Cara Simpan Tudung Supaya Kemas & Mudah Gosok, Barulah Nanti Nampak Cantik!

Cara simpan tudung di rumah amat penting supaya mudah anda gosok dan tidak menyebabkan masalah kedut yang begitu teruk. Ini antara tips mudah untuk anda!

Tahukah anda bahawa cara simpan tudung dapat mengekalkan kualiti kain dan memudahkan kerja ketika menggosok? Justeru, penyusunan pelbagai jenis tudung milik anda sama ada dalam almari atau penyangkut baju perlulah menggunakan kaedah yang tepat!

Peredaran masa telah menyebabkan kehadiran pelbagai fesyen dan gaya tudung. Tidak hanya bawal, kini setiap wanita mungkin menggemari selendang atau tudung sarung untuk keluar bekerja ataupun tujuan santai.

Cara simpan tudung dengan kemas dan teratur

Kebanyakan wanita terutamanya para ibu sering mengeluh apabila tudung tidak terbentuk elok dan sukar untuk hilang kedut. Bukan itu sahaja, keadaan menjengkelkan ini boleh merosakkan mood seharian juga!

Sebenarnya terdapat beberapa perkara yang boleh membawa anda kepada masalah ini iaitu kesalahan dalam menentukan cara simpan tudung dan melipatnya secara tidak betul.

Bagi mengatasi masalah ini, berikut kami kongsikan beberapa petua supaya tudung tidak berkedut lagi ketika digunakan iaitu:

#1. Elakkan melipat tudung di garisan yang sama

Melipat tudung di garisan sama berulang kali boleh menyebabkan tanda lipatan secara kekal. Tidak cukup dengan itu, ia akan mudah terkoyak dan tertarik benang yang boleh membuatkan tudung anda sukar dibentuk. Jadi, anda boleh menggantung terlebih dahulu di penyangkut baju sebelum memasukkannya ke dalam almari.

#2. Tidak mencampurkan tudung dengan pakaian dalam satu bakul

Sebenarnya tindakan meletakkan tudung bersama pakaian yang lain dalam satu bakul tidak digalakkan untuk jangka masa lama. Hal ini adalah kerana ia boleh meninggalkan kedutan yang teramat teruk dan kualiti tudung mudah hilang.

Dalam hal ini sebaik sahaja anda selesai mencuci dan mengeringkannya, terus asingkan di tempat khusus untuk tudung. Lebih bagus lagi jika menggantungkannya dengan rapi di rak, nanti kalau tiba-tiba tetamu datang senang terus boleh sauk!

#3. Teknik menggulung tudung di kadbod

Sebagai alternatif lain, anda boleh cuba menggulung tudung dalam kadbod berbentuk bulat. Kaedah ini berkesan untuk mengelakkan timbulnya bekas lipatan atau kedutan kekal.

Namun sebelum menggulungnya, anda hendaklah melipat tudung berkenaan biar dalam keadaan separuh supaya nanti bila dikeluarkan kedut tidaklah kelihatan begitu jelas.

#4. Menyimpan koleksi tudung dalam bekas tertutup

Anda boleh menggunakan kotak atau laci yang mempunyai pembahagi untuk menyimpan tudung. Cara ini adalah cukup praktikal kerana dapat menjimatkan ruang dan tidak memerlukan penyangkut baju.

Akan tetapi sebelum menyimpan koleksi tudung di dalam kotak, anda hendaklah melipat terlebih dahulu tudung dengan cara betul dengan membuat tiga kali lipatan sahaja secara seragam. Sekiranya ingin lebih kelainan, anda boleh gulung tudung dan simpan di dalam kotak yang telah disediakan.

#5. Gantung pada penyangkut pakaian

Selain dari kaedah di atas, cara simpan tudung adalah menggantungkannya pada penyangkut pakaian atau tudung yang khas. Namun sebelum melakukan kaedah ini, anda hendaklah memastikan ia diseterika terlebih dahulu sehingga kemas.

Kemudian, lipatkannya secara mendatar tanpa menekan bahagian tengah supaya tidak melengkung dengan sempurna ketika digunakan. Seterusnya, anda boleh menggantungkan tudung di penyangkut baju.

Bagi menjimatkan ruang dalam almari pakaian, anda boleh meletakkan dua atau tiga tudung dalam satu penyangkut.

#6. Wall pocket organizer

Wall pocket organizer ini merupakan salah satu tempat menyimpan hijab diy yang mudah didapati di pasaran. Ia memudahkan anda untuk mengatur dan menyimpan peralatan bersaiz kecil dan pakaian seperti sarung kaki, jam tangan dan tudung.

Anda boleh menggantungkannya di belakang pintu atau di dalam almari. Ia merupakan antara tempat menyimpan yang sempurna dan pantas. 

#7. Besi penggantung tuala

Besi penggantung tuala adalah pilihan lain yang juga murah serta mudah untuk menguruskan hijab. Ia boleh didapati dalam pelbagai saiz, tekstur dan harga.

Jadi pilih dan aturkan hijab yang anda fikir paling sesuai untuk almari pakaian. Kemudian, simpulkan semua hijab di atas besi penggantung tuala tersebut. Kesannya, anda tidak perlu lagi berdepan masalah untuk melipat serta memudahkan anda mencapainya.

Sumber: Kumparan, Hijabista

Kredit foto: Google

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: