Cara pakai seat belt yang selamat untuk ibu hamil

Walaupun perut agak terbesar, wanita hamil masih perlu memakai tali pinggang keselamatan ketika di dalam kereta.

Cara pakai seat belt (tali pinggang keledar) selama hamil tidak boleh sembarangan dan harus berhati-hati. Ketika digunakan dengan benar, tali pinggang keledar dapat menjadi penyelamat nyawa, dan dapat menurunkan risiko-risiko kemalangan ketika memandu bagi ibu hamil.

Kemalangan kereta dapat meningkatkan risiko komplikasi serius selama kehamilan, di antaranya:

  • Kelahiran pramatang. Terjadi ketika kehamilan kurang dari 37 minggu.
  • Pecah pramatang membran, atau terkoyak kantung plasenta.
  • Placenta abruption. Ini adalah kondisi serius di mana plasenta terlepas dari dinding rahim.
  • Keguguran, atau bayi meninggal dalam kandungan. Biasanya berlaku pada kehamilan sebelum 20 minggu.
  • Stillbirth, atau bayi lahir dalam kondisi meninggal.

Jika anda mengalami kemalangan kereta yang mengakibatkan kesan serius, segera cari bantuan paramedik untuk memastikan anda dan bayi anda di kandungan selamat.

Terutama jika anda mengalami pengecutan rahim, rasa sakit di perut, ada darah atau cairan keluar dari rahim, harap bertemu dengan doktor anda.

Untuk menghindari segala risiko di atas, simak cara pakai seat belt yang dianjurkan untuk ibu hamil berikut ini:

Cara pakai tali pinggang keledar selama hamil

  • Selalu pakai kedua tali pinggang keledar, baik yang di pangkuan (lap belt) dan yang di bahu (shoulder strap).
  • Pasang lap belt di bawah perut dan di atas pinggul. Jangan mengenakannya di perut.
  • Tempatkan shoulder strap di antara payudara dan mengarah ke sisi perut. Jangan memakainya di bawah lengan.
  • Melaraskan panjang tali sehingga ia rasa selesa untuk anda.

Jika kereta anda memiliki airbag, jangan mematikannya. Sebaliknya, cubalah untuk memundurkan kursi sejauh mungkin dari dashboard.

Untuk keselamatan tambahan, jangan memandu kereta lebih daripada 5-6 jam setiap hari. Ia boleh memenatkan untuk sesiapa sahaja, terutama untuk wanita mengandung.

Mari sebarkan cara pakai seat belt ini agar diketahui ibu-ibu yang lain.

Reference: aafp.org, babycenter, thebump.com.

Penulis

Putri Fitria