Agak-agaknya, ada tak cara lipat baju paling cepat agar kerja rumah dapat disiapkan lebih pantas?
Setiap orang, tidak kiralah perempuan mahupun lelaki, mesti benci melakukan kerja rumah. Kerja rumah ini harus dilakukan untuk mendisiplinkan diri dan menyediakan diri untuk menguruskan rumahtangga setelah berkahwin kelak.
Melipat Kain Adalah Kerja Rumah Yang Membosankan!
Antara tugas menguruskan rumah yang paling membosankan adalah lipat baju dan seluar. Bukan sahaja pasangan yang berkahwin, orang yang bujang pasti bosan dengan kain yang menimbun jika kain tersebut tidak dibasuh atau dilipat dalam tempoh yang ditetapkan.
Aktiviti lipat kain dalam masa yang pendek perlu dilakukan dengan penuh perancangan dan strategi agar anda boleh menguruskan masa anda dengan bijak dan mempunyai masa yang terluang untuk menyiapkan kerja rumah yang lain!
Cara Lipat Baju Dengan Lebih Cepat Dan Efisien
Asingkan kain mengikut kategori tertentu dengan bakul yang berbeza. Bakul yang dipilih mestilah sederhana saiznya supaya kain yang diisi cepat penuh agar memberi gambaran ataupun mainan psikologi kepada minda kita bahawa kain yang dilipat tidak lah banyak sangat.
#1 Sediakan Bakul Berasingan
Sebagai contoh, sediakan bakul kain untuk setiap anak. Didik anak untuk gunakan bakul kain sendiri untuk meletak baju kotor mahupun mengangkat kain sendiri di dalam bakul sendiri.
Tips ini juga boleh dilakukan untuk orang yang bujang. Asingkan baju dan seluar di dalam bakul atau baldi yang beza.
Masa menjemur kain, ini akan memberikan ilusi kepada diri bahawa kain yang dibasuh tidaklah banyak mana dan memberikan kita fokus untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
#2 Menggulung Baju
Salah satu lagi tips untuk melipat baju dan kain sendiri mahupun anak-anak dengan melipat dan menggulung baju tersebut dan bukannya susun bertingkat.
Ini adalah untuk menjimatkan masa mencari baju dan mengemaskan baju di dalam almari.
Tips ini sangat berguna dan bermanfaat untuk pasangan yang sudah mempunyai anak ataupun bujang, diharapkan anda boleh menggunakan tips ini untuk memudahkan hidup anda. Sekarang, tugas melipat kain menjadi senang sekali!
Rencana dipetik daripada Laman Facebook Syikin Zahir