Rumah tangga pelakon aksi terkenal, Adam Corrie Lee Abdullah pernah diuji hampir 10 tahun apabila dia sabar menantikan zuriat dalam tempoh yang sangat lama. Atas sebab itu juga, Corrie banyak berkongsi cara penyelesaian masalah dalam perkahwinan. Yang pertama, suami isteri kena buat adalah mengambil wuduk dan duduk bertenang.
Terdahulu, Corrie dan isterinya Fazema Mohd Fuad telah berkahwin hampir 11 tahun. Kemudian selepas 10 tahun, barulah mereka dikuniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Adam Fateh Lee.
Menerusi bual bicara dalam TV, Corrie dan isteri berkongsi tips dan cara penyelesaian masalah yang boleh membantu suami isteri semakin bahagia dalam perkahwinan. Berikut perkongsian dari mereka.
9 Cara Penyelesaian Masalah Dan Rahsia Bahagia Dari Adam Corrie & Isteri
#1. Mesti memberi dan menerima
Dalam fikiran setiap suami perlu ada keinginan untuk tolong ringankan beban isteri dan begitu juga dengan isteri. Yang paling utama, jangan beri tekanan pada pasangan masing-masing.
#2. Ambil wuduk dan bertenang
Sekiranya timbul sebarang masalah, suami isteri perlu ambil wuduk dan duduk bertenang kemudian berbincang dengan baik. Dengar pasangan nak luahkan apa dan jawab dengan sebaiknya.
#3. Sentiasa bersabar
Sebelum atau selepas berkahwin, suami isteri perlu banyak bersabar terutama bila sudah ada anak. Selain perlu faham situasi masing-masing ketika berada di rumah mahupun di luar rumah.
#4. Ucapkan Alhamdulillah
Selepas pulang bekerja dan sampai sahaja di rumah suami, ucapkanlah Alhamdulillah kemudian berikan senyuman paling manis pada isteri.
#5. Sebelum balik rumah, doa yang baik-baik untuk isteri
Doakan kesejahteraan dan kesihatan isteri dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Jika ada sebarang masalah cuba bertenang dan bersabar.
#6. Jika termarah isteri, cepat-cepat istighfar
Jika terlepas memarahi isteri, suami perlu cepat-cepat beristighfar sambil mengambil wuduk dan duduk bertenang. Kemudian bincang semula masalah yang timbul.
#7. Jangan bebankan suami
Menurut Fazema pula, sekiranya isteri melihat suami sedang down jangan bebankan mereka dengan masalah lain tapi cuba tanya elok-elok dengan apa yang boleh isteri bantu.
Kemudian buatlah apa yang boleh kembalikan keceriaan suami dengan kata-kata yang indah.
#8. Tak perlu merajuk lama-lama
Biasanya semasa di awal perkahwinan, suami isteri lebih kerap bersengketa dan merajuk sikit- sikit tapi bila sudah lama berkahwin merajuk sudah tidak diperlukan lagi kerana boleh selesaikan masalah dengan sendiri. Malah menganggap apa yang berlaku adalah benda yang kecil dan tidak rumit.
#9. Betulkan niat dalam perkahwinan
Ingat, kahwin ini perlu ada niat supaya suami dan isteri hidup dalam keadaan yang bahagia serta perkahwinan yang dibina sebagai jambatan menuju ke syurga bersama.
Justeru, suami dan isteri perlu mempunyai kata sepakat dan persefahaman yang baik supaya bahtera rumah tangga kalian kekal mewangi sampai bila-bila.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: Mingguan Wanita
Kredit gambar: Baituljannah
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comtips-bahagia-suami-isteri