8 Cara Tidur Bersama Anak Anda Boleh Membentuk Personaliti Mereka

Pakar-pakar tidur berkongsi pendapat bagaimana tidur bersama bermanfaat untuk anak anda! Bacalah di sini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tabiat tidur kanak-kanak seolah-olah telah menjadi salah satu isu yang boleh memecah-belahkan hubungan ibu bapa. Biasanya, topik ini dibahagikan kepada dua pendapat umum.

Idea yang pertama adalah anak-anak perlu tidur di katil mereka sendiri dan di dalam bilik tidur mereka sendiri.

Sudut pandangan lain pula mempercayai bahawa tidak penting di mana anak-anak itu tidur. Ibu bapa yang percayakan teori ini seringkali tidur bersama dengan anak-anak mereka.

Kajian demi kajian dilakukan untuk memahami kebaikan anak tidur bersama ibu bapa

Michael J. Breus, seorang ahli psikologi dan pakar gangguan tidur klinikal, ada menjalankan satu kajian pada tahun 2011.

Berdasarkan artikel yang disiarkan oleh Psikologi Today, ramai pakar mendapati berkongsi katil tidak memberikan kesan negatif terhadap perkembangan kognitif atau tingkah laku kanak-kanak.

Menurut pakar-pakar terkemuka dalam bidang ini, tidur bersama anak anda sebenarnya memberi kesan positif kepada perkembangan kognitif atau tingkah laku kanak-kanak.

Berikut adalah 8 cara bagaimana tidur bersama ibu bapa dapat membantu personaliti anak anda dalam jangka masa panjang:

1. Meningkatkan keyakinan diri

Menurut laporan dari Healthy Child, satu kajian telah mendapati “anak lelaki yang tidur bersama dengan ibu bapa mereka antara masa kelahirannya dan ketika berumur lima tahun mempunyai nilai diri yang lebih tinggi dan mengalami kurang rasa bersalah.”

Joanne Crawford percaya bahawa tidur bersama boleh dikaitkan dengan tahap keyakinan dan nilai diri yang tinggi disebabkan oleh hakikat bahawa tidur bersama mencerminkan penerimaan ibu bapa terhadap dirinya.

2. Lebih penyayang

Menurut Healthy Child, kajian yang dijalankan oleh R.J. Lewis dan L.H. Janda telah mendapati bahawa anak perempuan yang tidur bersama ibu ayah akan kurang mengalami ketidakselesaan mengenai sentuhan fizikal dan kasih sayang apabila mereka dewasa.

Dalam erti kata lain, kanak-kanak yang tidur bersama dengan ibu bapa mereka membesar menjadi lebih terbuka kepada pelukan dan biasanya lebih penyayang di kemudian hari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Tingkah laku yang lebih baik di sekolah

Dr. William Sears melaporkan bahawa “kanak-kanak yang tidur bersama seringkali lebih baik kelakuannya di sekolah.”

Kajian dari Healthy Child bersama dengan J.F. Forbes juga telah dibuat, di mana ibu bapa yang tidur bersama anak mereka telah dianalisis dalam kajian tersebut.

Penyelidikan ini mencadangkan, berdasarkan dari respon guru-guru mereka, yang anak yang tidur bersama ibu ayah mendapat penilaian tingkah laku dan kelakuan yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang tidur bersendirian.

4. Dapat belajar untuk berdikari lebih cepat

Ramai orang ingat jika kita tidur bersama anak-anak, mereka akan terlalu bergantung atau manja dengan kita.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

University of Mother-Baby Behavioral Sleep Lab Notre Dame ini melaporkan yang sebaliknya!

Menurut penemuan mereka, “tidur bersama menghasilkan sikap berdikari dan sara diri dalam kanak-kanak.

Di samping itu, Michael J. Breus menyatakan bahawa “tidur bersama tidak akan memperlahankan pembelajaran anak-anak anda untuk memulakan tabiat tidur yang sihat .”

5. Kurang masalah psikologi

Kajian J.F. Forbes yang dinyatakan di atas juga menunjukkan bahawa, secara umumnya, kanak-kanak yang tidur bersama ibu ayah sejak kecil akan mengalami kurang masalah psikologi.

Seperti ditulis oleh Dr William Sears, “kami jarang mendapati kanak-kanak yang tidur bersama ibu bapa mereka di dalam psikiatri sub-populasi yang dikaji [dalam kajian Forbes].”

6. Sentiasa berfikiran positif

Anak kecil yang tidur bersama ibu bapa juga telah menunjukkan masa tidur yang lebih lama dan mampu lena dengan lebih cepat berbanding kanak-kanak yang tidur bersendirian.

Dr. Sears menyatakan bahawa “kanak-kanak yang tidur di tempat tidur ibu bapa mereka akan masuk tidur dengan lebih cepat dan tidur lebih lena.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ringkasnya, kanak-kanak tidur lebih cepat, lebih tenang dan untuk tempoh yang lebih lama.

Ini akan memberikan kesan bermanfaat pada hari-hari berikutnya dan memberikan semangat yang positif pada diri anak-anak anda.

7. Bahagia, kurang tantrum dan marah

University of Mother-Baby Behavioral Sleep Lab Notre Dame juga telah menganalisis dan mengesahkan penemuan daripada kajian Bahasa Inggeris yang dikendalikan oleh P. Heron.

Pada asasnya, mereka membuat kesimpulan bahawa “kanak-kanak yang tidak pernah tidur di atas katil ibu bapa mereka cenderung untuk menjadi kurang gembira, mereka mempamerkan lebih banyak tantrum, dan lebih cepat takut daripada kanak-kanak yang tidur bersama ibu bapa mereka secara konsisten.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

8. Kurang rasa kebimbangan

Kajian Lewis dan Janda juga mendapati kanak-kanak yang tidur bersama pada usia muda mengalami kurang perasaan bimbang (dan risiko gangguan kebimbangan) berbanding kanak-kanak yang tidur bersendirian.

Dr. Sears bersetuju dengan dakwaan ini kerana dia percaya anak-anak yang tidur bersama ibu ayah akan menunjukkan rasa kebimbangan yang sedikit.

Tahap kebimbangan yang kurang mungkin disebabkan oleh rasa kurang takut apabila cuba untuk masuk tidur dan juga ketika sedang tidur.

Jadi, bagaimana? Adakah anda akan mula mengizinkan anak anda tidur bersama di kamar tidur anda berdua? Semuanya terserah kepada prinsip dan pandangan anda!

Rencana diterjemahkan daripada The Asian Parent Singapore.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Michelle Goh