Cara untuk wanita kekal selamat di Malaysia

Apa yang boleh seorang wanita lakukan bagi mengurangkan risiko keselamatan diri apabila bersendirian? Bagaimana pula jika diserang oleh penjahat? Teruskan membaca bagi mengetahui jawapannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bacalah tip-tip keselamatan bagi wanita

Dengan berat dia melangkah ke arah tangga untuk turun ke bahagian parkir.

Ada seorang lelaki sedang duduk menghisap rokok di anak tangga terakhir. Rina terus sahaja melangkah tanpa menghiraukannya.

Keadaan di bahagian parkir sudah lengang kerana hari sudah lewat malam. Sedang dia berjalan menuju ke arah keretanya,tiba-tiba dia terasa seperti diekori. Serta-merta bulu tengkuknya meremang.

Rina menoleh ke belakang dan lelaki yang tadinya duduk merokok di tangga kini berada di belakangnya dan semakin hampir.

Pernahkah anda atau orang yang anda kenali berada di dalam situasi seperti di atas? Tentunya sangat mengerikan,bukan? Di sini kami kongsikan beberapa situasi yang berpotensi mendedahkan kaum wanita kepada pemangsa lelaki dan perkara-perkara yang boleh anda lakukan sekiranya terjebak di dalam situasi tersebut.

1. Kawasan parkir – tempat ini memang merupakan kegemaran si penyangak terutamanya kawasan parkir bawah tanah (basement parking) kerana ianya sunyi dan tertutup.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

• Sekiranya anda meletak kenderaan di kawasan parkir bawah tanah,letak kenderaan anda berhampiran dengan pintu untuk ke lif/tangga bagi mengurangkan masa berjalan di kawasan parkir,sekaligus mengurangkan risiko anda diekori.

• Pastikan kunci kereta sudah berada di tangan sebelum anda sampai ke kawasan parkir.

• Peka dengan keadaan sekeliling sewaktu berjalan ke kereta. Jangan leka (contohnya berbual/menaip mesej di telefon,membaca facebook,mencari sesuatu di dalam beg) kerana anda tidak akan dapat bersedia dalam keadaan anda sibuk melakukan hal lain.

Berkait: Warn your kids about sexual predators!

• Sekiranya anda terasa seperti diekori sewaktu berjalan,bunyikan alarm kereta bagi menarik perhatian orang dan menakutkan si penyangak yang mungkin memang sedang mengekori anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

• Kunci pintu sebaik sahaja masuk ke dalam kereta.

Berkait: Increase of Rape Cases in Malaysia

2. Berjalan di kawasan sunyi

• Bawa payung. Bak kata pepatah,’sediakan payung sebelum hujan’. Tetapi bagi kaum wanita,payung juga boleh digunakan sebagai alat untuk menyelamatkan diri – bukan daripada hujan,tetapi daripada serangan penyangak.

• Jika diekori,pergi ke tempat yang ramai orang walaupun anda terpaksa menyimpang dari laluan sebenar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

• Sekiranya berada di dalam bangunan,guna lif untuk ke tingkat lain. Walaupun menaiki tangga adalah satu senaman hebat, tetapi ia bukanlah pilihan yang tepat sekiranya anda bersendirian. Kecualilah jka tangga itu berada di kawasan terbuka di dalam bangunan seperti di lobi/foyer.

Berkait: Women sexually harassed through erotic messages

3. Menaiki teksi bersendirian pada waktu malam

• Ambil nombor pendaftaran teksi yang anda naiki. Sebaik menaiki teksi, telefon ahli keluarga atau kawan anda untuk memberitahu mereka tentang teksi yang anda naiki. Sekiranya panggilan anda tidak berjawab,pura-pura sahaja bercakap di telefon supaya pemandu teksi itu tahu yang ada orang lain sudah tahu tentang teksinya dan sekiranya dia mempunyai niat jahat,tentunya dia akan berfikir berpuluh kali sebelum melakukannya.

• Jika pemandu teksi menyimpang dari laluan yang sepatutnya,jerut lehernya menggunakan tali beg tangan anda atau kolar bajunya sendiri. Tarik kolar bajunya sekuat hati kerana dia akan tercekik dalam beberapa saat sahaja.

Berkait: Casanova targets housewives

Sekiranya anda diserang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malang tidak berbau. Sekiranya anda tiba-tiba diserang,perkara paling penting adalah jangan panik. Otak kita tidak dapat berfikir dengan baik dalam keadaan panik. Ada beberapa tips untuk anda sekiranya anda diserang ketika bersendirian:

Seranga anggota badannya yang tertentu. Mata,bahagian kemaluan,leher – ini adalah anggota badan yang paling lemah apabila diserang. Cucuk mataya atau sembur dengan pepper spray,tendang bahagian kemaluannya,jerut lehernya – ini pastinya sangat menyakitkan bagi si penyangak itu!

Tarik perhatian orang. Jeritlah “Api!” dan bukannya “Tolong!”. Orang ramai lebih tertarik untuk melihat ‘kebakaran’ daripada mendedahkan diri kepada risiko keselamatan jika mereka membantu orang yang meminta “Tolong!”.

Langgar pokok atau tiang jika tiba-tiba ada orang jahat masuk ke dalam kereta anda ketika anda sedang memandu. Ini akan menarik perhatian orang. Jangan bimbang, beg udara kereta anda akan menyelamatkan anda daripada kecederaan teruk. Kereta tiada beg udara? Adalah lebih baik cedera ringan daripada dicederakan dengan lebih teruk oleh si penyangak itu.

Bersama-samalah kita menjaga keselamatan diri dan ingatkan orang-orang di sekeliling kita tentang kepentingan menjaga keselamatan diri. Sentiasa waspada terutama ketika bersendirian di luar kerana manusia ini rambut sama hitam,hati lain-lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Rujukan:

Personal Safety Tips

Teaching Women to SAve Their Own Lives

Basic Self-Defence Skills Women Should Learn