Champs & NASOM Bekerjasama Untuk Meningkatkan Kesedaran Tentang Autisme

Lebih 200 karya seni ciptaan anak-anak autisme akan dipamerkan sebagai sebahagian daripada kutipan derma tahun ini bagi membantu anak autisme

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap insan mempunyai cara tersendiri untuk mengekspresikan perasaan masing-masing. Tidak terkecuali anak-anak autisme. Salah satunya adalah melalui kerya seni. Seni antara platform anak-anak ini meluahkan rasa mereka yang mungkin tidak mampu diluahkan dengan kata-kata. 

Tahukah anda, menurut Pusat Kawalan Penyakit (CDC), 1 daripada 68 kanak-kanak mengalami gangguan spektrum autisme (ASD)? Ini bermakna kira-kira 9,000 kanak-kanak Malaysia dilahirkan dengan autisme setiap tahun.

Walaupun kelihatan mencabar untuk anak-anak ini menjalani kehidupan seharian, namun limpahan kasih sayang dan sokongan kepada mereka akan membentuk kanak-kanak autisme  menjadi insan hebat yang akhirnya membuka mata kita supaya sentiasa melihat kehidupan daripada sisi gembira yang sentiasa subur dan mekar. 

Bagaimanakah penerimaan kebanyakan rakyat Malaysia terhadap anak-anak autisme?

Walaupun kesedaran umum mengenai autisme dalam kalangan rakyat Malaysia semakin  meningkat namun tidak dinafikan masih wujud jurang besar dalam memahami apa itu autisme yang sebenarnya. 

ASD mempunyai pelbagai tahap yang mungkin mendatangkan kekeliruan kepada orang awam. Kekurangan pengetahuan dan pendedahan kepada autisme boleh membawa kesan negatif kepada individu autisme dan keluarga mereka.

Kasihi Autisme Bersama Champs

Sempena Bulan Kesedaran Autisme yang disambut secara global setiap April, Champs dan Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) sekali lagi bekerjasama untuk melancarkan program Kesedaran Autisme yang bertemakan, "Kasihi Autisme Bersama Champs''.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Program kesedaran yang dilaksanakan bermula pada 2016 itu bertujuan untuk meningkatkan tahap penerimaan orang ramai terhadap kanak-kanak ASD dalam kalangan rakyat Malaysia. Sepanjang tempoh lima tahun penganjurannya, Champs berjaya mengumpul dana berjumlah RM351,107.50 untuk NASOM.

Champs, jenama vitamin pilihan No.1 rakyat Malaysia telah berada di pasaran lebih dari 40 tahun untuk menyokong kesejahteraan pemakanan kanak-kanak.

Jenama ini menawarkan pelbagai jenis suplemen kesihatan gred farmaseutikal yang memenuhi keperluan kumpulan umur yang berbeza dan merupakan vitamin kanak-kanak pertama yang diperakui halal dan dipercayai oleh ibu-ibu di seluruh Malaysia. 

Champs Vitamin C ialah jenama pertama yang menawarkan Vitamin C kepada kanak-kanak dalam format effervescent yang meningkatkan penyerapan badan untuk fungsi meningkatkan sistem imun. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Formula tindakan bergandanya mengandungi 250 mg Vitamin C selain tambahan zat besi juga disyorkan untuk kanak-kanak berumur empat tahun ke atas bagi kegunaan harian agar kekal mendapat perlindungan terbaik.

Tahun ini, Champs akan terus menyokong NASOM menerusi siri kempen yang antaranya akan mengumpul dana melalui pek promo rangkaian Vitamin C Champs, yang mana:

  • Dengan setiap pembelian pek promosi vitamin C, RM1.00 akan didermakan kepada Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM).
  • Tempoh kempen adalah antara April 2022 hingga Jun 2022

Dapatkan pek promosi sekarang di farmasi Healthlane atau laman sesawang Healthlane yang merupakan rakan jualan untuk Kempen Kasihi Autisme Bersama Champs 2022.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kanak-kanak autisme mengekspresikan imaginasi melalui seni

Setiap kanak-kanak adalah berbeza lebih-lebih lagi kanak-kanak autisme. Seni telah dibuktikan sebagai antara alat intervensi yang sangat positif untuk membantu kanak-kanak autisme. Ia adalah cara untuk mereka meluahkan perasaan dan tanggapan mereka tentang dunia.

Lebih 200 karya seni lukisan tangan yang dihasilkan oleh kanak-kanak autisme akan dipamerkan sebagai sebahagian daripada kutipan derma tahun ini untuk menyokong perkhidmatan dan program NASOM.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ashley Chuah seorang perunding ‘bertangan’ seni akan turut menyokong kerjasama Champs-NASOM ke arah meningkatkan kesedaran mengenai autisme.

Artis yang terkenal dengan karya seni fluid art ini berbesar hati untuk mendermakan 50 peratus daripada hasil jualan karya seninya kepada NASOM sebagai sokongan kepada inisiatif meningkatkan kesedaran mengenai sutisme. Karya seninya boleh didapati di laman instagram@wildash.

Hasil seni oleh kanak-kanak autisme, NASOM sedia dijual di laman web www.dbhealth2go.com bermula 3 (tempoh 2 bulan) dengan harga antara RM300 hingga RM700 setiap satu.

Segala hasil daripada jualan itu akan disumbangan kepada NASOM’s sebagai satu misi untuk meningkatkan kualiti hidup golongan autisme dan keluarga mereka melalui program, perkhidmatan, sumber, pengetahuan dan inovasi sosial, serta mempromosikan hak dan peluang untuk golongan istimewa ini. 

Pepatah ada mengatakan, ‘seluruh kampung diperlukan untuk membesarkan seorang anak’  yang bermaksud membesarkan anak dengan baik adalah usaha bersama. Justeru, terdapat keperluan untuk mempunyai kesedaran dan pemahaman yang lebih luas tentang autisme secara khusus dan ketidakupayaan lain secara amnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dengan sokongan yang betul dan pada masa yang sesuai, golongan autisme boleh menjalani kehidupan yang bermanfaat dan memuaskan. 

Mereka boleh menjadi individu hebat dengan adanya sokongan daripada orang yang percaya pada potensi mereka. Anda boleh klik DI SINI untuk menderma dan membeli lukisan seni daripada kanak-kanak autisme.

Untuk maklumat lanjut tentang pek promosi Champs Vitamin C, anda boleh dapatkannya DI SINI.  

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia