Sabun Mandi Kanak-Kanak Anti-Bakteria Head-To-Toe Yang Tak Keringkan Kulit, Rambut Pun Jadi Lembut Tak Kusut!

Carrie Junior hadir dengan sabun mandian kanak-kanak yang mampu melindungi mereka dari bakteria malah ia juga lembut pada kulit dan tidak mengeringkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mesti runsing ibu-ibu yang anak-anaknya kini sudah mula ke sekolah dan pusat asuhan. Macam mana nak melindungi diri mereka dengan kuman dan virus? Jangan risau, mandian antibakteria CARRIE BacBuster dari Carrie Junior pun boleh jadi salah satu cara untuk melindungi si kecil.

Selain itu ibu-ibu juga mesti bimbang dengan rambut anak yang makin panjang dan kusut. Kalau yang lurus tak mengapalah bagi rambut keriting memang jenuh nak syampu dan sikat. Lagi-lagi kalau sabun atau syampu yang digunakan itu mengeringkan rambut dan kulit.

Betul, memang banyak sabun head-to-toe anak yang berada di pasaran, tapi tahu tak, bukan semuanya selamat dan mesra pada kulit tau. 

CARRIE BacBuster hadir dengan ph rendah cukup selamat digunakan anak-anak

Sebelah kiri menunjukkan CARRIE BacBuster, kanan sabun dewasa, Kertas litmus menunjukkan tiada perubahan warna bermakna pH neutral manakala perubahan warna biru adalah pH alkali yang tinggi

Kalau anda nak tahu anda boleh pH sabun anak-anak anda. Seperti sabun Carrie Junior ini, ia mempunyai pH sangat rendah dan normal. Jadi ia selamat digunakan pada kulit anak-anak. Tak mengeringkan seperti sabun mandi antibakteria orang dewasa. 

Rangkaian Carrie Junior ini juga bebas alkohol, bebas buih, membunuh 99.99% bakteria.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lihat gambar di atas, ia adalah hasil ujian pH antara sabun aktibakteria dewasa dan CARRIE BacBuster. Boleh dilihat sabun mandian CARRIE BacBuster menghasilkan pH yang seimbang dan neutral!

Dan apa yang lagi menarik, baunya juga wangi! Ibu ayah juga boleh menggunakannya. Sesuai untuk seisi keluarga!

Cara memilih sabun mandi anak

Pilih produk semula jadi
Apabila anda memilih produk mandian untuk anak-anak kecil, sama ada syampu, sabun badan atau losen, apa yang berunsur semula jadi adalah idea yang baik. Pilih dari produk organik dan bebas toksin yang dperbuat dari bahan semula jadi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Produk penjagaan kulit harian orang dewasa mengandungi bahan kimia dan anak anda mungkin belum mempunyai jenis kekebalan untuk menangani tahap toksik yang tinggi. Juga, cari produk yang rendah kandungan pH agar ia selamat untuk kulit kanak-kanak dan tidak menyebabkan kekeringan.

Baca label dengan teliti
Sebelum memilih produk mandi untuk anak kecil anda, putar botol dan baca labelnya sehingga anda tahu dengan tepat apa kandungan di dalamnya. Pemeriksaan label yang cepat juga akan membantu anda memastikan produk tersebut telah diuji secara klinikal.

Sama seperti produk dewasa, kebanyakan produk bayi juga menggunakan bahan kimia untuk menambah wangian dan maklumat ini hanya boleh didapati dalam bentuk cetakan halus. Oleh itu, pilih sabun mandian anak anda dengan bijak, selalu luangkan beberapa minit tambahan untuk membaca label dengan teliti.

Dapatkan produk dengan ulasan yang baik
Banyak jenama yang mengambil kesempatan melabelkan rangkaian sabun mandian mereka selamat digunakan atas alasan mendapat rekomendasi dari pakar pediatrik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walau bagaimanapun anda boleh semak jenama organik yang betul  dengan meminta nasihat pakar pediatrik anak anda sendiri.

Walaupun anda membeli produk organik dalam talian, lakukan kerja rumah anda. Baca sebanyak mungkin ulasan orang ramai dan semak jenama itu sebelum anda memesan produk.

Hanya gunakan produk yang diuji secara klinikal jika bayi anda terdedah kepada alahan
Sekiranya anak anda terdedah kepada alahan, pastikan setiap produk mandian yang anda beli diuji secara dermatologi. Contohnya, beberapa syampu mempunyai agen berbuih CAPB (Cocamidopropyl Betaine) yang boleh menyebabkan reaksi alergi atau kerengsaan mata.

Oleh itu, pastikan anda memilih produk yang diuji dengan teliti semasa membeli untuk anak kecil anda.

Produk dari jenama yang sama

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan


Sebilangan besar jenama merancang produk mereka dengan bahan-bahan yang sama agar kesemua produk apabila digabungkan akan berfungsi dengan baik. Membeli pelbagai produk dari pelbagai jenama mengelirukan tubuh bayi anda dan ia harus dielakkan.

Contohnya, sabun mandian dari jenama X, syampu dari jenama Y dan losen pula dari jenama Z, kesemua itu mempunyai bahan-bahan berbeza, jadi apabila bercampur mudah memberikan reaksi dan kerengsaan kulit. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Nak Kulit Bayi Sentiasa Lembut? Ini 7 Pilihan Sabun Mandian Bayi Yang Selamat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan