Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini

Ibu ingin tahu cara kekalkan kelembapan kulit bayi yang berkesan? Kami ada caranya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menguruskan bayi yang baru lahir memerlukan ibu bapa lebih peka dan berhati-hati dalam setiap perkara. Ini termasuklah cara penjagaan kulit bayi yang betul bagi mengelakkan masalah kekeringan.

Umum mengetahui bahawa kulit bayi amat sensitif dan tidak sama dengan orang dewasa. Proses perkembangan si manja membuatkan bahagian kulit menjadi semakin aktif bagi mengelakkan sebarang ancaman penyakit di sekelilingnya.

Justeru ibu bapa hendaklah memastikan kulit bayi dijaga dengan rapi supaya ia kekal lembap, lembut dan sihat tanpa sebarang masalah.

Cara menjaga kulit bayi agar kekal sihat dan lembap


Kulit bayi yang halus seperti sutera membuatkan ramai berasa ingin menyentuh dan memeluknya. Bagi bayi yang baru lahir, dia memerlukan sedikit masa untuk terbiasa dengan persekitaran baru disebabkan oleh berlakunya perubahan suhu dan kelembapan.

Adalah normal jika pada awalnya ibu akan menyedari kulit anak menjadi kering. Namun beberapa cara penjagaan kulit bayi yang betul dapat membantu anda mengatasi masalah ini dengan mudah.

#1. Tidak terlalu lama memandikan bayi

Ketika ingin membersihkan bayi, ibu tidak perlu terlalu kerap memandikannya dan elakkan tempoh masa yang begitu lama. Hal ini supaya minyak semula jadi yang melindungi kulit si manja tidak hilang.

Selain itu, periksa suhu air terlebih dahulu sebelum merendam bayi. Jika anda tidak pasti, boleh gunakan termometer untuk mengetahui adakah ia sesuai ataupun tidak dengan usia si manja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Elakkan pendedahan cahaya matahari

Menurut American Academy of Pediatrics (AAP), bayi baru lahir sebaik-baiknya perlu mengelak terdedah pada cahaya matahari secara langsung sehingga mereka berusia 6 bulan1.

Apabila membawa bayi anda keluar, pastikan mereka memakai pakaian yang boleh melindungi kulit dari matahari. Jika tiada payung atau kain, ibu boleh pakaikan topi untuk melindungi kulit bahagian muka dan hidung si manja.

#3. Pastikan pakaian bayi dicuci terlebih dahulu

Pastikan pakaian anak yang baru dibeli dibersihkan terlebih dahulu sebelum anda memakaikannya pada si manja.

Selain itu, asingkan pakaian bayi dengan ahli keluarga yang lain. Jangan campurkan pakaian anda atau orang dewasa untuk dicuci atau direndam bersama pakaian bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pakaian dewasa mungkin mengandungi kotoran yang boleh berpindah kepada pakaian bayi, lalu menjadi punca iritasi. Justeru, sediakan sebuah bakul khusus untuk anda meletakkan pakaian kotor bayi selepas dipakai.

#4. Elakkan gigitan serangga

Kesan gigitan serangga pada anak yang masih kecil adalah berbeza-beza, bergantung pada jenis serangga, kawasan gigitan, dan tindak balas tubuh si manja.

Walau bagaimanapun, secara amnya gigitan serangga boleh menyebabkan kulit bayi menjadi merah, bengkak atau gatal. Ia memerlukan tempoh masa yang agak lama untuk kesan gigitan sembuh dengan sepenuhnya.

Bagi mengelakkan ia berulang, ibu hendaklah memakaikan baju dan seluar panjang ketika berada di luar rumah bagi melindungi si manja daripada nyamuk ataupun serangga lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut American Academy of Pediatrics (AAP), adalah selamat menggunakan ubat penghalau serangga dengan DEET bagi bayi yang usia lebih dari 2 bulan2.

Caranya adalah dengan semburkan ubat penghalau serangga pada tangan atau gunakan yang jenis krim dan sapukan pada kulit bayi yang terdedah.

#5. Melakukan urutan bayi


Cara yang baik untuk memantau kesihatan kulit si manja adalah dengan melakukan urutan. Ia memberi peluang untuk anda meneliti seluruh permukaan dan memeriksa jika adanya sebarang masalah.

Menurut Pengarah Perubatan Klinik Famili Gravidities, Dr Nurzarina Abdul Rahman, urutan bayi merangkumi pelbagai teknik indah yang dilakukan dengan penuh kesabaran dan kasih sayang3.

Urutan dilakukan dengan lembut secara beritma dengan tangan ibu bapa atau ahli keluarga sendiri.

“Urutan yang lembut berupaya merangsang penghasilan hormon oksitosin dalam badan ibu dan bayi. Ia adalah hormon yang memberi perasaan kasih dan sayang,’’ jelasnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Caranya adalah dengan sapukan minyak bayi atau losyen lalu urut muka, abdomen dan anggota bayi dengan lembut sambil bercakap atau menyanyi dengan si manja anda. 

Urutan dengan teknik yang betul membantu melancarkan peredaran darah, meningkatkan sistem imun dan koordinasi tubuh serta merangsang saraf bayi. 

Panduan pemilihan produk yang selamat untuk bayi


Selain mencuba beberapa tips menjaga kulit bayi di atas, anda juga disarankan untuk memilih produk bayi yang terbaik ketika melakukan rutin harian.

Tidak dinafikan bahawa setiap ibu pasti inginkan yang terbaik buat anaknya. Ketika memilih sebarang produk untuk si manja, anda hendaklah mengambil kira beberapa perkara ini terlebih dahulu.

Antaranya: 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Produk bayi yang tidak mengandungi bahan kimia seperti pewangi, alkohol, pewarna atau bahan-bahan lain yang boleh menjejaskan kesihatan kulit si manja
  • Pilih sabun atau syampu bayi yang lembut dan bebas buih.
  • Mengandungi Vitamin B3 untuk membantu menguatkan lapisan kulit

QV Baby Gentle Wash menjadi pilihan kebanyakan ibu di Malaysia

Justeru bagi anda yang tercari-cari produk penjagaan bayi yang manakah sesuai, kami sarankan untuk anda mencuba QV Baby Gentle Wash. 

QV Baby ialah jenama yang boleh dipercayai dengan formulasi lembut (bebas sabun, bebas pewangi, bebas warna). 

Anda tidak perlu ragu-ragu kerana 99% ibu-ibu Malaysia bersetuju bahawa formula QV Baby Gentle Wash sangat lembut sehingga mereka yakin untuk menggunakannya pada bayi dari hujung kaki hinggalah ke hujung kepala4.

QV Baby Gentle Wash dirumus untuk membersihkan kulit halus dan sensitif dengan lembut.  Formulasi tanpa buih dengan pH seimbang, mengandungi Vitamin B3 dapat membantu menyokong kulit yang sihat dan sifat perlindungan semula jadi. 

Bahan yang terkandung dalam QV Baby Gentle Wash adalah: Aqua (Water), Glycerin, Sodium Lauroyl Sarcosinate, Sodium Cocoyl Isethionate, Disodium Cocoamphodiacetate, Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Aminomethyl Propanol, Styrene/Acrylates Copolymer, Lauryl Betaine, Methylparaben, Ethylparaben dan Niacinamide.

 

Antara kebaikan QV Baby Gentle Wash untuk si kecil anda adalah:

  • Dirumus dengan Vitamin B3 untuk membantu menyokong kulit yang sihat dan sifat perlindungan semula jadi.
  • Tanpa sabun, jadi ia tidak menanggalkan minyak semula jadi.
  • pH seimbang dan bebas daripada warna, pewangi, sabun, propilena glikol, dan lanolin.
  • Sesuai digunakan setiap hari 
  • Sesuai untuk kulit sensitif atau kulit kepala kering.

Cara penggunaan: 

  1. Sapukan QV Baby Gentle Wash dengan jumlah yang diingini pada kulit yang basah dan urut secara ringan. Basuh, bilas dan keringkan kulit menggunakan tuala bersih.
  2. Elakkan mata si manja. Jika buih masuk ke dalam mata, siram segera dengan air bersih. Jika kerengsaan mata berterusan, segera merujuk doktor di klinik berhampiran.

Cuba juga QV Baby Bath Oil untuk kulit baby sensitif

Sekiranya kulit anak anda sangat kering, menggelupas dan/atau sensitif, kami cadangkan untuk menggunakan QV Baby Bath Oil. QV Baby Bath Oil tidak berminyak dan diformulasikan tanpa bahan-bahan berbahaya yang boleh menyebabkan iritasi. Ia bertindak untuk melembapkan dan membersihkan kulit anak.

Malah, produk ini juga mengandungi vitamin E yang membantu memelihara lapisan kulit semula jadi bayi anda memberikan lebih kelembapan dan perlindungan. 

Penggunaannya juga amat mudah, anda hanya perlu tambah satu penutup QV Baby Bath Oil ke dalam tub mandian bayi ataupun tuangkan pada tangan dan tambah sedikit air dan sapu pada seluruh badan bayi. Bersihkan dan lap kering.

Ia pastinya ia pilihan terbaik untuk anak yang memilik kulit kering atau sensitif.

Untuk maklumat lanjut mengenai QV Baby Gentle Wash, anda boleh terus layari laman web rasmi https://www.qvskincare.com/my/en/baby.html

Rujukan:

  1.  U.S. Food and Drug Administration. (August 24, 2021). Should You Put Sunscreen on Infants? Not Usually. www.fda.gov/consumers/consumer-updates/should-you-put-sunscreen-infants-not-usually#:~:text=The%20FDA%20and%20the%20American,such%20as%20under%20a%20tree.

  2. American Academy of Pediatrics . (July 18, 2022). Choosing an Insect Repellent for Your Child. www.healthychildren.org/English/safety-prevention/at-play/Pages/Insect-Repellents.aspx#:~:text=Insect%20repellents%20are%20not%20recommended,but%20these%20reactions%20are%20rare.

  3.  Harian Metro. (Mac 5, 2019). Urutan tenangkan si manja. www.hmetro.com.my/hati/2019/03/429921/urutan-tenangkan-si-manja

  4.  *Berdasarkan keputusan tinjauan pengguna dalam talian Home Tester Club yang dijalankan oleh Buchanan bagi pihak Ego Pharm Malaysia Sdn Bhd, 22 Oktober – 27 November 2020, ke atas 279 kanak-kanak di Malaysia. Ulasan diberikan oleh ibu-ibu yang menerima dan mencuba QV Baby Gentle Wash pada bayi mereka yang berumur 0-36 bulan selama 7 hari.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia