Satu Barang Keperluan Bersalin Yang Tak Patut Dipandang Ringan: Breast Pump!

Membuat persediaan kelahiran bayi pertama memang menyeronokkan. Rambang mata dibuatnya memilih barangan bayi di kedai. Haa, tapi jangan asyik survey stroller saja, perihal menyusu bayi jangan diabaikan! Selain ilmu penyusuan susu ibu, anda juga harus tahu macam mana nak pilih breast pump yang sesuai. Barulah boleh berpantang dengan aman, ye tak?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kalau kita lihat rakan-rakan mom-to-be di sekeliling kita, rata-ratanya sangat bersemangat dengan checklist baby masing-masing. Segala persiapan from head-to-toe siap ditulis dalam checklist dan ada saja masa lapang, mesti keluar window shopping atau pun browse di kedai-kedai online.

Okay, sebelum anda bershopping sakan, biar kami berikan satu “pro tip”: utamakan perihal PENJAGAAN bayi dan ibu dahulu. Ini bukan sekadar produk mandian, baju, lampin dan set berpantang ibu, tapi sediakan diri anda dengan ilmu penyusuan susu ibu dengan secukupnya juga.

Ramai yang terlepas pandang hal ini, mungkin kerana persepsi bahawa penyusuan ibu itu datangnya secara semulajadi. Ingat kata-kata hikmah ini - Breastfeeding is natural, but it doesn’t come naturally for everybody.  

Nikmat Penyusuan Susu Ibu

Kredit: iStock

Kepada bakal mama yang masih baharu dan belum begitu faham tentang penyusuan susu ibu atau breastfeeding, inilah masanya untuk menimba ilmu. Breastfeeding mempunyai begitu banyak manfaat untuk bayi dan juga ibu.

Selepas mengandung selama 40 minggu, kemudian menahan sakit ketika melahirkan, segala penat lelah dan sakit bersalin yang dilalui terus terubat ketika detik pertama bayi anda melekap di dada anda untuk menikmati kolostrum - susu pertama yang badan anda hasilkan di akhir tempoh mengandung sehingga beberapa jam setelah bayi dilahirkan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kolostrum juga dikenali sebagai “liquid gold” atau “cecair bernilai emas” dan memberikan seribu satu nikmat untuk bayi kerana ianya:

  • kaya dengan karbohidrat, protein, vitamin A dan antibodi¹
  • mudah dicerna¹
  • bersifat laksatif¹
  • mengandungi kandungan imun yang tinggi¹
  • memelihara saluran pencernaan bayi¹
  • mengandungi sel darah putih¹
  • mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor)¹ 

Pendek kata, bayi yang meminum kolostrum ibu selepas dilahirkan akan mendapat perlindungan maksimum daripada sebarang jangkitan, mudah membuang mekonium (najis pertama bayi yang juga punca utama demam kuning), dan lebih terlindung daripada risiko alergi dan penyakit mata pada bayi¹. Hebat, kan?

Kebaikan Susu Ibu 

Kredit: iStock

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penyusuan susu ibu merupakan satu cara paling efektif untuk mengoptimumkan kesihatan dan kesejahteraan hidup bayi. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggalakkan para ibu untuk memberikan susu ibu secara eksklusif (bayi tidak diberikan makanan atau minuman tambahan lain selain susu ibu) sehingga bayi mencapai 6 bulan, dan diteruskan sehingga berumur 2 tahun.

Susu ibu ialah sumber makanan paling sempurna untuk bayi kerana ianya memberikan tenaga dan dilengkapi nutrien penting yang diperlukan oleh bayi untuk bulan-bulan pertamanya. 

Mengapa susu ibu sempurna untuk bayi:

  • Padat dengan nutrien terbaik dan mencukupi untuk bayi anda. FAKTA AJAIB: Susu ibu bijak mengesan keperluan bayi pada sesuatu masa, jadi kandungan nutrien susu ibu berubah mengikut kadar yang diperlukan oleh bayinya yang sedang membesar² 
  • Menguatkan sistem imuniti bayi²
  • Mengurangkan risiko alahan contohnya asma, ekzema dan kolik²
  • Mengandungi nutrien khas untuk perkembangan otak yang berupaya meningkatkan kecerdikan anak²
  • Susu ibu sentiasa berada pada suhu yang betul setiap masa. Ibu boleh menyusu bayi pada bila-bila masa, di mana saja!²
  • Susu ibu tidak mudah tercemar, berbanding dengan cara penyusuan lain²
  • Penyusuan susu ibu memberikan keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi²
  • Penyusuan susu ibu menggalakkan interaksi antara ibu dan bayi serta merangsang kasih sayang yang erat antara mereka²
  • Susu ibu adalah PERCUMA!

Manfaat penyusuan susu ibu untuk ibu:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Amat membantu dalam mengembalikan kesihatan ibu selepas bersalin - mengecutkan rahim kepada saiz asal dengan cepat dan mengurangkan pendarahan selepas bersalin²
  • Cara efektif untuk membakar kalori dan kembali kepada pre-pregnancy body dengan cepat²
  • Mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari²
  • Penyusuan susu ibu secara eksklusif membantu menjarakkan kehamilan²

Anda boleh dapatkan macam-macam lagi ilmu tentang susu ibu di sini dan cari saja apa yang anda ingin tahu di direktori theAsianparent Malaysia, okey? Baiklah, sekarang jom kita beralih kepada breastfeeding checklist anda. 

Breastfeeding Checklist: Apa Yang Perlu Ada?

Syabas jika anda telah membuat keputusan untuk memberikan susu ibu kepada bayi anda yang bakal lahir nanti. Ini merupakan beberapa perkara yang anda perlu buat. Tak banyak pun, hanya fokus kepada 3 perkara utama ini:

1. Minda yang positif dan kental

Walaupun ianya semulajadi, namun breastfeeding journey setiap ibu itu berbeza, ya? Jangan bandingkan diri anda dengan sesiapa. Persiapkan diri dengan semangat  yang positif dan kental menghadapi cabaran menyusu bayi anda nanti. 

2. Banyakkan membaca, menonton video dan bertanya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Timba ilmu penyusuan susu ibu sebanyak mungkin! Kenali rakan pembimbing penyusuan susu ibu (breastfeeding peer counselor) contohnya daripada Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Association untuk membantu anda. Ingat, malu bertanya, sesat jalan.

Lebih bagus jika suami turut belajar sekali! Bersiap sedia dengan situasi “what if” akan membantu anda mengatasi apa jua masalah penyusuan yang tidak disangka-sangka.

3. Kaji barangan penyusuan susu ibu di pasaran sebelum membeli

Zaman sekarang ni, semakin ramai golongan ibu yang bekerja, tak kiralah di rumah ataupun di tempat kerja. Penting untuk anda pam susu supaya suami atau penjaga boleh membantu menyusukan bayi anda. Anda juga perlukan rehat dan me-time, kan?

Untuk mengepam susu ibu, ramai yang lebih gemarkan breast pump elektrik. Memang banyak jenis di pasaran, tapi tak semuanya menepati citarasa atau jangkaan setiap ibu. Oh ya, jangan tersilap beli tanpa selidik dulu hanya kerana ada promosi, ya? Menyesal nanti…

Breast Pump: Pilih Yang Memudahkan Rutin Harian Anda

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Keliru juga kan, macam mana anda nak tahu breast pump mana yang elok, tanpa mencubanya terlebih dahulu? Kalau cuba pun, susu tak wujud lagi! He he he ;p 

Walaupun ramai ibu yang berjaya pam susu sampai bertahun-tahun lamanya, ada juga yang kata pam susu ni sakit, leceh, makan masa dan sebagainya. Antara masalah breast pump yang sering didengari ialah:

  • bunyi motor yang bising
  • saiz breast shield yang tidak selesa - terlalu kecil, terlalu besar, tiada variasi
  • terlalu banyak “parts” - rumit untuk dipasang
  • terlalu mahal
  • stimulasi dan perahan yang tidak efektif
  • besar, berat dan tidak sesuai untuk pam susu on-the-go
  • bateri tidak tahan lama

dan macam-macam lagi... 

Sejujurnya, setiap ibu melalui breastfeeding journey yang unik dan ada cabarannya yang tersendiri. Tapi anda boleh berusaha memudahkan breastfeeding journey anda dengan persiapan yang betul. Sebagai contoh, pilih breast pump dengan ciri-ciri terbaik dan kualiti terjamin supaya anda berjaya mengepam susu ibu dengan pantas, tidak menyakitkan dan mudah pada setiap sesi.

Berdasarkan seleksi produk penyusuan susu ibu di pasaran, Philips Avent merupakan satu jenama yang cukup terserlah dengan rangkaian produk mesra susu ibu yang berinovasi dan direka khas untuk memberikan pengalaman terbaik untuk ibu dan bayi.

Mengatasi Cabaran Penyusuan Susu Ibu dengan Philips Avent Electric Breast Pump

Diinspirasikan oleh bayi, efektif untuk ibu

Untuk pengetahuan anda, Philips Avent Electric Breast Pump dicipta dengan TIGA MATLAMAT UTAMA yang menjanjikan pengalaman mengepam susu ibu yang terbaik buat semua ibu, iaitu:

1. Pengaliran susu yang lebih pantas

  • Susu mengalir keluar selepas hanya 47 saat sahaja³
  • Philips Avent telah menjalankan kajian yang menyeluruh dan melantik tiga badan bebas untuk melakukan ujian klinikal⁴⁻⁶ menggunakan pengimejan ultrasound berteknologi tinggi untuk mencipta Philips Avent Electric Breast Pump
  • Natural Motion Technology meniru gaya mulut bayi menyusu untuk pengaliran susu yang lebih pantas⁷
  • Sensasi milk let down yang dua kali lebih deras dalam lima minit yang pertama⁸

2. Keselesaan yang diperbaharui

  • Kusyen silikon bersaiz standard (satu saiz untuk semua) dan mudah disesuaikan dengan perubahan saiz dan bentuk puting ibu
  • 8 jenis stimulasi + 16 jenis perahan: Pilih tetapan yang sesuai untuk anda
  • Philips Avent Electric Breast Pump serasi dengan 99.98% saiz puting sehingga 30mm⁹

3. Direka untuk kesenangan

  •  
  • Bateri cas semula dan reka bentuk yang kompak dan ringan memudahkan ibu untuk pump on-the-go
  • Fungsi memory dan pertukaran automatik daripada stimulasi kepada perahan memudahkan sesi pumping
  • Motor yang senyap memberi keselesaan kepada ibu untuk pam di mana sahaja
  • Fungsi butang mula/rehat.

Berdasarkan fungsi-fungsi hebat ini, kami dah boleh bayangkan betapa mudahnya sesi pumping ibu-ibu dengan Philips Avent Electric Breast Pump! Segalanya yang rumit, kini dimudahkan. No more complaints! Kami paling impressed dengan sensasi milk let down yang dua kali lebih deras tu. Terbaik! Kejap saja botol dah penuh...bestnya! :)

Dah ramai ibu di seluruh dunia yang menjadikan Philips Avent Electric Breast Pump sebagai BFF mereka tau! 95% pengguna mengesyorkan breast pump ini. Kebanyakan daripada mereka memberikan taraf 5 BINTANG! Baca review mereka di sini. So, need we say more, mummies?

Awesome kan Philips Avent Electric Breast Pump ni? Kecil molek tapi berkuasa tinggi. Berdasarkan pengalaman kami, kami percaya ini adalah satu pelaburan yang bijak dan berbaloi untuk breastfeeding journey setiap ibu. Tak perlu risau tentang kualiti, kerana sebagai peneraju jenama barangan penjagaan bayi, Philips berpegang kepada komitmennya dalam menyokong perjalanan setiap ibu bapa menerusi koleksi Avent yang berkualiti tinggi dan begitu digemari ramai ibu dan bayi. 

Okey, dah bersedia nak survey Philips Avent Electric Breast Pump dan add-to-cart? Rugi kalau tak menjadi pengguna Philips Avent, sebab mereka juga menawarkan insentif menarik untuk setiap pembelian tau! Ahaa...apa lagi? Layari Philips Avent Official Shopee Store sekarang! Happy breastfeeding, mummies!

Komen di sini untuk peluang menang hadiah Pam Susu Elektrik Philips Avent bernilai RM759! 

  • Tempoh Penyertaan Peraduan: 19/04/2021 (12.00 pagi) - 04/05/2021 (11.59 malam)
  • Pengumuman Pemenang Bertuah: 05/05/2021
  • Pemenang bertuah akan dipilih secara rawak

 

Rujukan:

  1. https://susuibu.com/kolostrum-cecair-bernilai-emas/
  2. https://www.myhealth.gov.my/kebaikan-susu-ibu/ 
  3. Average time to MER 46.1 seconds, with a standard deviation of 19.1 seconds. Based on milk flow initiation time (time to Milk Ejection Reflex - MER) results from clinical trial with 20 participants (Netherlands, 2019)
  4. Ultrasound video analysis for understanding infant breastfeeding, Monaci G et al. 2011
  5. Real-time 3d ultrasound imaging of infant tongue movements during breastfeeding, Burton P, et al. Early Hum Dev. 2013
  6. The fundamental biomechanical requirements needed for an effective feed in infants. Lagarde M. 2017
  7. Based on milk flow initiation time (time to Milk Ejection Reflex - MER) results from clinical trial with 20 participants (Netherlands, 2019) compared to time to MER results for other Philips predecessor pump from Feasibility study with 9 participants (Netherlands, 2018)
  8. Compared to previous generation of Philips Avent Breast Pumps
  9. Berdasarkan: (1)Mangel et al. Breastfeeding difficulties, breastfeeding duration, maternal body mass index, and breast anatomy: are they related?. Breastfeeding Medicine, 26 april 2019, ((109 participants, Israel); (2)Ziemer et al. Skin changes and pain in the nipple during the 1st week of lactation. Journal of Obstetric, Gynecologic & Neonatal Nursing, May 1993, (20 participants (Caucasian), USA); (3)Ramsay et al. Anatomy of the lactating human breast redefined with ultrasound imaging, 2005, (28 participants, Australia)

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Perbezaan Susu Ibu Dan Susu Formula Dalam Membantu Si Manja Membesar & Bijak

Penulis

Dhiya Izwin