Bukan Cemburu Buta, Tapi Memang Tiada Isteri Suka Bila Suami Rapat Dengan Rakan Sekerja Perempuan

Bukan cemburu buta, tapi memang tiada isteri suka tengok suaminya rapat dengan teman sekerja wanita, siap bergurau senda lagi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kisah suami rapat dengan teman sekerja perempuan bukanlah sesuatu yang baru. Memang ramai para isteri meluahkan rasa tidak senang hati apabila mendapat tahu suami punyai teman rapat berlainan jantina di pejabat. Cemburu buta? Bukan, tapi kurang senang. 

Tidak salah pun untuk suami mempunyai kawan perempuan di pejabat, asalkan tahu batas-batas pergaulan. Namun hakikatnya sekarang, tidak ramai suami atau wanita sendiri yang faham dengan batas-batas tersebut. 

Yelah, kalau dah hari-hari jumpa, bercerita itu ini, berkongsi pendapat dan makan tengahari bersama, lama-lama jadilah selesa. Dan bila selesa kadang-kadang mereka alpa dengan batas-batas pergaulan.

Perlu sentiasa ditegur 

Jadi salah siapa? Salah selesa ke? Bukan begitu, mereka ini perlu diingatkan dan ditegur, itu sahaja. Ingatkan mereka bahawa mereka bekerja itu membawa satu tanggungjawab, baik suami atau isteri.

Tanggungjawabnya adalah menjaga maruah dan batas-batas seorang yang ber’title’ suami dan isteri. Antaranya adalah pergaulan. Bukan kata isteri tengok tak selesa, malah orang di pejabat pun bila tengok anda yang membawa title suami orang ni pergi duduk berdua-duaan dengan teman pejabat wanita, bergurau senda, bertepuk tampar, ini boleh jadi rakan sekerja lain pun meluat.

Lebih teruk apabila hadirnya fitnah. Kan dan tercemar maruah anda sebagai suami malah isteri di rumah juga terkena tempiasnya.

Salah ke kawan dengan lain jantina?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Sememangnya lelaki dan perempuan yang ingin berkawan baik itu tidak salah malah anda sangat digalakkan, sebabnya mana tahu dia itu jodoh anda, betul tak? Walau bagaimanapun, perkara itu tidak menjadi seronok apabila salah seorangnya sudah ada suami atau isteri.

Baca juga: Wahai Suami, Sentiasalah Periksa Keadaan Isteri, Mereka Mungkin Perlukan 5 Perkara Ini

Bagi lelaki yang sudah berkahwin, mungkin anda mahu isteri faham dengan persahabatan yang memakan masa bertahun lamanya itu. Namun, anda juga perlu tahu, kalau dah timbul perasaan tidak selesa pada pasangan mesti adalah sesuatu yang tidak kena tu. 

Tahu jaga batas

Setelah bergelar suami atau isteri orang, tidak perlu lagi begitu rapat dengan mereka yang berlainan jantina. Percayalah, anda mampu mengawal keadaan, it takes two tango bukan?

Selain itu, anda juga perlu ingat, sebelum berkahwin dengan isteri kalian juga bermula sebagai rakan rapat. Jadi mestilah mereka risau, mana tahu mula-mula anda dan teman kerja rapat sebagai kawan saja pada mulanya, lama-lama nanti jadi jatuh hati pula. Lagi-lagi kalau teman sekerja itu ‘single and ready to mingle’. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Bukan melarang tapi jaga tingkah laku didepan isteri

Pastinya isteri akan rasa tidak senang bila melihat anda bersentuhan dengan rakan sekerja, walaupun hanya bergurau senda dan bertepuk tampar. Normal ke begitu?

Lagi-lagi kalau keluar makan tengahari berdua-duaan, memanglah kalau dah tiada pilihan lain nak buat macam mana kan? Tapi zaman sekarang ni kan ada Grab, Foodpanda dan macam-macam lagi. Jadi boleh saja, pesan makanan dan makan di pejabat, mungkin rakan sekerja lain yang tengah sibuk pun boleh tumpang order?

#3. Rasa cemburu sukar dikawal

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila isteri bersuara tentu suami akan kata yang dia cemburu buta atau cemburu tak bertempat!

Namun, anda perlu tahu rasa cemburu itu kekadang sukar nak dikawal terutama bila melibatkan orang yang dicintai. Sebab itu, hati mudah rasa cemburu walau sekadar “rakan”.

#4. Jangan terlalu dekat, ada hati perlu dijaga

Bahkan, anda perlu sedar sikap yang sangat rapat dengan rakan sekerja  itu akan membuatkan hati isteri terluka dan menangis dalam diam.

Sebab itu, anda perlu sedar tentang status diri anda di kala bersama dengan rakan sekerja lain yang berlainan jantina. Kalau tiada urusan atau benda penting untuk dibincang, tak perlu nak berbalas-balas mesej atau pergi ‘mengopi’ selepas kerja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Cuba bayangkan anda di tempat isteri

Suami selalu fikir kalau isteri tak bagi kawan itu tanda mereka cemburu buta. Sedangkan kalau anda berada di dalam situasinya juga, anda juga akan rasai benda yang sama. Jadi, jika anda tidak suka diperlakukan sedemikian maka jangan buat perkara sebegitu terhadapnya.

Kesimpulannya, elakkan dari terlalu rapat dengan rakan sekerja yang berlainan jantina ini meskipun anda sudah lama kerja bersama. Bagi yang sudah berkahwin, anda perlu kawal dan jarakkan hubungan tersebut supaya tidak menganggu perasaan pasangan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan