malam Ini Juga!

Jangan lupa praktikkan bersama suami ya! Barulah aktiviti di ranjang itu semakin bergelora...

Sama seperti perempuan, tidak semua lelaki, termasuklah suami anda itu boleh ‘turn on‘ dengan mudah. Sebab itu, anda sebagai isteri haruslah tahu untuk ‘memancing’ agar suami lebih cepat ghairah. Agak-agak, apa cara merangsang suami menurut Islam, ya?

Ha… sebagai umat Islam, salah satu perkara yang harus dilakukan sebelum hubungan di ranjang sudah semestinya membaca doa terlebih dahulu. Ia sendiri diajar oleh Rasulullah SAW.

Berikut doa yang boleh dibaca sebelum melakukan 11 cara merangsang suami menurut Islam:

Bismillahi, allahuma jannibnasyaithana, wa jannibissyaithana maa razatanaa.”

Maksudnya: “Dengan nama Allah, ya Allah, jauhkan syaitan dari kami, dan jauhkanlah syaitan dari apa yang Kau anugerahkan kepada kami”.

Dalam agama Islam itu sendiri telah disediakan panduan lengkap tentang aktiviti seksual bersama pasangan. Ini termasuklah cara merangsang suami menurut Islam.

Dipetik dari AziIslam, berikut merupakan 11 cara merangsang suami menurut Islam yang boleh diamalkan para isteri.

11 Cara Merangsang Suami Menurut Islam, Jom Cuba Malam Ini Juga!

Cara merangsang suami menurut Islam #1 Ambil wudhuk’

Sebelum melakukan hubungan intim, sebaiknya isteri mengambil wudhuk’ terlebih dahulu. Wudhuk’ dipercayai boleh membuatkan anda lebih segar, tidak kusut atau kusam.

Suami yang melihat anda pun akan lebih tenang dan senang hati!

Cara merangsang suami menurut Islam #2 Pakai wangian

Setelah membersihkan diri, jangan lupa untuk memakai pewangi. Pilihlah wangian yang disukai suami anda. Wangian ini dipercayai mampu membangkitkan ghairah pasangan.

Jangan lupa untuk letak pewangi di kawasan leher dan payudara! Harapannya, agar suami lebih bersemangat untuk ‘bercinta’ dengan anda.

Selain wangian, isteri juga boleh menggosok gigi atau berkumur untuk mulut yang lebih segar. Barulah lagi best nak berciuman! 😉

Cara merangsang suami menurut Islam #3 Guna baju yang seksi

Isteri juga boleh menggunakan baju tidur yang seksi, atau lingerie. Selepas itu, cuba ‘sibukkan’ diri anda dengan berjalan di hadapan suami.

Pasti gaya berjalan yang penuh sensual itu akan menarik perhatian pasangan untuk ‘menerkam’ anda. Ehem!

#4 Beri suami pujian

Sama seperti wanita, lelaki juga akan lebih gembira jika orang yang disayanginya memuji dirinya. 

Anda suka bahagian lehernya? Ataupun anda suka dadanya yang bidang? Cakap terus pada suami! Pasti dia akan cair lalu sesi foreplay boleh dimulakan.

#5 Sentuh area sensatifnya

Jika isteri ingin menarik perhatian suami secara seksual, anda bolehlah cuba menyentuh area sensitifnya perlahan-lahan. Antara area sensitif lelaki adalah telinga, belakang lutut, jari kaki, paha bahagian dalam, bibir, dan leher.

#6 Mula’abah

Islam menyarankan umatnya untuk melakukan mula’abah terlebih dahulu sebelum melakukan hubungan intim. Mula’abah itu apa? Ia bermaksud foreplay atau bermesra-mesraan dahulu sebelum berasmara.

Apa yang anda boleh buat ketika ini adalah memanaskan panggung, mencipta suami romantis dan perlahan-lahan menggoda pasangan. Pasti dia suka!

#7 Urutan

Isteri juga boleh mengurut dan menggunakan aromaterapi untuk membuatkan badan pasangan, malah anda, lebih panas.

Urut kawasan punggung, pinggul, kemaluan dan area paha bahagian dalam. Percayalah, suami pasti akan terkejut, namun amat menikmati sensasi godaan dari isterinya ini!

#8 Cium dan pujuk rayu

Foreplay sebelum berjimak adalah diperintahkan sendiri oleh Rasulullah SAW. Bahkan, hal ini turut disertakan dalam sebuah hadis yang berbunyi:

“Janganlah salah satu dari kalian bercampur dengan seorang isteri umpama binatang. Berikan pendahuluan terlebih dahulu, seperti ciuman dan bicara manis.” (HR At-Tirmidzi)

Rasulullah SAW sendiri diberitahu oleh Sunan Abu Dawud, yang beliau akan mencium bibir Aisyah dan menghisap bibirnya. 

#9 Curi-curi menggoda suami anda

Menggoda suami bukan hanya boleh dilakukan dalam bilik tidur saja. Anda boleh curi-curi mencium suami sebentar di mana-mana saja.

Contohnya ketika anak sedang bermain. Tarik suami ke satu sudut yang tersorok sedikit, kemudian berinya ciuman panas. Ini akan membuatkan suami lebih tergoda dan ternanti-nanti kejutan seterusnya.

#10 Jangan lupa goda pasangan dalam telefon! 

Ketika suami di pejabat, pernah tak ibu saja telefon mereka atau menghantar pesanan ‘nakal’ kepadanya?

Jika ada, ibu sebenarnya telah menggoda suami dan mereka akan rasa cepat-cepat nak balik kerana rindu nak berintiman dengan anda!

Cara ini memang cukup berkesan tahu 😉

#11 Biarkan suami biasa melihat tubuh anda

Syaikh Nashirudin Al-Albani, mengutip kata-kata Ibnu Urwah Al-Hanbali dalam bukunya yang membentuk naskah, Al-Kawaku Ad-Durari,

“Pasangan diperbolehkan untuk melihat dan menyentuh lekukan pasangan Anda, termasuk alat kelamin.

Kerana alat kelamin adalah bagian dari tubuh yang dapat dinikmati dalam mengelus, tentu saja, itu juga dapat dilihat dan disentuh. Ini diambil dari pandangan Imam Malik dan Ulama lainnya.”

Dengan kuasa Allah SWT, setiap badan manusia telah dicipta peka dan cenderung merasai sesuatu jika disentuh atau dilihat. Jadi, ibu bolehlah gunakan panduan cara merangsang suami menurut Islam ini untuk menggoda suami anda!

Bagaimana? Berani cuba malam ini? 

Artikel ini asalnya ditulis oleh Fadhila Afifah dan mendapat kebenaran theAsianparent Indonesia untuk diterjemah

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  9 Cara Berhubungan Intim Agar Cepat Hamil Setelah Haid

Baca juga: Kekerapan Hubungan Seksual Suami Isteri Yang Ideal, Setiap Hari @ 3 Kali Seminggu?

Baca juga: Hubungan Kelamin Semakin Hambar? Ini Punca Pasangan Gagal Dalam Cinta

Penulis

Ayu Idris