Jangan Salah Set Posisi Car Seat Hanya Sebab Nak Bagi Anak Baring, Boleh Undang Padah!
Carseat bayi dan kanak-kanak perlu dipasang dengan betul jika ingin meletakkan si manja dalam posisi baring. Sila rujuk manual pemasangan.
Carseat bayi merupakan perkara paling penting yang perlu dimiliki oleh setiap anak kecil. Pendek kata, benda ini adalah WAJIB ada di dalam setiap kereta ibu ayah.
Penyediaan car seat bayi sudah bagus, namun, adalah penting untuk ibu ayah pastikan posisinya dipasang dengan betul. Jika salah pasang, boleh undang padah kepada anak sendiri ya! Jangan ambil enteng. Bahaya berada di mana-mana, meskipun bayi sudah selamat di dalam carseat bayi.
Menerusi perkongsian pengguna facebook iaitu Noraseha Puad, posisi car seat yang diletakkan dalam kereta perlulah betul bagi memastikan fungsi kerusi keselamatan itu berada pada tahap optimum.
Isi Kandungan
Carseat Bayi Perlu Diletakkan Dalam Posisi Betul
Apa yang pentiing, harus diingat, jangan salah pasang posisi carseat bayi semata-mata nak bagi anak baring! Ia boleh undang padah pada anak. Ikuti perkongsian wanita ini:
“Posisi baring macam ini hanya boleh guna untuk posisi menghadap belakang. Anda akan nampak perbezaan pada kedua-dua gambar. Gambar di sebelah kiri adalah cara pemasangan yang betul iaitu kedudukan sudut baring, dipasang secara bayi menghadap ke ke belakang kenderaan. Gambar di sebelah kanan adalah cara pasang yang salah iaitu kedudukan baring bayi dipasang menghadap ke hadapan kenderaan.
“Kenapa salah?
- Sudut baring dan posisi tidak ikut manual car seat
- Pemasangan laluan tali pinggang keledar tidak ikut manual car seat
- Ruang atau gap di belakang car seat akan menyebabkan pemasangan car seat menjadi longgar
- Daya serapan impak harness tidak sekata disebabkan posisi yang salah
- Jika bayi masih kecil, kedudukan yangs alah ini boleh memberi tekanan yang berlebihan pada tengkuk dan celah kangkang bayi
Pemasangan Carseat Bayi Perlu Ikut Manual
Katanya, mana-mana pemasangan car seat haruslah mengikut manual yang diberikan. Ia tidak boleh ditukar sesuka hati mengikut keselesaan pengguna.
Ia kerana kerusi keselamatan sudah diuji menggunakan piawaian ECE atau FMVSS yang berfungsi mengekang anak sewaktu perlanggaran berlaku dengan syarat guna seperti cara car seat itu diuji.
“Rasa macam convenient baring, pilih baring. Rasa senang belit belt kot sini, belit janji melekat. Rasa anak selesa tambah itu ini, kita tambah. Bukan tau. Kalau kita tukar atau ubah ikut cara kita, sejauh mana car seat itu berfungsi jika takdir kemalangan berlaku? Mana yang tak tahu, jangan ubah, ikut saja manual, biar ikut skema, tak apa.”
Cara Pemasangan Carseat Bayi Dengan Betul
Tidak dapat dinafikan, kesilapan yang sering berlaku adalah pemasangan car seat bayi dengan salah iaitu dengan:
- Carseat menghala ke belakang.
- Carseat yang menghala ke depan dengan tali pinggang keledar lima titik.
- Kerusi Booster.
- Tidak membaca buku panduan terlebih dahulu.
Berikut merupakan kesalahan biasa yang sering berlaku. Oleh itu, untuk mengelakkan hal seperti ini terjadi kepada anda, ikuti tips ini untuk pemasangan carseat bayi dengan cara yang betul. Yang penting, keselamatan anak kecil terjamin.
#1. Ibu ayah perlu memastikan berat dan tinggi anak terlebih dahulu
Ibu ayah perlu memastikan car seat bersesuaian dengan keupayaan menahan berat anak. Bagi bayi yang baru lahir, gunakan tempat duduk kereta bayi khas yang direka untuk melindungi bayi.
#2. Pasang car seat dalam kedudukan yang betul
Letakkan di tempat duduk penumpang tengah, bukan di hadapan di sebelah pemandu. Seterusnya, pasangkan dengan ketat supaya ia dapat tahan hentakan. Anda boleh melaraskannya mengikut arahan untuk menggunakan tempat duduk kereta.
#3. Laraskan arah tempat duduk kereta
American Academy of Pediatrics (AAP) mengesyorkan agar bayi dan kanak-kanak kecil duduk di kerusi kereta menghadap ke belakang sehingga mereka mencapai had berat dan ketinggian maksimum. Ini pun penting juga ya, ibu ayah!
#4. Letakkan anak di tempat duduk kereta
Jika kerusi kereta sudah siap, dudukkan anak di kerusi kereta. Pastikan kedudukan mereka selesa, sama ada leher, tangan, kaki. Barulah tak merengek nak keluar dari car seat nanti.
#5. Kunci dan kemaskan tali pinggang keledar
Tali pinggang keledar kereta haruslah diikat dan dikunci dengan selamat sehingga anda mendengar bunyi ‘klik’. Tali pinggang keledar juga mesti sesuai dengan badan anak anda. Jangan terlalu ketat, dan jangan terlalu longgar. Tengok mereka selesa dan tak ‘marah’, itu sudah memadai.
Ibu ayah juga harus memastikan seat belt tidak longgar dan berpusing daripada bahu, dada, hingga ke pinggang anak.
Tips Pemilihan Carseat Bayi
Untuk ibu bapa baharu di luar sana, ini mungkin benda baru juga untuk anda. Sebelum ini hanya naik kereta berdua, pakai seat belt seperti biasa sahaja. Tapi bila dah ada anak kecil ini, keselamatan mereka adalah sama pentingnya dengan keselamatan anda sebelum ini.
Kita tidak mahu perkara/insiden tidak diingini berlaku kepada anak-anak, kan? Oleh itu, jangan sayang duit dan jangan terlalu manjakan anak. Letak mereka di dalam car seat, walaupun mereka merengek nak ‘melepaskan diri’.
#1. Beli carseat mengikut kemampuan
Carseat bayi ada pelbagai jenis. Kadangkala, ibu ayah baharu ini lebih ‘excited’ dalam perbelanjaan cahaya mata pertama. Tidak mengapa, boleh dijadikan sebagai ‘turun temurun’ untuk anak kedua nanti,
#2. Kereta jenis apa?
Cek juga bahagian penumpang belakang kereta anda, kebiasaannya kereta baru ada tulis Isofix. Isofix ni adalah untuk penambat Isofix connector daripada carseat. Isofix ini datangnya dengan top theter dan kereta Itu mesti ada penyangkut bahagian belakang. Kalau kereta keluaran lama, memang tak ada kedua-duanya.
#3. Berapa lama nak pakai carseat ini?
0-18kg , 0-25kg, 0-36kg. Nak tengok berapa lama anak boleh duduk dalam carseat? Ibu ayah boleh ukur berat dan tinggi sekarang. Semak dalam Child Growth Chart (boleh google sahaja) atau tengok buku kesihatan, seterusnya tanya nurse di Klinik Kesihatan (KK). Dekat situ boleh estimate carseat ini boleh digunakan sampai umur anak berapa tahun.
#4. Material, pastikan tak panas
Ini juga perlu dipertimbangkan. Bukan kita yang duduk di dalam itu, anak kecil kita. Jikalau mereka tak selesa je memanjang, jawabnya mereka akan ‘tantrum’ sepanjang perjalanan sebab terlalu panas ataupun sedang berpeluh. Kasihan pula nanti.
#5. Pastikan carseat ada sijil
Bila pilih nanti, anda akan nampak sticker ECE di bahagian tepi atau bawah warna oren. Ini penting untuk memastikan carseat bukan yang palsu dan sudah melalui ‘car crash test’.
#6. Nak beli, bawa anak sekali. Lebih senang
Paling penting untuk mengelakkan kerugian, takut tak kena dengan ‘jiwa’ anak, bawa anak masing-masing untuk test sendiri carseat mereka. Jika selesa, boleh beli terus.
#7. Kalau anak dah cecah 6 tahun, boleh pakai Booster
Antara perkara lain adalah, jika anak sudah mencecah 6 tahun, boleh pakai carseat jenis Booster. Booster ini sesuai untuk 18kg ke atas dengan umur minimum 5 tahun.
Bila Patut Ajar Menggunakan Carseat Bayi?
Sebaik sahaja anak keluar daripada hospital selepas dilahirkan, terus masukkan mereka ke dalam carseat. Ini akan melatih mereka untuk mengetahui persekitaran, ketika memasuki kenderaan, mereka akan tahu mereka perlu duduk di dalam carseat dan bukannya didukung oleh ibunya.
Lama kelamaaan, mereka akan boleh membiasakan diri dan sehingga besar akan duduk di dalam carseat dengan tenang. Mula-mula memang akan merengek, tapi cuba sahaja ya ibu ayah. Jangan pula bayi ‘eek’ sikit, anda angkat dan dukung mereka sepanjang perjalanan.
Apa Perlu Buat Jika Anak Meragam Dalam Carseat Bayi?
Bayi yang menghadap ke belakang kadangkala boleh merengek apabila ibu ayah tiada di hadapan mereka. Oleh itu, anda boleh cuba untuk memainkan muzik yang anda berdua sukai, bawa beberapa patung kegemaran anak anda dan putingnya.
Walaupun bayi kecil mungkin tidak memahami apa yang anda katakan, dia akan memahami nada suara anda. Terangkan dengan tenang bahawa anda meletakkan mereka di dalam carseat supaya anda boleh melawat Nenek/pergi ke pasar dan sebagainya.
Dan semasa memandu, teruskan bercakap dengan bayi (sambil menumpukan perhatian anda di jalan raya) — dia akan mendapati bunyi suara anda menenangkan dan ia akan membantunya untuk kekal tenang semasa perjalanan.
Semoga perkongsian ini membawa manfaat buat ibu dan ayah.
- Facebook Noraseha Mohd Puad (June 29, 2022) Jangan Salah Posisi Hanya Sebab Nak Bagi Anak Baring. www.facebook.com/100010620694254/posts/pfbid0S41hcc3eWdD8CtEjdBeMwjmxegaN1ZRjDUPHGdgEeeLMLZeisaN5LoEVUeY4mhUul/
- parents.com (June 11, 2015) How to Put A Baby Into A Carseat Properly. www.parents.com/baby/care/american-baby-how-tos/how-to-buckle-baby-into-a-car-seat/
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia.
Baca juga: Ibu Kongsi Detik Anak Terpelanting Dalam Kereta, Akui Cuai Abaikan Car Seat & Tali Pinggang
Baca juga: Ini 7 Car Seat Bayi Terbaik Di Pasaran! Boleh Pakai Dari Newborn Sampai Anak Masuk Tadika!
Baca juga: Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya