Teh Daun Raspberi Mujarab Untuk Cepatkan Proses Bersalin? Ini Jawapannya

Antara salah satu manfaat teh daun raspberi ini adalah ia membantu melembutkan otot rahim lantas lebih cepat proses untuk bersalin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Saya terpanggil untuk bercerita mengenai keberkesanan teh daun raspberi ini yang mana dikatakan salah satu cara senang bersalin adalah dengan mengamalkannya. Tak pernah lagi saya dengan tentang kewujudan azimat ini sebenarnya. 

Yang selalu didengari adalah minum minyak kelapa dara, minum air selusuh, nanas atau betik muda. Jarang sekali saya dengar orang menyarankan untuk minum teh daun raspberi. 

Teh daun raspberi, juga dikenali sebagai daun raspberi merah, dan ia tergolong dalam salah satu minuman herba. 

Cara senang bersalin: Minum teh daun raspberi 

Kajian ada menunjukkan bahawa teh daun raspberi ini boleh melembutkan otot rahim, lantas ia dapat membantu mempercepatkan proses bersalin. Ia bukanlah berlaku secara terus sebaik anda meminumnya. Malah mempercepatkan proses bersalin ini maksudnya lebih kepada bagaimana ia membantu melembutkan otot rahim lantas menjadi salah satu cara senang bersalin.  Dan teh daun raspberi mengambil masa beberapa minggu untuk menunjukkan efek, jadi sekiranya anda sudah pun tiba hari untuk bersalin baru untuk meminumnya ia tidak akan jadi apa-apa.

Benar, memang kita tidak dapat menjangkan selama mana proses kelahiran yang akan dialami, dan tiada masa spesifik yang ditentukan oleh pakar atau doktor mahupun bidan. Namun memang ada ibu-ibu yang mengalami proses bersalin terlalu lama, walaupun sudah berjam-jam di dalam bilik bersalin namun tetap tidak menunjukkan hasil bukaan yang maksimum. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dan kejadian itu menjurus kepada prosedur seterusnya iaitu C-Section, satu prosedur yang kalau boleh ingin dielakkan oleh kebanyakan ibu hamil. 

Dalam satu kajian berkenaan teh daun raspberry ini, ada menunjukkan ibu yang kerap minum teh ini apabila tiba waktu kelahiran, mereka mengalami masa meneran yang lebih pendek berbanding dengan mereka yang tidak mengamalkan minum teh ini. 

Jangan minum berlebihan

Tapi perlu diingat, teh daun raspberi ini tergolong dalam minuman herba, jadi ia tidak elok untuk diminum terlalu banyak. Sebatian kimia dalam teh daun raspberi ini memberi efek kepada badan sama seperti jika anda mengambil dadah. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sesetengah doktor dan bidan berpendapat tidak elok untuk mengambila apa-apa makanan atau minuman yang mampu menganggu proses kelahiran. Malah ada sesetengah doktor yang bila nampak pesakitnya membawa air selusuh disuruhnya buang ya. Ini kerana kita tidak tahu bagaimana badan kita menerima sesuatu bahan itu. Khuatir juga jika mahu sangat mempercepatkan proses bersalin jadi pula kes kelahiran pramatang. 

Disebabkan itulah semua benda yang diambil perlu berpada-pada jangan ambil secara berlebihan. Kerana benda yang elok pun kalau diambil berlebihan akan memudaratkan. 

Jika anda pernah melahirkan sebelum ini dan proses bersalin berjalan dengan lancar jadi tiada sebab untuk anda minum teh daun raspberi untuk bayi yang seterusnya. Malah teh duan raspberi ini bukan serasi untuk semua orang. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berhenti minum teh ini sekiranya terjadi kontraksi Braxton Hicks yang kuat. 

Jangan minum teh daun raspberi jika:

  • Anda pernah melahirkan sebelum ini dan proses kelahiran sangat pendek, iaitu tiga jam atau kurang dari saat mula hingga akhir.
  • Anda dijadualkan menjalani caesarean yang dirancang kerana sebab perubatan.
  • Anda pernah menjalani pembedahan caesarean sebelum ini.
  • Anda pernah mengalami kelahiran pramatang sebelum ini.
  • Anda mengalami pendarahan faraj dalam separuh masa kedua kehamilan.
  • Mempunyai sejarah atau sejarah keluarga menghidap kanser payudara atau kanser ovari, endometriosis atau fibroid;
  • Mengalami komplikasi atau masalah kesihatan semasa hamil;
  • Mempunyai tekanan darah tinggi;
  • Hamil dengan anak kembar.

Sekiranya anda sangsi, anda boleh bercakap dan minta saranan daripada doktor anda sendiri. Bincang dengan doktor anda sekiranya kehamilan anda serasi untuk anda amalkan pengambilan teh daun raspberi ini. Dan jika boleh, amalkan pengambilan teh ini bermula minggu ke-32 kehamilan supaya badan anda mempunyai masa untuk mengumpul efek dan khasiat teh ini. Ambil satu cawan sehari sudah cukup dan sekiranya anda tidak gemar dalam bentuk minuman anda juga boleh dapatkan ia dalam bentuk kapsul.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: Babycenter

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.combahaya-minum-teh-2

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan