7 Cara Buat Anak Di Atas Katil Agar Isteri Cepat Hamil, Pasangan Baru Kahwin Wajib Tahu!

undefined

Cara buat anak yang berkesan boleh dilakukan dengan mencuba beberapa posisi seks di atas katil seperti missionary, doggy style dan spooning.

Meskipun ramai pasangan yang sudah mendirikan amat mengharapkan kehadiran cahaya mata, tetapi ternyata tidak semua diberikan rezeki dengan cepat. Namun tidak salah untuk mencuba beberapa cara buat anak ini sebagai ikhtiar hamil.

Cara Buat Anak Di Atas Katil Anda Boleh Cuba

Berdasarkan teori sekiranya anda masih berada di bawah usia 35 tahun, tubuh dalam keadaan sihat dan boleh melakukan hubungan intim secara teratur tanpa menggunakan alat pencegah kehamilan.

Jadi, kehamilan seharusnya terjadi dalam waktu sekitar 6 bulan sehingga 1 tahun. Namun kadang-kadang ada pasangan perlu berusaha lebih bagi mendapatkan cahaya mata.

Berikut adalah beberapa posisi seks yang umum dan popular yang boleh dicuba oleh pasangan, terutamanya pasangan yang baru berkahwin:

1. Posisi Seks Paling Umum: Missionary

Posisi ini adalah yang paling mudah dan popular, di mana isteri berbaring telentang dan suami berada di atas. Proses penetrasi zakar ke dalam faraj berlaku secara perlahan dan tertib, menjadikannya pilihan terbaik untuk pasangan baru.

2. Doggy Style

Posisi ini sering digemari oleh lelaki kerana ia memberi peluang untuk mendayung dengan lebih lancar dan memberi kepuasan maksimum. Isteri hanya perlu menonggeng, manakala suami akan melakukan penetrasi dari arah belakang.

3. Woman on Top

Jika isteri ingin mengemudi bahtera asmara, posisi ini sangat sesuai. Suami berbaring di bawah, sementara isteri duduk di atas dan mengawal rentak serta ritma penetrasi.

Menariknya, isteri boleh memilih sama ada untuk menghadap atau membelakangi suami.

4. Mountain Magic

Bagi pasangan yang masih dalam fasa cinta selepas berkahwin, posisi ini memberi peluang untuk saling tatap wajah. Caranya, pasangan perlu duduk bertentangan dengan kaki sedikit dibengkokkan dan menyesuaikan posisi agar penetrasi dapat dilakukan dengan lancar.

5. Spooning

Posisi yang sesuai untuk pasangan yang ingin lebih santai. Dengan hanya berbaring mengiring, suami boleh mendakap isteri dari belakang sambil melakukan penetrasi. Selain itu, suami boleh merangsang tubuh isteri dengan cara yang lebih intim.

6. Pretzel Dip

Posisi ini adalah variasi daripada missionary yang agak rumit. Isteri berbaring mengiring dan suami melakukan penetrasi pada kedudukan yang sedikit senget. Jika posisi ini sukar, bantal boleh digunakan untuk menyokong kedudukan badan.

7. Posisi 69

Posisi seks oral ini memungkinkan kedua-dua pasangan merasai kepuasan seksual serentak. Walaupun tidak efektif untuk hamil, ia tetap memberi pengalaman seksual yang memuaskan.

Semoga penjelasan ini dapat membantu dalam pemilihan posisi yang sesuai. 😊

Tips Buat Anak Yang Meningkatkan Peluang Kehamilan

1. Santai dan Hindari Stres

Apapun yang terjadi dalam perjalanan rumah tangga, didiklah diri untuk sentiasa bertenang agar anda tidak tertekan. Jika ada kawan atau ahli keluarga yang sudah pun mengandung, usah berasa sedih dan nikmati dengan sebaiknya hidup berdua dengan pasangan.

Berdasarkan kajian, pakar telah membuktikan bahawa wanita sihat yang menginginkan kehamilan tidak boleh mengalami stres. Hal ini boleh mengurangkan peluang untuk mengandung meskipun anda sedang berada dalam fasa subur.

