Sedihnya...Ayah Dah Sembuh Covid-19 Tapi Anak Tak Datang Jemput, Akhirnya Meninggal Dunia

Sebagai seorang anak, kita seharusnya sentiasa mengenang jasa dan pengorbanan orang tua serta tidak sesekali membelakangkan mereka kerana kelak kita juga akan merindui wajah itu...

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Banyak sebenarnya jasa dan cerita tentang ayah yang cukup bermakna buat kita sebagai anaknya. Sebabnya, tanpa ayah siapalah kita di dunia ini malah tanpa dirinya juga kita tidak dapat menghirup udara segar di atas muka bumi. 

Ayah jugalah secocok badan yang mengeras keringat dan berjuang untuk mencari rezeki buat keluarga tercinta demi memastikan anak-anak lengkap dengan segala keperluan setiap hari.

Walaupun wajahnya nampak letih bekerja tapi ayah tidak pernah merungut malah sentiasa membahagiakan seluruh seisi keluarga.

Namun lain pula cerita tentang ayah ini yang merupakan salah seorang pesakit covid-19 yang sudah sembuh dan dibenarkan pulang.

Walaubagaimanapun kisahnya cukup membuatkan hati kita sebak kerana anak-anaknya yang seolah lepas tangan dan tidak menjemput bapanya pulang selepas sembuh dari corona virus.

Berikut ini perkongsian daripada Che Suriani Che Saufi tentang situasi yang cukup menyedihkan itu sekaligus memberi pengajaran buat kita semua.

Cerita tentang ayah yang meninggal dunia selepas negatif covid 19

Menurut Che Suriani sewaktu kejadian dia mendapat berita yang ada seorang pesakit meninggal dunia yang sepatutnya telah sembuh dari covid-19.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Ini merupakan kisah buruk yang ingin saya kongsikan. Sepatutnya pada hari ini, saya datang kerja untuk shift pagi dan terkejut mendapat berita ada pesakit meninggal dunia.

“Sepatutnya, pesakit berkenaan sudah boleh discharge pada dua hari yang lalu disebabkan covid swab yang dilakukan ke atasnya menunjukkan keputusan negatif. Bermakna pesakit sudah sembuh seperti biasa.

Telefon anak pesakit, semua beri alasan tak boleh jemput ayah

Disebabkan pesakit telah sembuh, Che Suriani menghubungi keluarga pesakit untuk menjemputnya pulang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Saya menghubungi anak lelaki pesakit tapi dia memberi alasan tidak boleh datang menjemput ayah kerana tengah kerja.

“Kemudian, saya hubungi pula anak lelaki yang lain, yang angkat telefon isterinya (menantu pesakit) dan memberitahu suaminya sedang tarawih. Pada masa yang sama, turut beritahu tak boleh datang jemput ayah.

“Kemudian call lagi sekali dan engaged. Esoknya telefon lagi anak lelaki pesakit, tapi tetap sama.

Hospital ugut buat laporan polis

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pihak hospital mengugut waris untuk membuat laporan polis kerana seolah-olah tidak sudi untuk menjemput pesakit yakini ayah kandung mereka sendiri.

“Sampai pihak hospital buat ugutan untuk membuat laporan polis kerana mereka seolah mengabaikan ayah mereka. Tapi tetap tidak menerima sebarang respon daripada keluarga pesakit,” katanya.

“Kemudian, kami semua kakitangan hospital yang merawat pesakit terpaksa tunggu perancangan doktor sehinggalah ajal pesakit datang dan meninggal dunia,” ujarnya lagi.

Baru terhegeh-hegeh datang hospital

“Selepas dapat tahu pesakit telah meninggal dunia, kami menghubungi anak-anak pesakit untuk memberitahu mereka yang ayah mereka sudah tiada.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Tiba-tiba datang tiga orang anak secara serentak dan cepat-cepat.

“Memang pelik sangat sewaktu itu, semasa ayah masih ada dan minta dijemput tak siapa pun peduli.

“Sedangkan arwah, hari-hari tanya ada atau tidak anaknya telefon untuk bawanya pulang.

“Come on Malaysian, inilah pengajaran untuk diri sendiri dan juga orang lain. Janganlah ada yang bersikap sebegini lagi. Bahkan, ia akan membuatkan diri sendiri yang terkilan,” akhirinya.

Walaubagaimanapun diharap keluarga arwah ada penjelasan yang tersendiri di atas situasi yang berlaku dan roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. AL-Fatihah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Insan bergelar ayah…

Dalam Al-Quran terdapat banyak dalil yang menjelaskan bahawa kita sewajarnya patut menghormati kedua-dua ibu bapa.

Surah An-Nisa ayat 4:36 berfirman:

“Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa”.

Ayat ini cukup menjelaskan bahawa Allah SWT perintahkan umatNYA supaya berbuut baik terutama kepada kedua ibu bapa dengan perintah mentauhidkan Allah SWT.

Maksudnya, Allah memerintah kita supaya mentauhidNya, mengesakanNya dan beribadah kepadaNYa. Kemudian Allah memerintahkan kita agar berbuat baik kepada kedua orang tua.

Bahkan, Allah SWT meletakkan kedudukan ibu bapa adalah kedua selepas perintah mentauhidkanNya.

Ini bermakna jasa dan kedudukan ibu bapa adalah sangat besar.

Justeru, berbuat baiklah kita dengan ibu bapa selagi mereka masih ada. Hargailah pengorbanan dan jasa ayah walaupun dia tidak selalu berada dengan kita.

Tetapi, dia jugalah yang banyak berkorban mencari rezeki untuk membesarkan anak-anaknya, sanggup berhujan panas dan mengerah segala kudrat serta tenaga.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Che Suriani Che Saufi

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comwira-negara