Panduan Lengkap A Hingga Z, Checklist Barangan Keperluan Bayi Baru Lahir & Bersalin
Barang keperluan bayi baru lahir hendaklah disediakan dengan lengkap bagi memudahkan kerja ibu selepas bersalin nanti
Biasanya jika ibu akan melahirkan bayi sulung, anda pasti akan rasa amat teruja untuk sediakan barang baby. Kalau dah lama tak beranak tapi tiba-tiba mengandung, ibu pun tetap rasa excited nak sediakan barang keperluan bayi yang lengkap.
Bagi yang baru pertama berdepan pengalaman manis ini, ibu mesti keliru memikirkan barang keperluan bayi yang manakah perlu beli dan tidak perlu.
Justeru bagi memudahkan urusan shopping anda, kami telah menyediakan checklist barang baby bermula dari pakaian sehingga barang persediaan bersalin yang perlu dibawa ke hospital.
Senarai lengkap barang keperluan bayi baru lahir
#1. Pakaian
Sebelum bayi dilahirkan, ibu-ibu cenderung membeli banyak barang keperluan bayi baru lahir kerana bukan sahaja takut tak cukup, juga kerana semuanya comel-comel!
Eh, tak salah pun sediakan pelbagai barang baby newborn ini kerana ia pasti akan digunakan.
Biasanya, ibu perlu sediakan baju dan seluar panjang yang mencukupi kerana bimbang bayi dalam kesejukan malam atau berbintat dek gigitan nyamuk.
Manakala waktu siang, anda boleh gayakan baby dengan rompers atau T-shirt dan seluar pendek supaya baby tak panas.
Pakaian menjadi antara salah satu checklist barang baby ke hospital. Ini antara list barang baby yang perlu disediakan:
- 5 helai baju baby lengan panjang
- 14 helai baju lengan pendek
- 12 helai seluar panjang
- 4 helai seluar pendek
- Persediaan barang baby: 10 helai barut baby
- 3 helai rompers
- 11 pasang mittens and booties
- 2 helai topi kepala
- Barang baby: Kain bedung
Senarai barang baby untuk urusan tukar lampin atau pakaian
Kalau nak beli pampers, baby biasanya guna saiz new born tapi bila baby dah masuk ke 2 bulan ke atas, berat badan akan naik jadi ibu boleh tukar pada saiz S atau M.
- 1 paket (12 helai) napkin baby
- Baby pin
- Barang baby ke hospital: Pampers @ lampin pakai buang
- Tisu basah
- Changing mat
- Nappy liners
- Detergent
- Nappy krim
Senarai barang baby yang perlu dibeli: Baby care & grooming
Barang mandian juga menjadi keperluan bayi baru lahir, penting tapi kena test dulu di kulit si manja bimbang tak sesuai dan jangan beli terlalu banyak. Jika tidak sesuai, jadi membazir saja.
Jadi cukup beli yang botol kecil dahulu, kalau tak sesuai boleh tukar dengan jenama lain pula.
- Sabun mandi
- Syampu bayi
- Bedak bayi
- Barang keperluan baby: Baby lotion
- Minyak bayi
- Tab mandian bayi
- Tuala mandi
- Krim nappy rush
- Vicks
- Gunting kecil
- Pemotong kuku
- Nasal aspirator
- Termometer
- Sikat (guna jika perlu, kalau tak ada cukup rapikan rambut anak dengan tangan)
- Berus gigi (ini boleh beli bila dah ada gigi)
- Kapas putih (saiz baby)
Checklist barang baby ke hospital 2021: Penyusuan
Ini juga adalah barang keperluan bersalin dan amat penting untuk penggunaan harian kelak. Ibu harus teliti dengan betul ya!
- Botol susu
- Puting (jika perlu)
- Berus pembersih botol
- Cecair pencuci botol susu khas untuk bayi
- Breast pump
- Cooler beg untuk simpan susu yang dipam (terutama ibu yang bekerja)
- Bekas simpanan susu perah @ storage bottle
- Nursing bra
- Nursing pad
- Termos
Barang untuk newborn: Keperluan tidur
Untuk mudahkan bayi tidur malam dengan mudah, ibu perlu menyediakan set tidur yang lembut dan sejuk. Supaya bayi lebih selesa dan tak kerap bangun malam. Hanya bangun untuk menyusu sahaja.
- Set tilam (yang paling best tilam organik kekabu)
- Selimut kecil
- Baby cot @ katil bayi
Kelengkapan lain jika perlu
-
- Stroller
- Car seat
- Baby carrier
- Diapers bag
Checklist bersalin untuk para ibu
Untuk si mummy pula, perlu ingat untuk menyediakan barang keperluan bersalin ini kerana anda akan gunakannya semasa berpantang.
