6 Kata-Kata Semangat Untuk Pesakit Kanser, Dan Cara Menghadapinya - Jangan Give Up!

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah nasib pesakit kanser. Ini beberapa kata kata semangat untuk pesakit kanser yang berguna.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gambar dari blog Erienalynn

Ini adalah luahan hati blogger Erienalynn yang menghidap kanser. Yang menakutkan ialah, sakit tekaknya yang telah menjadi kanser. Nasihat beliau adalah berikut:

Kata-Kata Semangat Untuk Pesakit Kanser: Redha dan Pasrah

Gambar dari blog Erienalynn

Anda harus ingat, hidup senang mahupun susah ialah ujian yang Tuhan sudah tetapkan. Salah satu ujian yang Tuhan sudah tetapkan adalah sakit. Diuji dengan sakit kronik. Sakit itu tandanya Tuhan mahu menghapuskan dosa-dosa silam kita.

Ataupun sakit yang Tuhan berikan adalah salah satu tanda kasih sayang Tuhan terhadap hambanya, kerana Tuhan rindukan rintihan hambanya yang berdoa kepadanya.

Jika anda boleh melepasi ujian dan dugaan seperti ini, percayalah anda akan dikurniakan kesihatan yang lebih baik dan lebih menghargai kesihatan yang diberikan.

Luahkan perasaan anda

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gambar dari blog Erienalynn

Luahkan perasaan anda kepada orang yang tepat. Kawan rapat, ibu bapa mahupun pakar motivasi. Jika keluarga dan rakan-rakan tidak dapat membantu banyak, percayalah mereka sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang anda lalui dengan mendengar rintihan anda dan keluhan anda. Anda akan menjadi orang yang lebih tenang menghadapi ujian ini.

Jika anda telah dikesan menghadapi kanser, anda boleh mendapatkan sokongan daripada badan-badan kebajikan ataupun NGO. Dapatkan sokongan daripada golongan senasib anda.

Golongan seperti ini lebih memahami dan menyelami perasaan anda, kerana mereka sudah lama menghidapi penyakit ini dan sudah tahu menghadapi tekanan perasaan akibat menderita penyakit kanser.

Cari hobi yang boleh menggembirakan tetapi berpadanan dengan situasi kesihatan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gambar dari blog Erienalynn

Cari hobi yang menyeronokkan, tetapi berpadanan terhadap tahap kesihatan anda. Jangan biarkan fikiran anda larut dibuai kesedihan. Hidup mesti diteruskan. Selagi anda hidup di dunia ini, anda harus berjuang dan hidup demi orang tersayang.Ahli keluarga dan rakan anda masih menyayangi anda dan mereka seboleh-bolehnya tidak mahu kehilangan anda.

Cari hobi yang menyeronokkan seperti bermain catur, sudoku, mewarna ataupun menjahit mahupun mengait. Bagi lelaki, anda masih boleh mencari hobi anda, seperti belajar membaiki perabot, kraftangan belajar kemahiran-kemahiran baru. Sesungguhnya dunia belum berakhir dan anda masih ada harapan untuk sembuh.

Belajar merehatkan diri

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gambar dari blog Erienalynn

Terima hakikat bahawa anda sakit. Anda tidak boleh bergerak aktif dan lasak seperti dulu. Maka, anda harus belajar menenangkan diri. Dengarlah lagu yang boleh mendamaikan diri dan dan membuat anda tenang seperti music yang lembut. Selain itu, belajar teknik pernafasan yang betul untuk anda menenangkan diri.

Masih ada peluang untuk anda belajar teknik yoga yang asas, tetapi bukan yang rumit.

Berdoa

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berdoalah kepada yang Esa. Setiap orang mempunyai kepercayaan terhadap Tuhan mengikut ajaran agama masing-masing. Terimalah kenyataan bahawa Tuhan berkuasa terhadap sesuatu perkara, dan sebagai makhluk-Nya yang lemah hanya mampu berdoa agar dikuatkan hati supaya dapat melepasi dugaan dan cabaran hidup di dunia dengan hati yang tenang. Muhasabah diri, perbaiki amalan dan berbuat baiklah terhadap orang lain mahupun haiwan. Sesungguhnya hidup di dunia hanyalah sementara.

Insurans adalah amat penting

Gambar dari blog Erienalynn

Kita tidak tahu apa yang akan berlaku di masa depan. Seelok-eloknya, belilah insurans yang boleh membayar kos perubatan jika anda jatuh sakit. Insurans juga haruslah membayar kos perubatan tinggi terutamanya kanser, penyakit hati, dan lain lain. Insurans juga haruslah juga membayar kos ubatan, ujian dan hospital.

Ujian dan dugaan yang diturunkan dapat menddidik hati anda supaya lebih bersyukur terhadap kehidupan yang diberikan, dan menghargai setiap saat dan masa diluangkan terhadap diri sendiri dan bersama orang tersayang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semua gambar dan artikel dari blog Erienalynn

Kita berdoa semoga kak sihat semula!

Penulis

Michelle Goh