Carseat Baby Jadi Musuh, Asal Letak Je Anak Menangis? Cuba Pasang White Noise!

Pasti ada ibu bapa yang sedang buntuk bagaimana mahu menghentikan tangisan bayi dalam carseat baby kan? Kadang kala anak menangis hingga hilang suara. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pasti ada ibu bapa yang sedang buntuk bagaimana mahu menghentikan tangisan bayi dalam carseat baby kan? Kadang kala anak menangis hingga hilang suara. 

Macam terseksa sangat dia dalam carseat baby itu. Kadang kala ibu bapa ini keliru pun ada, serba salah pun ada. Jika dikeluarkan sudah pasti bahaya, tetapi jika terus dibiarkan menangis sampai biru muka pula. 

Jadi apa yang boleh ibu bapa buat untuk hentikan tangisan anak ini? Jom kita baca perkongsian pakar mengenai tips bagaimana menghentikan tangisan anak dalam carseat baby.

Baca juga: Ibu Ayah, Mari Periksa Car Seat Anak Anda Dengan Bantuan Pakar!

Anak menangis dalam carseat baby, guna white noise tenangkannya

Menurut Konsultan Tangisan Bayi, Uswatun Hasanah Mohd Habib anak akan mula menangis apabila mereka rasa tidak selesa dengan situasi. Begitu juga dengan carseat, baby anda akan mula menangis bila dia rasa tidak selesa.

Faktor anak tidak suka carseat

Ada beberapa faktor yang menyebabkan anak tidak suka carseat dan ia juga bergantung kepada umur anak berkenaan. Ada beberapa peringkat:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Bayi

  • Lapar

Untuk anak 0-3 bulan tangisan di mana tangisan masih dalam bentuk reflek dan perkembangan sosial masih primitif, punca anak menangis sentiasa adalah kerana dia mahu mengalihkan rangsangan (stimuli) yang membuat dia rasa tak selesa.

Sebagai contoh anak ini mungkin lapar, terlalu panas atau sejuk dan lampinnya kotor atau basah. 

Maka checklist utama ibu bapa bila anak pada umur ini menangis dalam carseat baby adalah perkara ini. Adakah dia lapar? Tidak selesa? Panas? Sejuk? Bagi ibu bapa yang sudah buat checklist ini, tetapi anak masih menangis? Mesti pening kepala. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Berbaring di tulang belakang

Semasa dalam rahi, tidak pernah sekali pun anak manusia berbaring di tulang belakangnya. Mereka ‘berlipat dua’ (fetal position) dan terapung sepanjang masa. 

Namun bila lahir ke dunia, hampir separuh dari maa mereka perlu dihabiskan dengan berbaring di permukaan rata yang kaku. Disebabkan itu antara punca kenapa ana infant lebih mudah diam bila di angkat/peluk sambil bergerak/menari dan didodoi. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Terpisah dari ibu

Punca kedua di usia begini menangis di carseat ialah kerana dia terpisah dari ibunya. Sudahlah alam ini asing. Dia pula terpisah dari ibunya. Tangisan bayi memang asalnya di cipta untuk buat ibu merasa ‘stress’ sehingga bertindak mendatangi anak dan bukan mengabaikannya.

Jika bayi anda menangis ini tips yang diajarkan konsultan bagaimana untuk menenangkannya:

  1. Bedung. Ia meniru balutan dinding rahim.

  2. Bunyi white noise. Bunyian menenangkan kerana bayi telah hidup dalam rahim yang sentiasa berbunyi. Pilih sebarang bunyi yang anak suka. Seperti ada anak yang cukup gembira dengan bunyi enjin kereta semata-mata; ada anak yang suka dengan bunyi angin deras, maka boleh buka sedikit tingkap; ada anak yang suka dengan bunyi ombak, hujan dan sungai maka boleh bawa mesin white noisenya dan ada juga anak yang suka dengan bunyi lagu tertentu.
  3. Beri anak baju terpakai anda untuk di peluk dan di hidu anak.

  4. Kenderaan perlu sentiasa bergerak. Lebih banyak bumper lagi bagus. Kerana anak sudah 24 jam berhayun semasa di dalam rahim akibat terapung.
  5. Puting tiruan. Hisapan itu menenangkan kerana ia merendahkan tekanan darah dan menstabilkan degupan jantung. 

#2. Anak yang lebih berusia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hakikatnya, anak yang lebih berusia mempunyai lebih banyak sebab untuk menangis di dalam carseat:

  • Tak suka merasa terperangkap dan tak dapat bergerak bebas seperti fitrah anak kecil: meniarap, merangkak, berdiri,berjalan, memanjat
  • Tiada fahaman konsep sabar dan masa
  • Terikut menangis dengan adik beradik lain yang menangis
  • Tanda protes. Seawal usia 4 bulan anak dah explore konsep what comes next . Anak telah boleh menjangkakan kejadian yang bakal menyusul
  • Separation anxiety. Anak di usia 5-6 bulan telah mula faham konsep jarak. Bahawa ibunya dan dirinya ialah dua individu terpisah. Bahawa ibunya boleh pergi jauh dan laju darinya.
  • Manipulasi. Ya anak sudah bijak memanipulasi tangisannya seawal usia 9-10 bulan. Iaitu selepas terjadinya perkembangan mental bab kategori. Anak mula mengkelaskan setiap sesuatu dalam kumpulannya. Ia termasuk jenis emosi dan reaksi. Dia boleh menangis macam kena dera di satu waktu dan bertukar tersenyum sekelip mata.
  • Konsep kuasa. Jika anda ada anak berusia 13-14 bulan dan ke atas, anda pasti mula lihat anak anda sudah pandai ‘mengarah’. Misalnya mula pandai ambil kasutnya dan minta pakai kan sebagai tanda ajak jalan. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Uswatun Hasanah Mohd Habib

Baca juga: Terbeban Nak Beli Baby Car Seat, Jangan Risau Ini Cara Untuk Dapatkan Secara PERCUMA!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar