Anak Meragam Nak Main Di Luar Rumah, Ini Cara Menasihati Mereka Bahaya Covid-19

Pergerakan agak terbatas ekoran penularan Covid-19, ibu ayah perlu memainkan peranan dalam memilih cara terbaik menasihati anak-anak agar kekal di rumah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pandemik Covid-19 melanda negara masih belum berakhir. Meskipun kebelakangan ini hanya mencatatkan kes dalam angka kecil, namun ibu ayah jangan terlalu cepat untuk menarik nafas lega. Justeru, anda berperanan dalam memikirkan cara terbaik dalam menasihati anak-anak agar sentiasa kekal di dalam rumah.

Tidak dinafikan bahawa anak-anak yang semakin membesar akan teruja untuk menerokai dunia. Namun, dengan wabak jangkitan penyakit misteri ini adalah perlu mematuhi setiap arahan pihak berkuasa supaya anda atau ahli keluarga bukan mangsa yang seterusnya!

Cara terbaik menasihati anak-anak duduk di rumah

Memandangkan wabak Covid-19 ini akan menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira usia, status sosial atau agama, ibu ayah perlu sentiasa menjadi role model untuk anak-anak.

Tempoh isolasi di rumah yang diteruskan sehingga 9 Jun ini perlu diisi dengan aktiviti berfaedah seperti family bonding dengan melakukan kuih raya, meningkatkan amal ibadah serta menunaikan solat berjemaah bersama.

Namun, tidak semua anak-anak mampu mendengar kata di rumah dan mungkin akan curi-curi untuk bermain di luar rumah, kan?

Justeru, amalkan beberapa cara terbaik ini untuk menasihati mereka agar kekal selamat di dalam rumah. Antaranya:

#1. Penjelasan menggunakan bahasa yang mudah difahami

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara terbaik untuk menasihati anak agar tidak keluar rumah perlu menggunakan bahasa dan ayat mudah bagi membolehkan mereka memahaminya.

Ajak si kecil anda untuk berbincang tentang virus Corona dengan suasana yang menyenangkan. Bagi menambahkan lagi akan bahaya wabak penyakit ini, ibu ayah boleh mengambil contoh dari bayi yang disahkan positif Covid-19.

Nyatakan sebab dan akibat sekiranya mereka ingkar akan nasihat ini agar mereka tidak berdepan risiko Covid-19.

#2. Gunakan alat bantu ketika menjelaskan tentang wabak penyakit

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara kedua yang boleh anda lakukan ialah menggunakan alat bantu yang berupa video penjelasan mudah. Pelbagai maklumat disediakan dalam saluran Youtube mahupun internet mampu memberi kesedaran akan bahaya Covid-19.

Selain menonton bersama, ibu ayah perlu turut serta memberikan penerangan sampingan. Lagi berkesan sekiranya pada akhir tontonan tersebut, anda sediakan beberapa soalan mudah untuk menguji sejauh mana mereka memahami wabak ini.

#3. Ajar anak untuk aktif menjaga kebersihan diri

Cara menasihati anak-anak supaya tidak keluar rumah bukanlah bergantung kepada komunikasi verbal semata-mata. Ibu ayah juga boleh mengajarkan tentang aspek menjaga kebersihan diri dan kebaikannya untuk kesihatan.

Sebagai contoh, amalan mencuci tangan dengan betul dan kerap mandi dengan menggunakan sabun serta memberus gigi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekiranya mereka dilatih dengan penjagaan kebersihan dengan baik, ini sekaligus membantu mengurangkan serangan pelbagai jangkitan kuman.

#4. Bersama melakukan aktiviti yang menyeronokkan

foto: gettyimages

Bagi menghindari permintaan dan keinginan anak kecil keluar rumah, ibu ayah perlu saling bekerjasama menyediakan pelbagai aktiviti di rumah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini adalah cara terbaik daripada mencegah anak-anak meragam atau berasa tertekan akibat tidak dibenarkan keluar bermain dengan rakan-rakan mereka.

Sememangnya dalam berbicara dengan anak-anak adalah sesuatu yang memerlukan kesabaran tinggi kerana mereka sukar menerima sepenuhnya nasihat daripada anda.

Justeru, anda perlulah bersikap lebih kreatif dalam berkomunikasi dengan anak tanpa perlu meninggikan suara.

#5. Bicara penuh kelembutan dari seorang ibu

Setiap ibu mempunyai peranan yang cukup besar dalam mengekang penularan pandemik Covid-19 serta mengurus seisi keluarga sepanjang tempoh isolasi ini.

Menurut pakar psikologi, Dr. Fauziah Mohd Saad, ibu memiliki kuasa ‘luar biasa’ dan merupakan insan penting dalam mempengaruhi isi rumah bagi setiap perkara seperti mendidik keluarga, memantau anak-anak serta memberikan nasihat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekiranya anda mempunyai pengetahuan tentang Covid-19, bagaimana jangkitannya dan langkah berjaga-jaga, adalah lebih senang untuk ibu mengajarkan kepada anak-anak pula.

Cara lebih kreatif untuk memastikan anak tidak bosan di rumah adalah mengajaknya melakukan aktiviti berfaedah seperti memasak, membersihkan rumah atau bermain permainan video.

Dalam hal ini, ibu adalah orang pertama yang akan dirujuk oleh ahli keluarga. Sekiranya perlu mendapatkan barang keperluan, pastikan hanya suami sahaja yang keluar dengan memakai topeng penutup muka dan hand sanitizer.

Anak-anak akan mempelajari sesuatu dari apa yang mereka dengar dan lihat di sekeliling. Justeru, pastikan anda memberi nasihat dengan lembut tentang wabak Covid-19 ini dan menunjukkan contoh terbaik kepada anak-anak.

Sumber: Pop Mama, Astro Awani

Kredit foto: Google

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.compenyakit-darah