- Set selepas bersalin atau set semasa berpantang
- Bengkung
- Baju sejuk
- Kelengkapan bersalin: Tungku moden
- Selipar
- Kain batik
- Pad (extra besar dan panjang)
- 3 pasang stokin tebal
- Sebotol minyak urut
Senarai barang yang perlu ada dalam beg hospital mummy
- Buku rawatan merah
- Kad pengenalan
- Baju/tshirt
- Kain batik
- Tudung
- Stokin
- Baju dalam/ seluar dalam
- Tuala muka
- Peralatan mandi
- Tuala mandi
- Bedak, sikat.
- Maternity pad, pad biasa, breastpad
- Baju sejuk, selipar, beg plastik kotor
- Minyak angin
- Beg pakaian, getah rambut
Senarai lengkap barang baby yang akan dibawa ke hospital
Jangan lupa untuk sediakan senarai barang baby ke hospital tau! Ada sesetengah hospital yang sediakan kelas prenatal, jadi semasa kelas tersebut, tanya nurse siap-siap apa yang hospital galakkan bawa. Tetapi jika anda rasa ingin bawa lebih banyak barang, tak salah pun. Lihat sahaja list ini!
- Pampers saiz new born
- Baju siang dan malam (panjang)
- Seluar siang dan malam (panjang)
- Mitten & booties
- Bedung
- Barut
- Topi
- Selimut
- Tuala mandi baby
- Tuala muka
- Tisu basah
- Keperluan barangan mandi baby
- Bedak, baby lotion, baby oil
- Vicks
- Minyak telon
- Napkin
- Diaper bag
Macam mana mummy, sudah lengkap checklist barang baby ini? Tak mengapa kalau belum, take note yang mana penting dahulu ok?
Panduan dan tips penjimatan ketika membeli barang keperluan bayi baru lahir
#1. Mengunjungi ekspo bayi dan ibu mengandung
Ekspo bayi kebiasaannya menawarkan harga lebih murah berbanding di pasaran. Bukan itu sahaja, setiap pembelian ibu disertai dengan hadiah istimewa.
Justeru dapatkan maklumat berkenaan ekspo bayi dan ibu mengandung melalui carian di Google ataupun media sosial. Antara barangan bayi yang anda boleh dapatkan di sini adalah pakaian, produk berpantang, katil, stroller dan banyak lagi.
Justeru tidaklah perlu anda dan suami keluar masuk banyak kedai kerana satu lokasi sudah menawarkan keperluan barang lengkap.
#2. Banyakkan pakaian bersaiz lebih besar
Saiz bayi selepas dilahirkan sememangnya tidak dapat dijangka. Justeru elakkan saiz pakaian newborn, anda digalakkan mengambil saiz 0 hingga 3 bulan atau 3 hingga 6 bulan.
Bayi akan cepat membesar. Jika beli saiz kecil, nanti tidak sampai sebulan ibu kena shopping lain kerana sudah tidak muat atau singkat.
#3. Beli barangan terpakai yang masih elok
Kami memahami keterujaan menyambut cahaya mata membuatkan ramai ibu seronok membeli-belah. Namun sekiranya kurang berkemampuan, adalah lebih baik mendapatkan barangan terpakai dengan harga lebih murah.
Antaranya baby carrier, baby chair ataupun katil yang secondhand dan masih dalam keadaan baik. Kini ia banyak dijual dalam platform atas talian ataupun media sosial.
Perlu diingat bahawa tidak semua bayi suka duduk dalam stroller atau tidur dalam katil. Sebagai langkah percubaan, disarankan guna barang terpakai dahulu.
Jika si manja menunjukkan serasi dengan barangan tersebut, barulah anda dan suami pertimbangkan untuk membeli yang baharu.
#4. Bila boleh beli barang keperluan bayi?
Waktu yang terbaik ibu mula membeli barang bayi adalah awal trimester ketiga. Biasanya pada ketika ini, anda sudah mengetahui jantina bayi dalam kandungan.
Justeru mudahlah nanti anda membuat pilihan barangan yang sesuai. Bukan itu sahaja, pada ketika ini juga ibu belum sarat dan masih kuat untuk berjalan.
Semoga urusan mummy dipermudahkan 🙂
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 6 Tips Mudah & Berkesan Kurangkan Rasa Sakit Selepas Bersalin
Baca juga: Jadual Berpantang Lengkap Untuk Ibu Lepas Bersalin Penting Supaya Semuanya Teratur