2. Tidak Berolahraga Berlebihan

Melakukan aktiviti olah raga sememangnya baik untuk kesihatan. Namun, jika berlebihan ia boleh menyebabkan sukar hamil. Ini kerana pituaitary atau kelenjar bawah otak tidak merangsang sel telur berovulasi.

Adalah lebih baik anda mengurangkan kekerapan berolahraga untuk 3 kali sahaja seminggu lebih kurang 30 minit. 

3. Pilih Posisi Seks Yang Terbaik

Gaya seks missionary atau suami berada di atas membolehkan sperma cepat berenang setelah ejakulasi. Anda juga dinasihatkan agar tidak menggunakan cecair pelincir kerana ia boleh menjejaskan kualiti sperma.

Lakukan foreplay untuk membolehkan vagina mengeluarkan cecair secara semula jadi. Sebaiknya setelah melakukan hubungan intim, isteri hendaklah berbaring selama 10 hingga 15 minit. Anda juga hendaklah mengosongkan pundi kencing terlebih dahulu agar tidak terburu-buru buang air kecil.

4. Amalan Pemakanan Yang Sihat

Terap rutin harian yang sihat termasuklah pengambilan makanan berkhasiat bagi memenuhi keperluan tubuh badan sekiranya ingin cepat memiliki anak. 

Bagi wanita, makanan seperti keju, susu, yogurt, kekacang dan minyak zaitun mampu meningkatkan tahap kesuburan. Manakala, para suami digalakkan untuk mengambil tembikai, ikan salmon, tomato, susu rendah lemak bagi menambah jumlah dan kualiti sperma.

5. Kerap Bersama

Jangan hanya bersama dengan pasangan ketika menghampiri tarikh datang bulan sahaja, ya! Menurut pakar, terdapat banyak kes proses persenyawaan tidak berlaku langsung.

Jika anda berusia kurang dari 35 tahun, cuba untuk hamil sehingga  tahun adalah situasi yang normal. Justeru berhubungan intim sebanyak 2 hingga 3 kali dalam seminggu amat disarankan.

6. Perhatikan Waktu Subur

cara cara buat anak

credit to sources

Cara untuk membuat anak yang seterusnya ialah anda perlu mengetahui bahawa sperma hanya dapat bertahan selama 5 hari di dalam lendir serviks. Sedangkan sel telur boleh bertahan 24 jam sahaja setelah ovulasi.

Hak inilah yang membuatkan sebahagian besar kehamilan terjadi pada pasangan berhubungan intim 2 hari sebelum ovulasi. Seks bagi merancang kehamilan perlulah memperhatikan waktu yang tepat supaya terjadi proses persenyawaan ketika masa subur.

Untuk menghitungnya, anda boleh menggunakan kalkulator ovulasi.

7. Pemeriksaan Kesihatan dan Imunisasi

Sekiranya kesemua tips dan cara membuat anak supaya cepat hamil di atas sudah pun anda cuba, namun selama 1 hingga 2 tahun masih tidak menunjukkan hasil, bolehlah lakukan cara ini pula.

Pilih klinik pakar kesuburan dan lakukan pemeriksaan kesihatan. Ia mungkin memerlukan ujian darah bagi mengetahui kemungkinan penyakit yang mengurangkan keberhasilan persenyawaan atau boleh membahayakan janin seperti HIV, Hepatitis B dan sifilis.

Pastikan juga anda dan pasangan mendapatkan imunisasi rubella agar terhindar dari sebarang jangkitan kuman.

Kesimpulannya selagi masih memiliki rahim, anda berpeluang untuk memiliki anak. Cepat atau lambat, sentiasalah berdoa kepada sang pencipta kerana hanya Dia mengetahui yang terbaik buat anda dan pasangan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ini Yang Terjadi Dalam Otak Manusia, Bila Sedang Ghairah Menikmati Seks Bersama Pasangan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!