Kanak-kanak maut lepas tiru aksi bahaya dari kartun kegemaran ramai ini!

Tiada siapa sedar, tapi cerita animasi atau kartun ada meninggalkan kesan buruk pada kanak-kanak. Tragedi ini sebagai contoh. Kasihan, mangsa tak bersalah!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seorang lagi kanak-kanak maut kerana meniru aksi dari cerita animasi. Kali ini, kanak-kanak perempuan berikut baru saja berusia lapan tahun. 

Punca kejadian adalah kerana kanak-kanak itu cuba meniru aksi dari cerita animasi kartun kegemarannya. Namun, ia membawa padah.

Kejadian ini haruslah diambil ikhtibar oleh setiap ibu bapa. Malah, ia juga menunjukkan kesan buruk kartun animasi pada kanak-kanak.

Kanak-kanak maut kerana tiru aksi dari cerita animasi

Kejadian ini berlaku di Chengdu, China. Seorang anak perempuan bernama Xiao Ting, pada mulanya sedang menemai ayahnya di supermarket berhampiran rumah mereka.

Ayah Xiao Ting bekerja di sana. Kemudian, dek bosan, dia telah kembali ke rumah flat dengan kawannya. 

Ibu mangsa ada di rumah. Namun dia terlantar sakit. Kedua-dua kanak-kanak yang baru pulang ini asyik bermain hingga terkunci dalam bilik air.

Lalu, di sinilah mulanya tragedi buruk gara-gara cerita animasi…

Xiao Ting cuba untuk meniru aksi memanjat tali dari tingkap mereka (yang berada di tingkat enam) sama seperti cerita animasi terkenal, Boonie Bears! 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada mulanya, Xiao Ting berjaya sampai hingga ke tingkat 2 sebelum dia terjatuh. Kebetulan pula, ayahnya baru pulang ke rumah ketika itu.

Kawan Xiao Ting terus melaporkan hal ini pada ayahnya. Ayahnya yang terkejut itu bergegas turun ke bawah dan mendapati Xiao Ting tercedera teruk.

Xiao Ting dikejarkan ke hospital, namun meninggal dunia tiga hari kemudian akibat kecederaan parah.

Bukan insiden pertama kanak-kanak maut kerana cerita animasi

Patah hati mendengar cerita seperti ini. Apa yang lebih menyedihkan, ini bukanlah kali pertama insiden kanak-kanak cuba meniru aksi dari cerita animasi atau kartun, hingga membawa maut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terdapat banyak kes di China di mana kanak-kanak cedera parah selepas cuba keluar dari tingkap rumah mereka menggunakan payung sebagai “payung terjun”. Semuanya selepas menonton kartun Boonie Bears!

Ramai juga ibu bapa yang telah menuduh cerita animasi ini mengandungi perbuatan-perbuatan ganas dan bahasa yang kurang sopan.

Memang tidak syak lagi, menonton kartun yang betul mampu memberi kesan positif pada perkembangan anak. Contohnya dari segi bahasa dan perbendaharaan kata.

Namun, kanak-kanak juga mudah terpengaruh dengan apa yang mereka nampak di kaca tv. Antaranya seperti menjadikan beberapa watak utama kartun sebagai “idola”.

Menonton kartun juga sebenarnya satu aktiviti yang boleh melemahkan penglihatan kanak-kanak dan gangguan kelengkungan tulang belakang. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila kanak-kanak menghabiskan masa mereka untuk menonton kartun, mereka juga berisiko terkena obesiti.

Menurut American Academy of Pediatrics, pelbagai kajian telah membuktikan kesan keganasan yang ditunjuk TV pada kanak-kanak. Antaranya seperti:

  • Mereka jadi “kebal” dan tidak tahun pada benda seram dan keganasan
  • Mereka menerima keganasan sebagai cara nak selesaikan masalah
  • Mereka meniru aksi ganas yang ditonton dalam TV

Sebagai ibu bapa, apa anda patut buat?

Berikut antara beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan risiko atau kesan negatif kartun pada kanak-kanak:

  1. Perhatikan cerita animasi atau kartun apa yang ditonton anak. Apa pandangan anak tentang cerita itu? Anda kena bincang dengan anak apa kaitan kartun tersebut dengan dunia realiti.
  2. Tetapkan had masa berapa lama anak boleh tengok TV
  3. Libatkan anak dalam aktiviti yang lebih berfaedah seperti membaca, main dengan kawan, atau sebarang hobi
  4. Jangan beri anak tengok cerita yang terbukti memang ganas
  5. Tekankan yang keganasan bukan cara untuk menyelesaikan masalah

Semoga kejadian seperti ini tidak lagi berulang. Sama-samalah kita mendidik anak-anak agar mereka lebih selamat dengan persekitaran yang makin mencabar kini. 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Artikel ini ditulis oleh Jaya dan mendapat kebenaran theAsianparent Singapore untuk diterjemah

Baca juga:

Kartun Seperti Pokemon Dan SpongeBob "Merosakkan" Kanak-Kanak: Kajian

Penulis

Ayu Idris