Bekas Suami Naik GILA, Cekik Isteri Sampai Mati Kerana Tak Mampu Bayar Kos Cerai!

Tidak semua rumah tangga berakhir dengan bahagia. Ada yang berpisah dengan cara yang kejam sehingga sanggup bertindak cekik leher pasangan hingga mati!

Proses perceraian yang berlaku pastinya memerlukan sedikit masa dan kesabaran tinggi daripada kedua-dua pihak. Namun, siapa sangka seorang wanita berdepan ajalnya selepas bekas suami cekik leher sehingga dia meninggal dunia.

Topik perpisahan suami isteri amat jarang dibincangkan, namun ia masih berlaku dan boleh menjejaskan kewangan. Hal ini kerana anda perlu membayar yuran guaman kepada alimoni sehinggalah jumlah perbelanjaan lain bagi memfailkan perceraian.

Cekik leher bekas isteri sehingga meninggal dunia

Seorang lelaki bertindak di luar kawalan dengan cekik leher isterinya yang berusia 28 tahun kerana dia enggan membayar kos perceraian.

Pada awal penyiasatan, suspek bernama Joseph Elledge mengaku tidak bersalah atas kes jenayah bunuh sehingga kematian isterinya, Mengqui Ji Elledge, yang berasal dari negara China.

Mengqui dikatakan telah hilang sejak bulan Oktober tahun lalu dan mayatnya tidak ditemui.

Namun, suspek telah disiasat semula dan didakwa terlibat dengan kematian isteri sejak bulan Februari di Columbia, Missouri.

Pendakwa mengatakan Elledge cekik leher isterinya akibat dia tidak mahu membayar kos perceraian. Dia juga bertindak menghalang bekas isteri untuk melarikan diri ke China bersama seorang anak perempuan mereka.

Pihak polis percaya bahawa dia adalah pelaku atas kes pembunuhan ini. Media antarabangsa melaporkan bahawa kejadian berlaku ketika dia mengurut isterinya pada petang 8 Oktober tahun lalu.

Berdasarkan keterangan yang diberikan, Elledge mengatakan dia berada di atas tubuh isterinya semasa memberikan urutan. Kedudukan ini membolehkan suspek melakukan pembunuhan dengan mudah kerana mangsa sukar untuk mempertahankan diri.

Jenayah yang tidak berdarah dan senyap

Pihak berkuasa menyatakan bahawa tindakan mencekik dan mati lemas merupakan kes jenayah yang ‘tidak berdarah dan senyap’.

Hal ini kerana tidak ada sebarang tompokan darah dijumpai di kediaman pangsapuri, kereta suspek dan kenderaan milik mangsa.

Elledge memberitahu polis Columbia bahawa dia bangun dari tidur dan bangun pada keesokan pagi, mendapati isterinya tiba-tiba hilang.

Tetapi pihak polis telah berjaya menjejak rekod telefon pasangan berkenaan dan menemui perbualan yang menunjukkan bahawa kedua-duanya sedang mengalami masalah rumah tangga.

Bukan itu sahaja, mesej yang dihantar oleh suspek turut mengandungi ugutan dan ancaman kepada mangsa dan anak perempuan sekiranya mereka melarikan diri ke China.

”Ada sifat dalam otakmu.. sedang mencucuk api kemarahan diri. Jangan sesekali mencabarnya.”

Para pegawai penguatkuasa telah berulang kali memeriksa kawasan di Sungai Lamine, iaitu kawasan yang dipercayai mayat bekas isterinya dibuang.

Difahamkan, pasangan ini telah mendirikan rumah tahun sejak tahun 2017 dan sama-sama belajar di University of Missouri.

Jurucakap polis Columbia Jeff Pitts mengatakan kur sedang menunggu peralatan yang lebih berat dari Jabatan Kerja Raya untuk membantu urusan pencarian mayat di kawasan sungai berkenaan.

Elledge juga telah didakwa atas tuduhan serangan domestik dan kes penderaan kanak-kanak terhadap anak kecil mereka. Walau bagaimanpun dia mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut pada bulan Mac.

Kos perceraian di Malaysia

#1. Pasangan beragama Islam

  • Waran dan Testimoni AM80- RM25
  • Penghantaran waran ke mahkamah- RM4
  • Permohonan interlokutori (luar bidang kuasa)- RM23 (jika perlu)
  • Permohonan interlokutori (tuntutan ganti rugi/pampasan) RM13 (jika perlu).
  • Afidavit untuk hadir mahkamah bagi pesalah yang menjalani hukuman penjara- RM13 (jika perlu)
  • Perintah interlokutori- RM10 bagi setiap perintah yang dihantar.

Yuaran guaman perceraian tanpa persetujuan bersama sukar ditetapkan atas beberapa masalah yang muncul. Ia bergantung tahap kewangan individu.

#2. Perceraian pasangan bukan Islam (Mahkamah Tinggi dibawah Mahkamah Keluarga)

  • Perceraian mendapat persetujuan– Mengikut laporan The Star, kos perceraian yang tidak melibatkan masalah dianggarkan antara RM3 000 hingga RM6 000.
  • Perceraian tanpa persetujuan–  Kes-kes rumit akan menelan kos antara RM25 000 sehingga RM50 000. Malah, boleh mencapai sehingga RM75 000!

Bagi kedua-dua jenis perceraian sama ada beragama Islam atau tidak, penggunaan khidmat perantara adalah lebih cepat dan cepat untuk menyelesaikan rundingan perceraian yang melibatkan perselisihan dengan anggaran RM5 000 hingga RM15 000.

Namun jika tidak mampu, anda boleh mendapatkan bantuan daripada Jabatan Bantuan Guaman Malaysia dengan kadar yang telah disubsidikan dan memenuhi syarat ditetapkan.

Sumber: The Sun, Loan Street

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comsebab-perceraian