Pernah tak anda rasa gelisah semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini? Adakah semuanya dalam keadaan baik bersama suami, isteri dan anak- anak?
Hal ini kerana PKP ini telah berlangsung hampir sebulan lebih di mana seluruh rakyat Malaysia digesa untuk terus berada di rumah, melakukan penjarakan sosial dan tidak keluar beriadah di luar rumah.
Walaubagaimanapun, tentu ada dalam kalangan kita khususnya para ibu yang mengalami satu keadaan di mana stres dan tertekan dengan perasaan.
Ini disebabkan, isteri perlu melakukan rutin yang sama setiap hari seperti memasak, mengemas rumah, membasuh dan lain-lain hingga merasakan diri tertekan dan tidak ada lagi masa untuk me time.
Rasa gelisah semasa PKP, apa itu Cabin fever?
Seperti perkongsian wanita ini di mana dia mengalami gejala yang dipanggil dengan nama Cabin Fever gara-gara berkurung terlalu lama di dalam rumah sepanjang tempoh PKP berlangsung.
Menurut beliau, sudah hampir 2 hari beliau mula menunjukkan simptom stres dan tekanan perasaan.
Hal ini kerana, beliau langsung tidak keluar rumah sepanjang tempoh berkenaan.
Apatah lagi, sebelum Kementerian memberi cadangan wanita berhias di dalam rumah, beliau sendiri sudah memulakannya dari awal.
Di mana beliau bermekap secaran nipis di dalam rumah dan memakai pakaian kerja.
Selain itu, menurutnya lagi dia memilih pakaian yang berwarna terang supaya nampak lebih segar.
Juga memakai perfume supaya tubuh lebih berbau harum sekaligus berhias untuk suami terus untuk mendapat ganjaran pahala yang tak disangka.
“Selepas berhias, suami dan anak-anak terkejut dengan perilaku saya di rumah. Saya beritahu suami, saya perlu begini supaya tidak mengalami stres.
“Bayangkan hari demi hari, saya seperti meraung dan merintih dalam jiwa. Ini kerana saya ingin keluar tapi timbul perasaan takut-takut,” ujarnya.
Dalam masa yang sama, pelbagai aktiviti yang dia cuba lakukan namun simptom yang dialami semakin ketara.
“Rasa nak marah anak dan suami selalu ada. Malah sering rasa gelisah, jantung berdegup laju, sukar nak lelapkan mata dan baca Al-Quran mesti lembap. Sebab asyik salah.
“Saya seolah tidak dapat memproses patah-patah perkataan dalam Quran tersebut. Kalau waktu malam, jam dua hingga tiga baru dapat tidur. Saya tahu saya perlukan bantuan,” katanya berkongsi cerita.
Buat ujian depression anxiety stress selepas rasa gelisah
Kemudian dalam diam beliau ambil ujian DASS (Depression Anxiety Stress Scales) secara dalam talian online.
“Walaupun MRA ada sediakan bantuan dan khidmat Psikologi & Kaunseling untuk sukarelawan tapi saya fikir agak melampau jika saya dapatkan khidmat tersebut sedangkan saya tidak pernah turun ke lapangan.
Seterusnya beliau berbincang dengan suami dan berasa lega bila suaminya mulai memahami.
Beberapa arrangement mula dibuat untuk suami membantu dirinya di rumah.
Kemudian kaunselor sekolah atau teman kesayangannya berkongsi sekeping foto yang berkaitan dengan Cabin Fever.
Cabin Fever ini adalah satu keadaan di mana emosi dan perasaan sedih yang dialami akibat terlalu lama terasing dan terkurung di dalam rumah atau di tempat-tempat tertentu.
Ia berlaku disebabkan terputus hubungan dengan dunia luar yang boleh menyebabkan munculnya masalah Cabin Fever ini.
Beliau berharap dengan perkongsian ini semua pihak lebih berwaspada dengan gejala yang berlaku kerana ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.
“Alhamdulillah saya rasa lebih baik dan melakukan misi selepas 26 hari tidak keluar dari pagar rumah,” akhirinya.
Tips tangani Cabin Fever
Sebenarnya Cabin Fever ini kerap berlaku di luar ngera semasa musim sejuk yang dikenali sebagai Seasonal Affective Disorder di mana banyak ativiti harian terbatas dek kerana sebab-sebab tertentu.
Malahan ia juga boleh dirasai oleh individu yang duduk terkurung dalam penjara yang biasanya dialami oleh mereka yang bergelar banduan.
Walaubagaimanapun, ada cara yang dapat mengatasi masalah ini seperti berikut:
#1. Redha
Sebenarnya ada hikmah di sebalik sesuatu ujian dan yang paling penting kita harus redha dengan perkara yang berlaku sekaligus hati rasa lebih aman dan tenteram.
#2. Cuba buat hobi baru
Selain itu, jika berasa diri tertekan dengan keadaan sekeliling, apa kata anda cuba melakukan hobi baru semasa tempoh PKP misalnya melukis, membuat hiasan deko rumah, cat rumah dan sebagainya.
Sekaligus ia dapat mengisi masa lapang anda dengan lebih baik.
#3. Bermeditasi
Bermeditasi ini adalah di mana anda melakukan beberapa teknik tertentu bagi mengawal pernafasan secara perlahan-lahan.
Apatah lagi anda boleh melakukan teknik ini semasa berwirid selepas solat atau pilih waktu yang sesuai untuk melakukannya.
#4. Amalan pemakanan sihat
Mengamalkan makanan segera, berlemak dan bergoreng sebenarnya lebih terdedah dengan risiko ini.
Jadi sebaiknya anda amalkan makanan yang lebih sihat dan berkhasiat sekaligus tubuh rasa lebih ceria dan bersemangat.
#5. Membaca atau melayari internet
Sekarang ini boleh dikatakan teknologi serba moden, jadi dengan cara ini anda dapat membuat video call atau bermain game bersama rakan-rakan yang lain secara atas talian. Sekaligus, dapat lepaskan tekanan itu dengan cara terbaik.
Kalau rasa membaca dapat mengurangkan stres anda, apa kata anda beli banyak buku, novel, majalah atau apa saja bahan bacaan yang anda perlukan.
Sekaligus dapat penuhkan minda anda dengan sesuatu yang lebih bermanfaat.
Justeru di harap perkongsian ini bermanfaat dan terus kekal positif serta berada di rumah sehingga wabak ini berakhir.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: Nurul Izzati Jusoh
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga
https://my.theasianparent.comtanda-stress-pada-wanita
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!