Ayah Yang Terlalu Tertekan Akan Beri Impak Negatif Pada Perkembangan Anak
Kalau golongan ayah tidak tahu cara tangani stress dengan betul, takut-takut ia akan mempengaruhi tahap perkembangan minda si kecil. Kajian ada menjelaskan!
Rasanya, kita semua sudah tahu stress atau tekanan yang tidak dikawal akan memberi kesan negatif pada diri. Tapi, kalau ibu ayah nak tahu, sebenarnya, stress juga boleh mempengaruhi keadaan anak yang bakal lahir nanti! Jadi, kalau kita mahu elak dari ini terjadi, kita perlu ketahui cara tangani stress dengan betul!
Bagaimana ayah boleh mempengaruhi perkembangan minda bayi?
Ketika membaca tajuk artikel, mungkin ada antara kita yang tertanya-tanya tentang bagaimana pula seorang ayah – yang tidak mengandung – boleh memberi kesan pada perkembangan otak atau IQ anak?
Sebenarnya, faktor yang mempengaruhi keadaan bayi bermula sebelum mereka tercipta lagi! Stress berlebihan yang dialami oleh si ayah mungkin akan menyebabkan beberapa perubahan kepada sperma.
Sperma yang berubah ini kemudiannya mempersenyawakan telur ibu dan menghasilkan janin. Teori ini ada dibincangkan dalam satu kajian yang cuba melihat kadar pengaruh tahap stress ayah pada perkembangan minda bayi.
Apa yang berlaku bila golongan ayah stress?
Para pengkaji daripada School of Medicine dari University of Maryland menjalankan eksperimen pada satu kumpulan tikus. Kajian ini melihat peranan stress pada perkembangan otak anak-anak tikus.
Mereka menjalankan eksperimen ke atas tikus dewasa di mana ia didedahkan kepada persekitaran yang memberi stress yang bertahap sederhana.
Apa yang para pengkaji ini temui adalah anak-anak tikus ini mula kurang bertindak balas. Pengkaji mengaitkan keadaan ini pada kesan stress yang sama yang boleh berlaku kepada manusia seperti kemurungan dan PTSD (juga dikenali sebagai post-traumatic stress disorder).
Kenapa stress ayah mempengaruhi keadaan anak?
Jawapannya tersimpan dalam satu perkataan ini: genetik!
Antara salah satu tindak balas akibat stress adalah peningkatan mikroRNA yang dijumpai dalam sperma tikus yang mengalami tekanan.
Kalau anda nak tahu, mikroRNA boleh mempengaruhi genetik sperma ayah dan ia seterusnya mempengaruhi keadaan anak-anak kita kerana mereka mewarisi genetik kita!
Molekul mikroRNA telah dikaitkan dengan beberapa keadaan psikiatri dan ia juga membawa kepada beberapa tingkah laku seperti sentiasa berada dalam ketakutan atau kegusaran.
Jika sebelum ini kita selalu menekankan keadaan ibu yang sempurna ketika hamil, mungkin kajian ini akan mengajar kita untuk memastikan supaya keadaan ayah juga sentiasa terjaga!
Kenapa? Kerana kedua-dua ibu ayah boleh memberi kesan kepada tumbesaran anak-anak.
Bagaimana cara tangani stress untuk mereka yang selalu tertekan?
Kalau anda selalu berasa tertekan sama ada di rumah atau di tempat kerja dan ingin tahu cara tangani stress yang betul, jom baca tip di bawah ini.
- Ambil masa untuk berehat. Kalau sudah lama tidak bercuti, minta annual leave dan pergilah melancong dengan keluarga untuk tenangkan fikiran.
- Luangkan masa dengan isteri dan anak-anak. Dengan buat aktiviti menyeronokkan, hati anda akan berasa gembira dan senyuman pun mudah untuk terukir di wajah!
- Kalau anda selalu terbeban dengan kerja, belajarlah untuk berkata “Sorry, no” atau “Maaf, saya tak boleh”. Kata-kata ini akan membebaskan anda daripada lebih bebanan kerja.
- Buat mereka yang beragama Islam, solat. Kalau nak lebih tenang, lakukan solat berjemaah di masjid. Banyakkan juga ingat Allah dan berzikir. Ketika fikiran anda lebih tenang, anda akan mula merasakan masalah yang dialami itu kecil sahaja.
- Luahkan perasaan. Ya, orang lelaki memang suka memendam rasa. Mereka ingin selesaikan masalah sendiri. Tapi, jika ia sampai membuatkan anda stress, luahkanlah pada isteri atau ahli keluarga anda yang lain. Lega rasanya nanti!
- Minta pertolongan profesional. Jangan sampai stress yang dialami mengganggu keadaan mental anda. Berjumlah dengan kaunselor. Mereka mempunyai ilmu untuk bantu anda!
Dengan cara tangani stress yang betul di atas, mungkin anda dapat berasa lebih tenteram dan gembira. Ingat, keadaan diri anda turut boleh mempengaruhi tumbesaran anak anda di masa depan nanti! Jadi, takmau stress-stress, ya!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Fenomena supermom buatkan para ibu semakin tertekan dan alami stress!
Baca juga: Akibat Terlalu Lama Berkurung Dalam Rumah, Kenali Simptom Cabin Fever Seperti Dialami Wanita Ini