Gara-Gara Nak Kurus Di Hari Perkahwinan, Bakal Pengantin Maut Ketika Rawatan Pembuangan Lemak

Seorang wanita berusia 23 tahun yang ingin mengambil jalan singkat dalam cara nak kuruskan badan, meninggal dunia akibat prosedur yang salah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Prosedur rawatan kecantikan kini cukup biasa dilakukan. Kita juga biasa dengar dengan prosedur yang gagal dilakukan dengan baik. Dan baru-baru ini seorang wanita berusia 23 tahun yang ingin mengambil jalan singkat dalam cara nak kuruskan badan, meninggal dunia akibat prosedur yang salah dilakukan.

Ini mengingatkan para wanita untuk lebih teliti dan menjalankan kajian sebelum menjalani apa-apa rawatan. 

Disebabkan ingin kelihatan kurus dan turut berat badan dengan mendadak demi hari perkahwinannya, Coco Siew Zhi Shing telah menjalani rawatan liposuction (pembuangan lemak) di salon kecantikan di Cheras, Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun prosedur itu dikatakan gagal dan menyebabkan wanita muda itu meninggal dunia pada Sabtu, 17 Oktober lepas. 

Cari salun kecantikan di atas talian

Siew mengetahui akan kewujudan salon itu ketika membuat carian di atas talian mengenai rawatan liposuction dan cara untuk kuruskan badan itu, kata abangnya Xiao Mingan, mengikut laporan Sin Chew Daily. 

Bakal pengantin itu juga telah membuat keputusan untuk melakukan prosedur membuang lemak di bahagian lengan yang berharga RM2,500.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut laporan, Siew berkunjung ke salon kecantikan itu pada petang Sabtu bersama rakan-rakannya buat kali pertama. 

Dia dikatakan telah menerima suntikan bius ketika sebaik tiba. Namun selepas setengah jam, Siew dikatakan berasa tidak sihat. Dan selepas satu jam kemudian jantung Siew berhenti berdenyut. 

Sementara Siew dikejarkan ke hospital, dia gagal diselamatkan dan disahkan meninggal pada jam 5 petang. 

Peniaga tidak berlesen

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Xiao menyatakan bahawa pemilik salon kecantikan berkenaan tidak hadir ke hospital sehinggalah jam 8 malam. Malah dia juga tidak berada di salon sewaktu prosedur itu dijalankan. 

Menurut laporan The Star, salon kecantikan itu dimiliki dua beranak iaitu ibu dan anak perempuannya. 

Apabila disoal selidik oleh Xiao kepada orang yang bertanggungjawab menjalankan perniagaan salon itu, dia menjelaskan bahawa mereka tidak mempunyai lesen untuk menjalankan prosedur sebegitu, mereka hanya memberi rawatan kecantikan biasa sahaja. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tambahan pula, Xiao memberitahu Sin Chew Daily pakar kecantikan yang menjalankan rawatan liposuction pada kakaknya itu juga tidak mempunyai lesen. 

Punca kematian Siew masih lagi dalam siasatan . Pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut dan telah menangkap pemilik salon kecantikan berkenaan. 

Menurut Xiao, Siew cukup mementingkan kesihatan dan penampilannya. Dia juga turut memberitahu yang Siew pernah memenangi tempat pertama dalam pertandingan peragaan Asia pada tahun 2014. 

Jangan ambil jalan singkat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Saya harap apa yang berlaku kepada adik saya ini dapat menjadi pengajaran kepada ramai wanita muda di luar sana yang terlalu obses pada kecantikan,” jelas Xiao. 

Terdapat banyak lagi cara untuk kuruskan badan yang anda boleh lakukan. Jangan sesekali terpedaya dengan jalan singkat lebih-lebih lagi jika ditawarkan dengan harga murah di atas talian. Sekarang ini ramai peniaga dan pengusaha yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dengan cara yang tidak betul. 

Dan kini sudah terang lagi bersuluh, rawatan liposuction bukanlah jalan terbaik dalam cara nak kuruskan badan dengan cepat. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini telah mendapat kebenaran theAsianparent Singapura untuk diterjemahkan

Baca juga: 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Obses makan ubat kurus, usus wanita ini akhirnya bengkak dan HAMPIR PECAH!